Sunday, 22 June 2014

Friend

Dia satu dalam 1000.
Kita dulu sama-sama jalan atas duri, jerlus dalam pasir, kongsi rasa sakit bila jatuh atas jalan berbatu.

Itu dulu.

Sekarang lain.

Bila dekat semua rasa lain, janggal.

Cakap masing-masing pun dah mula nampak ego.

Konon dah matang.

Masing-masing suka kalau dapat sakitkan hati masing-masing.

Mungkin siap buat komplot jahat dengan yang lain.

Dulu semua benda buruk pasal masing-masing cuma anggap "alah, buruk saya dia terima, buruk dia apalah sangat"


Itu dulu.


Sekarang.


Benda kecik punya hal pun dah nampak besar macam gajah.


Astaghfirullahalazim



Dua-dua terduduk di satu sudut lain-lain.


Dia cakap sendiri " apa salah aku?"

Dia yang lain terfikir sendiri " ini bukan apa yang aku nak"


Satu hari dia pergi.

Tinggalkan nota bawah pintu.


Aku mungkin benci kau yang sekarang. Benci sampai rasa menyampah nak tengok muka kau dah. Tapi aku lagi benci bila aku lagi rindu kita yang dulu.


Aku pergi kali ni bukan sebab aku dah menyampah sampai tak sanggup pandang pintu bilik kau pun.


Tapi sebab bila satu hari nanti kita jumpa lagi aku boleh peluk kau ketat-ketat dan cakap aku rindu kau.


Untuk perpisahan ini, aku mahu cakap. Aku minta maaf sebanyak pasir di pantai. Dan maaf sebab aku bukan lagi kawan yang pernah buat kau rasa untuk pertahankan dia macam dulu.


Aku rasa kita patut jauh supaya kita tak lagi saling membenci.


Ikhlas,
Dari hati



Dia terduduk. Bila baca nota ini dia yakin.

Rupanya mereka yang dahulu terperangkap dalam ego sendiri.

Dia tutup pintu.


Rindu mula muncul dalam hati.


**cerpen?


No comments:

Post a Comment