Thursday, 26 September 2013

Everything is gonna be okeiii!!

Assalamualaikum...

Serious, tahun 2013 sehingga bulan ini bukanlah tahun yang sangat heaven buat aku...
Penuh dengan 1001 ujian
Tapi dalam celah-celah ujian itu sebenarnya tak aku nafi ada rahmat yang sangat besar..
Untuk pertama kali aku nampak dalam hidup ni macam mana setiap ujian itu ada penyelesaiannya
Just believe in Allah dan everything just settled like a MIRACLE...
But hey, apa-apa yang MIRACLE sudah tentulah dari Allah swt..nak percaya apa lagi selain dari yang SATU ini...

USAHA, DOA DAN TAWAKAL = everything is gonna be OKAY..believe in HIM...Percayalah..

Pernah aku ada problem ibarat masa tu aku tengah berdiri kat the edge of cliff. Serious. Hampir putus asa. Tapi bila ayah aku cakap just go and try to settle it. Walaupun masa tu aku rasa masa dah terlalu suntuk dan macam mustahil sangat-sangat nak setel. Tapi entah macam mana aku dapat kekuatan yang sangat luar biasa. Masa tu aku tak fikir langsung dah if masalah ni boleh setel atau tak sebab masa terlalu suntuk. Kalau aku tak setel kan ini, banyak hati akan kecewa. Tapi yang penting cuba. Setel tak setel belakang kira. Masa tu aku sangat pasrah.

Dalam hati dok pujuk. 'Its okay, Allah ada, Allah ada. Dia sayang ko, sebab tu ko di uji macam ni' Dan aku terus tenang.

Bila aku sampai kat tempat tu dan terangkan hal yang sebenar. AJAIB. Semua setel dalam sekelip mata. Bila keluar dari tempat tu, aku rasa macam di awang-awangan. Serious.. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Rupanya apa yang terjadi tu bukan salah aku, rupanya salah sistem dorang. Maaflah aku tak boleh nak kongsi ceritanya, sebab too lazy untuk menaip panjang-panjang. Hoho. 

Sebenarnya banyak lagi keajaiban yang berlaku dalam hidup aku. Banyak ujian yang aku lalui sepanjang tahun 2013 ni kalau tengok macam susah sangat nak setel. Tapi bila kita percaya Allah ada di sisi, dia turunkan ujian ni sebab DIA tahu kita mampu. Walaupun kita fikir macam kita tak mampu. Tapi DIA lebih tahu kan! Akhirnya, masalah yang dihadapi itu setel just like a miracle yang tak pernah terfikir pun dan tak pernah termimpi pun sampai macam tu sekali.


Terlalu banyak sebenarnya RAHMAT ALLAH kat sekeliling kita. Janganlah hanya pandang kebahagiaan, atau kegembiraan yang besar baru kita nak kata inilah dia heaven aku. Cubalah pandang perkara-perkara kecil yang sebenarnya besar yang mungkin kita tak sedar. 

Contoh paling dekat:

Tangan
Mata
Kaki
Selera makan/minum
Mulut
Angin
Udara
Matahari
Sejuk 
Panas
Anak-anak
Ibubapa
Kawan-kawan

etc

Anda senaraikanlah sendiri. Tak terkira banyaknya..

May ALLAH SWT bless all of you yang visit this blog...Thank U =)




















No comments:

Post a Comment