Thursday, 27 June 2013

Siapa nak mai ambik ni oii!!

Assalamualaikum....

Tadi petang tengah nak siapkan tender report. Aku tengah nak karang ayat. Tiba-tiba Mr. Thomas yang memang banyak mulut tu bersuara.

"Hey Y, you pegi la ambik Nadia esok pergi kerja. Esok kan B takde, so Nadia takde transport nak pergi kerja kan"

Y: Boleh aje, saya tak kisah. (eh, tetiba aku tulis dialog format plak)

Aku pulak tengah memikir ayat lagi. Taip-taip padam.

B: Jem la Mr. Thomas. Selalu Nadia naik KTM aje kalau saya outstation.

Mr. Thomas: Boleh aje Y pergi ambik, kena keluar awal la. Nadia have a motorcycle tak? Is she can drive?

B: No, she cannot drive la.

Aku, taip-taip. Hish, apasal aku tak boleh nak fikir ayat ni? Apasal dorang bising sangat ni.

Mr. Thomas: Ooh, so so.. she can go by train la?

Then, they keep talking and discuss macam mana aku nak pergi kerja esok. Padahal sebelum ni aku okay aje lau B pergi outstation aku memang naik KTM je.

Then aku terus memerah idea, and they keeeeeppp talking until aku memang takleh tahan dah...

Me: It's okay, it's okay. I am okay. Don't worry!!!!!

Mr. Thomas buat muka. Kitorang semua gelak. Hahaha... Dalam dok tak tahan tu, terharu jugak. Rasa cam wahhh, so caring la korang...hehe....Then Mr. Thomas and the team keep talking about project dan aku dapat taip dengan tenang...Haha...


Anyway, kitorang satu team memang suka sangat dengan Mr. Thomas. He is so supportive walaupun kadang-kadang bila dia dok asyik terangkan dan kitorang tanya balik dia akan cakap,

''wah, myself give up lah, myself give up'' kitorang gelak. Tapi dia still terangkan sampai paham. Hehe..




No comments:

Post a Comment