Tuesday, 25 June 2013

Meeting + jerebu

Assalamualaikum...

Sebagai freshie kat sebuah company construction, bila dapat pergi meeting terasa macam awesome aje. Tapi sebagai freshie jugak bila dok kat dalam meeting tu mewakili company dan sorang-sorang pulak, aku harap tak ada mana-mana consultant especially arkitek tanya aku or point kat aku dengan suara kuat dan bertanya, why? how? heheh...sebab i still freshie yang baru nak belajar dan merasai suasana meeting. Oleh kerana project ni on going, maksudnya in post contract dah, so yang banyak kena tanya dan banyak kena hentam adalah kontraktor dan subkontraktor dan design consultant yang lain.

Dan aku berani approach contractor pun after meeting lah, sebab as a QS, aku hanya bertanggungjawab pasal payment aje. So, kerja aku kejar contractor mintak VO and any other backup for claim. Yelah, nak payment kan! So, kenalah bagi kerjasama kat QS...heheh..

So far, sudah hampir sebulan setengah aku kerja. Dan handle satu abondend project yang dah nak final account. Agak pening sebab aku tak handle project ni dari awal, so kenalah kuatkan semangat sampai project siap. InsyaAllah, boleh, amin...


Oh, ya. Alhamdulillah, hari ni hujan dah turun. Masa tengah tunggu teksi balik dari meeting tadi tiba-tiba nampak macam rintik-rintik kecik kat floor kaki lima kedai, lama-lama rintik-rintik kecik bertukar jadi besar. Dan perasan yang hujan rahmat sudah turun. Alhamdulillah.





No comments:

Post a Comment