Thursday, 27 June 2013

Siapa nak mai ambik ni oii!!

Assalamualaikum....

Tadi petang tengah nak siapkan tender report. Aku tengah nak karang ayat. Tiba-tiba Mr. Thomas yang memang banyak mulut tu bersuara.

"Hey Y, you pegi la ambik Nadia esok pergi kerja. Esok kan B takde, so Nadia takde transport nak pergi kerja kan"

Y: Boleh aje, saya tak kisah. (eh, tetiba aku tulis dialog format plak)

Aku pulak tengah memikir ayat lagi. Taip-taip padam.

B: Jem la Mr. Thomas. Selalu Nadia naik KTM aje kalau saya outstation.

Mr. Thomas: Boleh aje Y pergi ambik, kena keluar awal la. Nadia have a motorcycle tak? Is she can drive?

B: No, she cannot drive la.

Aku, taip-taip. Hish, apasal aku tak boleh nak fikir ayat ni? Apasal dorang bising sangat ni.

Mr. Thomas: Ooh, so so.. she can go by train la?

Then, they keep talking and discuss macam mana aku nak pergi kerja esok. Padahal sebelum ni aku okay aje lau B pergi outstation aku memang naik KTM je.

Then aku terus memerah idea, and they keeeeeppp talking until aku memang takleh tahan dah...

Me: It's okay, it's okay. I am okay. Don't worry!!!!!

Mr. Thomas buat muka. Kitorang semua gelak. Hahaha... Dalam dok tak tahan tu, terharu jugak. Rasa cam wahhh, so caring la korang...hehe....Then Mr. Thomas and the team keep talking about project dan aku dapat taip dengan tenang...Haha...


Anyway, kitorang satu team memang suka sangat dengan Mr. Thomas. He is so supportive walaupun kadang-kadang bila dia dok asyik terangkan dan kitorang tanya balik dia akan cakap,

''wah, myself give up lah, myself give up'' kitorang gelak. Tapi dia still terangkan sampai paham. Hehe..




Tuesday, 25 June 2013

Meeting + jerebu

Assalamualaikum...

Sebagai freshie kat sebuah company construction, bila dapat pergi meeting terasa macam awesome aje. Tapi sebagai freshie jugak bila dok kat dalam meeting tu mewakili company dan sorang-sorang pulak, aku harap tak ada mana-mana consultant especially arkitek tanya aku or point kat aku dengan suara kuat dan bertanya, why? how? heheh...sebab i still freshie yang baru nak belajar dan merasai suasana meeting. Oleh kerana project ni on going, maksudnya in post contract dah, so yang banyak kena tanya dan banyak kena hentam adalah kontraktor dan subkontraktor dan design consultant yang lain.

Dan aku berani approach contractor pun after meeting lah, sebab as a QS, aku hanya bertanggungjawab pasal payment aje. So, kerja aku kejar contractor mintak VO and any other backup for claim. Yelah, nak payment kan! So, kenalah bagi kerjasama kat QS...heheh..

So far, sudah hampir sebulan setengah aku kerja. Dan handle satu abondend project yang dah nak final account. Agak pening sebab aku tak handle project ni dari awal, so kenalah kuatkan semangat sampai project siap. InsyaAllah, boleh, amin...


Oh, ya. Alhamdulillah, hari ni hujan dah turun. Masa tengah tunggu teksi balik dari meeting tadi tiba-tiba nampak macam rintik-rintik kecik kat floor kaki lima kedai, lama-lama rintik-rintik kecik bertukar jadi besar. Dan perasan yang hujan rahmat sudah turun. Alhamdulillah.





Wednesday, 19 June 2013

Prasangka?

Assalamualaikum.....

Gadis A: Seorang yang boleh dikatakan alim
Gadis B: Baru nak belajar-belajar jadi alim

Situasi

Gadis A: Aku tengok ko memang suka tidur sambil dengar lagu ek?

Gadis B: Eh, mana tahu?

Gadis A: Hari tu masa ko tidur kat rumah aku (Kemudian baru teringat pernah pergi tidur rumah gadis A satu malam)

Gadis B: Aku boring ar. Lagipun aku dengar radio je (Dalam hati - tu je satu-satunya cara nak release tension or nak rasa tranquile setelah seharian penat bekerja dan penat dengan karenah dunia)

Gadis A: Tak baik tau. Bayangkan kalau ko tidur dan mati dalam keadaan macam tu.

Gadis B:(Dalam hati) What? Apa salah aku? Dengar radio je pun.Tiba-tiba kepala terasa cam kena hempuk. Tersedar. LOL. Oh, dia ingat aku dengar lagu-lagu layan blues, layan jiwang, layan karat semua tu? Adeh! 

Kemudian gadis B tersenyum pada gadis A. Senyum. Tak perlu kata apa-apa. Bukan senyum bersalah. Tapi senyum sebab Gadis A yang tak faham dengan situasi. Sepatutnya Gadis A tanya Gadis B dulu, ko dengar lagu apa? Radio apa? Bukankah nice and more sweet begitu?

Gadis B: (Dalam hati)...aku dengar radio IKIM. Do you mind, girl? Aku dengar 'lagu' dari Allah swt every night sebab aku terlalu letih seharian dengan dunia, hanya dengan ingatan kepada Allah swt buat aku jadi tenang. Jadi, biarlah kalau aku mati sekalipun dengan earphone di telinga. Semoga Allah swt redha kerana di telinga aku sedang berkumandang lagu cinta dari Allah swt.

Moral of the story: nak tegur orang tak salah. tapi alangkah baiknya kalau tanya dulu. InsyaALLAH Gadis B tak kisah kalau di tanya dengar radio apa or lagu apa? The point is, inilah yang di katakan macam mana manusia berprasangka sesama manusia. Don't judge people before you know the situation.

And gadis B, rasanya tak salah kalau cakap" Kalau aku mati dalam keadaan earphone aku sedang berlagu dari radio IKIM, ko rasa baik ke tak?" tanya dalam riak wajah yang nak belajar. Bukan nak riak atau apa. So, mungkin Gadis A akan tersedar kesilapan dia di situ. But must intentionally sebab tak nak Gadis A salah faham la, bukan sebab nak riak. So, win win situation la kan! =)


Okay, have a nice and tranquil nite....

May Allah s.w.t bless us










Monday, 3 June 2013

Berchenta sungguh

Assalamualaikum...

2 minggu pertama tengok drawing rasa blur. Macam mana aku nak kira ni. Dah lama tak mengira. Buat aku rasa stress nak lari somewhere. Dengan architectural drawing dan engineering drawingnya...adeh...rasa nak sekolah balik.

Masuk minggu ke tiga (hari ni). Oh, berchenta sungguh aku dengan drawing-drawing ni semua.

Tu lah. Orang kata tak kenal maka tak cinta.


Sunday, 2 June 2013

Fasa meneruskan hidup

Assalamualaikum.....

Fasa meneruskan hidup. Almost three weeks bergelar pekerja.

Fasa untuk belajar lebih tabah, matured, bertanggungjawab, dan BERSYUKUR...