Monday, 4 February 2013

Terkunci di dalam rumah

Assalamualaikum...

Hari jumaat malam. Aku dan Yaya bersiap-siap nak pindah ke rumah baru. Eceh. Baru sangat. I mean rumah sewa. Dok siap-siap angkut barang ke ruang tamu. Aku orang last kua dari bilik, before tu aku tekan punat kat tombol dan dang! pintu terkunci dengan senang hati sebab aku fikir Yaya dah amik kunci bilik yang mana kunci rumah kami jugak tersangkut kat situ. 

Yaya mintak kunci gril dengan aku. Aku just like. Huh? Melopong kemudian otomatik terlompat-lompat kecemasan. 

Tidak!!!!

Kami terkunci di ruang tamu. Duhhh. 

Dengan cemasnya tanpa berkata-kata. Aku dan Yaya rushing cari something yang boleh bukak balik pintu bilik. Segala macam senjata keluar. Pisau. Klip rambut. Pen? oh mai. Jammed tak leh fikir apa lagi senjata yang berguna. Masa tu ingat nak pecahkan aje pintu. Terbayang-bayang macam mana kalau terus terkunci sampai esok pagi. Da la Yaya keje esok. Aku pulak still tanam anggur lagi. (Keje kosong please! ''..'') 

Pastu mesej kawan, mintak dia datang dan dapatkan pertolongan dari siapa-siapa yang boleh tolong bukakkan grill pintu rumah yang bermangga dengan solek lagi. Wohooo...

Then, kawan mesej cakap dia otw dan dia suruh try guna kad simkad. Ohoo..adakah aku sedang menonjolkan elemen-elemen memecah masuk rumah. No-no, dont try this at home. =P


Punya lah semangat kemudian aku dan Yaya bergabung tenaga menggunakan kekuatan simkad housing. duhhh..masa tu apa yang aku bayangkan aku cuma harap ini hanya lah sebuah mimpi ngeri sambil masa tu background music mimpi tu di melodikan dari lagu tamil. Sebab according to my entry sebelum ni, ada pakcik ni yang suka dengar lagu tamil. Lagu tamil dia sudah cukup menghiburkan lorong belakang rumah.

Dada aku rasa macam nak pecah. Menolak pintu dengan sekuat hati. Dengan bermacam-macam teknik. Dan akhirnya dalam keadaan yang hampir putus asa. Hanya mampu beristighfar dan terus mencuba. To our surprised. Akhirnya. Berjaya. 

Waaa....Sob sob...mimpi ngeri itu pun berakhir sudah. Selepas kejadian tu, aku dan Yaya makin berhati-hati. Dan aku belajar untuk jadi lebih peka lagi. Huaa...my bad!!!





No comments:

Post a Comment