Friday, 1 February 2013

Lepak kat taman

Assalamualaikum....

Teringat satu hari pada minggu lepas. Kot. Teman Yaya pergi interview. Awal giler kuar rumah sebabnya takut tersesat jalan. Sebab naik moto dan tak berapa biasa dengan area Subang Jaya. Interview sepatutnya pukul 10 pagi, tapi pukul 8 lebih dah sampai. Gila awal. So, decide pergi lepak kat playground dekat-dekat dengan area ofis.

Ambik port yang tak bape nak teduh tapi at least cahaya matahari pagi tu dapat la sumbangkan vitamin D untuk kitaorang. Duduk dengan muka mengantuk.

Masa tu ada la beberapa orang warga emas yang tengah berjogging and bersenam. Warga muda pulak ada la beberapa kerat. Aku dan Yaya duduk termenung melayan mengantuk. Dok borak-borak sekejap, pastu silent. Aku pulak dah mengggigil macam nak demam. Pulak. Duhh. Tiba-tiba rasa lapar. Bukak poket doraemon. Keluarkan roti gardenia perasa jagung. So, aku makan. Yaya tak nak makan. Katanya takut tercekik. Sebab lupa bawak air. Oleh kerana aku tak kisah ada air ke tak, so aku mencekik. Tapi takdelah tercekik pun. Alhamdulillah masih sihat walafiat,

Lepas makan, mengantuk. Peluk tubuh. Pejam mata. Tidur. Yaya pun tidur kat bahu aku. Sempat la jugak bermimpi dua tiga saat. (Aku memang mudah tertidur kat tempat awam, apa aku kisah kalau dah mengantuk. Gila bahaya kalau kena culik)

Tapi tak lena mana pun, aku tengok ada uncle chinese sorang ni jogging. Dia lalu depan kitaorang sambil tersenyum dan cakap, 

'Good morning'

Dan kitorang pun greet, good morning jugak.

Lepas tu sambung tidur lagi.

Bangun je, nampak ada sorang auntie chinese ni jalan laju-laju kat ktorang sambil pegang kertas warna kuning. Dia datang kat ktorang dan hulurkan satu pamplet sambil cakap.



"Nah, ambik ni bagi kat mak. Jangan lupa tau bagi kat mak" aku dan Yaya ambik je pamplet tu sambil terpinga-pinga tengok kat auntie tu yang berlalu pergi. Eceh. 

Aku dan Yaya terus baca pamplet tu.



Mesyuarat rukun tetangga oleh polis cawangan ****, bersama penduduk taman ****


Bhahaha...terus gelak besar.

Aku cakap kat Yaya,

"Tu lah, mak cakap suh pergi sekolah nak ponteng lepak kat taman jugak, kan dah kantoi dengan auntie tu yang kita ni tak gi sekolah hari ni"

Pfttt....




#pesanan buat auntie tu: sorry auntie mak ktorang tak dapat datang untuk bermesyuarat. Kerana sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. Duhh. 






No comments:

Post a Comment