Thursday, 28 February 2013

Segmen:#1 by SyahRidzeah


Assalamualaikum...



click banner

Since aku ada banyak masa dan tak tahu nak buat apa walaupun maxis broadband ku bikin hal yang sangat annoying. Hihi. So, untuk pertama kali aku join segmen oleh SyahRidzeah ni. Jom pakat join ramai-ramai meh. Dalam masa yang sama saling memberikan sokongan sesama blogger untuk terus menulis. Fighting!! =)









Tuesday, 26 February 2013

Good leader, are u?


Assalamualaikum....










Teringat seorang lecturer yang mengajar subjek project management. Dia cakap, a good leader takkan lead pekerja dia dengan cara scientific but humanistic. Scientific lebih kepada kerahan tenaga sebab nak hasilkan product dengan cepat dan berkualiti. So, macam-macam cara bad leader akan buat untuk pastikan pekerja dapat hasilkan productivity dengan cepat, contohnya beri amaran keras dengan cara herdikan seperti di atas, kalau lambat buat kerja, datang lambat kerja, you are fired. Atau apa-apa amaran yang boleh membuatkan pekerja-pekerja terasa periuk nasi mereka mula terancam dan mulalah mereka buat kerja dengan cepat, mula datang awal. Okay, ada sisi baik jugak kat situ, tapi bila difikirkan balik, akan timbul ketidak ikhlasan dalam bekerja untuk syarikat, dan pekerja-pekerja akan mula mencari alternatif lain, contohnya, berhenti kerja dan cari kerja lain, atau mulalah terjadi apa-apa konspirasi di dalam syarikat, nak menggelapkan duit syarikat or apa-apa benda negatif lah. Di sebabkan mereka mula tidak tahan dengan cara ketua mereka mengendalikan perasaan dan kebajikan pekerja.



Tetapi humanistic adalah dengan cara encourage their staff untuk bersemangat buat kerja tanpa perlu mengherdik, memaki hamun atau apa sahaja yang boleh down kan semangat staff. Kalau pekerja datang lambat, a good leader akan adakan meeting dengan pekerja tu secara privacy or grouping kalau a group of staff tu bermasalah, so a good leader akan tanya apa masalah mereka, kenapa datang lambat, kenapa productivity kerja menurun, atau tidak meningkat langsung. Apa masalah yang mereka hadapi sebenarnya sehingga memberi effect kepada syarikat? Dan mungkin a good leader boleh cadangkan apa-apa alternatif yang boleh membantu pekerja mereka. Contohnya, kalau tak nak bagi lambat datang kerja, sediakan hostel, Kalau tak nak pekerja malas buat kerja yang mungkin disebabkan gaji ciput, tambahlah gaji or apa-apa elaun, Kalau tak nak pekerja asyik fikir buat kerja dan menghabiskan suku atau setengah abad umur bekerja untuk syarikat, sediakan pakej pelancongan atau bonus. Why not? Pekerja adalah aset syarikat. Malah, selepas itu mungkin pekerja lagi bersemangat nak buat kerja.


To be truth, aku pernah tengok sebuah company ni, company kecil. Bila pekerja ramai, memang productivity company ni sangat melonjak naik. Bos company siap nak belanja melancong lagi. Tapi di sebabkan seorang buat perangai, tiba-tiba ter effect kat semua pekerja dan no more planning nak makan angin, Okay, mungkin bagus sebab nak bagi pengajaran kat pekerja-pekerja yang lain. Tapi makin lama cara pengendalian hati pekerja. YA, HATI PEKERJA semakin BERKURANG. Makin banyak benda yang tak kena, dan pernah ada pekerja yang buat silap dan prestasi kerja dia pun memang teruk, terus di berhentikan serta-merta kat situ jugak dan di beri gaji. Okay, lagi. Still bagus sebab nak pekerja-pekerja lain dapat pengajaran dan tingkatkan ketekunan. Kemudian adalah beberapa pekerja yang di kondem dengan lantang, so makin lama makin berkurang pekerja di company tu. Selepas itu, timbullah masalah gaji yang sememangnya rendah sejak dari dulu lagi dan tinggallah hanya beberapa staff yang boleh di kira dengan jari, dan produktiviti pun berkurang.

Hemm, tapi selepas beberapa bulan company ni meningkat dengan jayanya sekali lagi. Kisahnya, haha ini kisah tentang jatuh bangkit semula. Yang ini aku cerita lain kali. Heh.

Okay, bai...

Oh, ya. Are u a good leader? Sekurang-kurang leader kepada orang di sekeliling kamu. =)!














Saturday, 16 February 2013

Oh, wow...

Assalamualaikum....

Hem hem...bila tengok analitik aku sejak dua menjak ni kan. Macam naik mendadak dari biasa aje. Hehe. Thanks kepada siapa-siapa yang sudi melawat blog yang entah apa-apa ni. Dan sorry kalau ada yang datang mengomen tapi aku tak balas, bukan apa kadang-kadang line internet ni selalu meragam. Sekaligus menambahkan rasa malas yang sedia ada dalam diri ini untuk menaip di papan keyboard ni (Papan lagi keyboard lagi...dush) Bila tengok line macam siput sedut tetiba rasa blur nak taip apa. Semangat nak berblogging pun dah berkurang berbanding masa memula create blog ni dulu. Kalau boleh tiap-tiap hari nak update entry-entry baru. 

Eh, tapi ramai yang datang sini sebab nak belajar bahasa perancis kan? Dan main gitar? Erk? Well, aku tak berapa fasih kalau berbahasa perancis. Bukan tak berapa tapi memang tak pun. Hoho. Sebab dah satu sem tinggalkan bahasa perancis. Jadi hanya certain-certain ayat sahaja yang ingat. Nak refresh balik memang tak berkesempatan. (Nak berkesempatan macam mana kalau hari-hari dok layan running man. Means that, prefer korean language lagi, walaupun....humm -..-) Hanya itu sajalah yang aku mampu kongsikan. Harap-harap berguna untuk korang walaupun tak banyak yang boleh di kongsikan. 

Main gitar? Huuu... I wish that I can learn how to play a guitar with a guitar in my hand..grrr... =D

oH yea, since aku sudah tidak busy dengan study lagi. Insya Allah aku akan cuba bergerak aktif berblogging lagi. InsyaAllah, aku akan singgah di blog-blog kawan-kawan blogger sekalian, membaca cerita, dan mengomen...hoho...








Unofficially graduated....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....im unofficially graduated now. Sob-sob. Terharu. Terima kasih yang tak terhingga kepada supervisor dissertation aku. Huhu. (Bajet dia baca blog ni kan)..Family yang percaya aku boleh buat walaupun aku kadang-kadang hampir putus asa. Lecturer-lecturer yang tak putus-putus bagi sokongan dan harapan walaupun pernah hampir putus asa. Dan kawan-kawan yang rapat mahupun tak rapat yang sentiasa menjadi 'reinforcement' pada saat-saat hampir putus asa jugak. (Wah...banyak betul hampir putus asa) 

Terima kasih banyak-banyak. Tanpa mereka tiadalah aku menaip perkataan unofficially graduted di sini. Alhamdulillah. 


 많이 감사....... manhi manhi kamsa

정말 감사....... chongmal kamsa...

=)


Monday, 4 February 2013

Terkunci di dalam rumah

Assalamualaikum...

Hari jumaat malam. Aku dan Yaya bersiap-siap nak pindah ke rumah baru. Eceh. Baru sangat. I mean rumah sewa. Dok siap-siap angkut barang ke ruang tamu. Aku orang last kua dari bilik, before tu aku tekan punat kat tombol dan dang! pintu terkunci dengan senang hati sebab aku fikir Yaya dah amik kunci bilik yang mana kunci rumah kami jugak tersangkut kat situ. 

Yaya mintak kunci gril dengan aku. Aku just like. Huh? Melopong kemudian otomatik terlompat-lompat kecemasan. 

Tidak!!!!

Kami terkunci di ruang tamu. Duhhh. 

Dengan cemasnya tanpa berkata-kata. Aku dan Yaya rushing cari something yang boleh bukak balik pintu bilik. Segala macam senjata keluar. Pisau. Klip rambut. Pen? oh mai. Jammed tak leh fikir apa lagi senjata yang berguna. Masa tu ingat nak pecahkan aje pintu. Terbayang-bayang macam mana kalau terus terkunci sampai esok pagi. Da la Yaya keje esok. Aku pulak still tanam anggur lagi. (Keje kosong please! ''..'') 

Pastu mesej kawan, mintak dia datang dan dapatkan pertolongan dari siapa-siapa yang boleh tolong bukakkan grill pintu rumah yang bermangga dengan solek lagi. Wohooo...

Then, kawan mesej cakap dia otw dan dia suruh try guna kad simkad. Ohoo..adakah aku sedang menonjolkan elemen-elemen memecah masuk rumah. No-no, dont try this at home. =P


Punya lah semangat kemudian aku dan Yaya bergabung tenaga menggunakan kekuatan simkad housing. duhhh..masa tu apa yang aku bayangkan aku cuma harap ini hanya lah sebuah mimpi ngeri sambil masa tu background music mimpi tu di melodikan dari lagu tamil. Sebab according to my entry sebelum ni, ada pakcik ni yang suka dengar lagu tamil. Lagu tamil dia sudah cukup menghiburkan lorong belakang rumah.

Dada aku rasa macam nak pecah. Menolak pintu dengan sekuat hati. Dengan bermacam-macam teknik. Dan akhirnya dalam keadaan yang hampir putus asa. Hanya mampu beristighfar dan terus mencuba. To our surprised. Akhirnya. Berjaya. 

Waaa....Sob sob...mimpi ngeri itu pun berakhir sudah. Selepas kejadian tu, aku dan Yaya makin berhati-hati. Dan aku belajar untuk jadi lebih peka lagi. Huaa...my bad!!!





Friday, 1 February 2013

Lepak kat taman

Assalamualaikum....

Teringat satu hari pada minggu lepas. Kot. Teman Yaya pergi interview. Awal giler kuar rumah sebabnya takut tersesat jalan. Sebab naik moto dan tak berapa biasa dengan area Subang Jaya. Interview sepatutnya pukul 10 pagi, tapi pukul 8 lebih dah sampai. Gila awal. So, decide pergi lepak kat playground dekat-dekat dengan area ofis.

Ambik port yang tak bape nak teduh tapi at least cahaya matahari pagi tu dapat la sumbangkan vitamin D untuk kitaorang. Duduk dengan muka mengantuk.

Masa tu ada la beberapa orang warga emas yang tengah berjogging and bersenam. Warga muda pulak ada la beberapa kerat. Aku dan Yaya duduk termenung melayan mengantuk. Dok borak-borak sekejap, pastu silent. Aku pulak dah mengggigil macam nak demam. Pulak. Duhh. Tiba-tiba rasa lapar. Bukak poket doraemon. Keluarkan roti gardenia perasa jagung. So, aku makan. Yaya tak nak makan. Katanya takut tercekik. Sebab lupa bawak air. Oleh kerana aku tak kisah ada air ke tak, so aku mencekik. Tapi takdelah tercekik pun. Alhamdulillah masih sihat walafiat,

Lepas makan, mengantuk. Peluk tubuh. Pejam mata. Tidur. Yaya pun tidur kat bahu aku. Sempat la jugak bermimpi dua tiga saat. (Aku memang mudah tertidur kat tempat awam, apa aku kisah kalau dah mengantuk. Gila bahaya kalau kena culik)

Tapi tak lena mana pun, aku tengok ada uncle chinese sorang ni jogging. Dia lalu depan kitaorang sambil tersenyum dan cakap, 

'Good morning'

Dan kitorang pun greet, good morning jugak.

Lepas tu sambung tidur lagi.

Bangun je, nampak ada sorang auntie chinese ni jalan laju-laju kat ktorang sambil pegang kertas warna kuning. Dia datang kat ktorang dan hulurkan satu pamplet sambil cakap.



"Nah, ambik ni bagi kat mak. Jangan lupa tau bagi kat mak" aku dan Yaya ambik je pamplet tu sambil terpinga-pinga tengok kat auntie tu yang berlalu pergi. Eceh. 

Aku dan Yaya terus baca pamplet tu.



Mesyuarat rukun tetangga oleh polis cawangan ****, bersama penduduk taman ****


Bhahaha...terus gelak besar.

Aku cakap kat Yaya,

"Tu lah, mak cakap suh pergi sekolah nak ponteng lepak kat taman jugak, kan dah kantoi dengan auntie tu yang kita ni tak gi sekolah hari ni"

Pfttt....




#pesanan buat auntie tu: sorry auntie mak ktorang tak dapat datang untuk bermesyuarat. Kerana sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. Duhh.