Friday, 18 January 2013

Musim ini pun berakhir...

Assalamualaikum....

Tajuk mesti nak kena macam tajuk novel kan. Sebab musim ini, benar-benar berakhir. Wahh, ayat mesti nak jiwang macam novel jugekk. Duhh. Akhirnya setelah sekian lama, mula la rasa nak update blog ni. Satu. Dua. Tiga. Empat. Yeah..empat semester duduk kat uitm shah alam ni. Banyak aku belajar tentang hidup. Tentang persahabatan. Tentang segala-galanya. Alhamdulillah.. Sangat awesome. Dan kelmarin berakhir lah paper yang terakhir. Dan maknanya, musim ini sudah sampai penghujungnya. InsyaAllah. Lepas ni dah tak boleh jumpa macam selalu dah. Dah tak boleh dengar usik tawa korang ramai-ramai dalam kelas lagi dah. Happy sangat-sangat kenal korang. All of you are the best ever friends. Lepas ni kalau jumpa beberapa years ahead, sure dah ramai yang berjaya. Yang dah kahwin. Dan kalau jumpa balik mesti dok seronok cerita  balik kenangan-kenangan lama. Kan.Kan.....

May Allah swt bless all of you, my friends...=)

Aku dan Yaya pulak dah plan awal-awal nak stay kat Shah Alam. Nak jadi warga negara Shah Alam la kununnya...And kitorang dok hantar resume sana sini. Dan Alhamdulillah setakat ni kami dapat dua panggilan interview. First aku dapat kat Bangi pagi tadi baru lepas interview company developer + kontraktor. Bos dia yang interview aku handsome, baik dan cool. But aku tak sure dapat ke tak, since aku takdek transportation nak ke sana. Anyhow...Bangi kotttt...jauh bangat. Tadi pun kawan aku yang tolong hantarkan, kebetulan dia nak balik rumah dia kat Bangi. Dan perjalanan dia. fuhh...mencabar. Sebab jauh. Bos company tu tanya, kalau awak dapat kerja kat sini, awak ada transport tak. And better jujur lah. Aku cakap takdek. Kalau dapat pun aku mungkin akan naik public transport. Dan dia cakap kat sini susah sangat-sangat nak dapat public transport nak ke company tu. Memang pun sebenarnya. Hoho. It just because I think hanya itu sahaja jalan yang aku ada. Grrr. Tapi dia cakap, its okay, dia still akan considerkan permohonan aku. Anything dia akan inform result kat aku minggu depan. Duhh. Bila fikir balik kan, rasanya better aku tak dapat yang ni. Since aku mungkin hanya akan susahkan company je. Sebab kenapa? Sebab...

1st- aku takdak transport

Fine. Maybe its ok aku boleh naik public transport macam tren ke nak gi keje, pandai-pandai lah aku sampai UKM tu aku amik teksi ke apa ke kan, but cost la agak melambung kat situ. Yeah, that is one point there. Cost. grr...Yang menjadi masalah lain pulak time nak balik pulak. Di buatnya kena stay sampai lewat malam. Kalau lah kan, sebab lau keje dengan konsultan ada can balik 2-3 pagi jugak, since ini adalah kontraktor mungkin takdelah begitu, tapi still kena fikirkan kemungkinan jugak. Huhu...

Okay, kenapa aku kena ada transport lagi, sebab keje-keje aku nanti kena pergi site untuk buat site evaluation. Kena melawat tapak la kiranya. Dan ok lah, katakan lah, kan kan, company kasi pinjam kete untuk pergi site. Ada satu lagi masalah aku.

2nd- My D

Yeah my D. T.T. not really good to me yet. Huhu.

So, aku kena settle kan D aku cepat-cepat. 

Oh,ye. Dan Yaya dapat interview kat USJ hari isnin ni. Second interview aku dapat kat Cheras. Dapat sama-sama dengan Yaya. Still jauhkan kalau aku dapat kerja kat situ. Kalau aku dapat kerja kat Cheras ni, InsyaAllah, no more dreams nak jadi warganegara shah alam lagilah. Mungkin kena cari rumah dekat-dekat situ. Huhu.

Yeah, apapun. Semuanya masih belum pasti lagi. Tapi still kena ada perancangan supaya nanti takdelah kelam kabut kan.Ok, bai...=D



No comments:

Post a Comment