Saturday, 26 January 2013

Looking for something

Assalamualaikum....

Entah bagaimana aku tercampak di sini
Mencari erti hidup pada mulanya...
Memang kadang-kadang perancangan lebih indah dari menjadikan ia realiti
Menjadikan ia realiti mungkin lebih susah kalau diri tak nak bersengkokol dengan hati dan fikiran

Tapi sabar, tabah, kuat itu lebih baik..
Bersandarkan harapan pada manusia mungkin satu lagi masalah
Manusia, takkan mampu memuaskan impian, kehendak malah takkan mampu memahami walau dia cakap kau lah sahabat, kau lah teman..

Sebab?

Sebab, hati sendiri takkan puas hanya dengan janji, takkan percaya walau hanya sedikit kekuatan dia bagi kemudian dia juga yang memusnahkan rasa itu...

Jadi?

Jadi...

Kenapa tidak pada Allah swt di letakkan segala kepercayaan, segala kekuatan. Sandarkan pada DIA. Sungguh, DIA takkan pernah mengecewakan kamu.

Pada saat kamu lihat orang lain sudah berjaya. Jangan risau, itu kerana jalan dia sudah awal terdampar.
Jalan kamu sedang di tunjukkan. Cuma teruskan perjalanan. Insya Allah. Biar kabus, biar kabur...tak lama lagi lorong itu akan kamu nampak.

Sabar sikit lagi
Usaha sikit lagi.

Kalau rasa sedikit itu belum cukup.
Tambah lagi...



Sungguh DIA tak kan pernah mengecewakan...

=)










1 comment:

  1. Allah sebaik2 perancang... sebab tu kita selalu kt InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete