Sunday, 27 January 2013

Hidup

Assalamualaikum...

Seorang lelaki tua yang tidak berbaju,
Di temani seekor anjing yang setia di sisi.
Berbaring di dalam gerobok buruk dari papan-papan keping yang hanya sebesar reban ayam
Di lorong belakang kedai makan

Aku mengintai dari tingkap atas.
Terasa bosan.
Melihat hidupnya, apakah dia juga bosan?
Melodi hidupnya hanyalah dari sebuah radio kecil melagukan lagu-lagu dari minnal fm
Menambahkan suasana hidup yang semakin suram.
Melainkan kalau aku faham lagu dari minnal fm mungkin boleh tumpang sekaki sambil melayan perasaan.

Tapi tidak..
Aku semakin bosan.
Berharap agar radio nya kehabisan bateri supaya aku tidak lagi mendengar irama-irama suram yang membuat aku bertambah sedih.

Tapi mujur sempat tersedar.
Sekurang-kurangnya, dia ada sesuatu yang boleh menghiburkan hidupnya.
Radio itu adalah hidupnya.
Lalu aku pekakkan telinga..

Sumbatkan telinga dengan earphone.
Dengar irama English, Korea, Melayu...
Atau irama yang mengingatkan tentang Allah swt dan Rasulullah s.a.w
Lebih baik..


Bersyukurlah.









1 comment:

  1. Kesiannya Pakcik tuu. Semuga dea terus kuat menghadapi segala kesunyian selagi maseh hidup. Yurp! Bersyukurlah. At least kita ni banyak lagi benda boleh buat. & still ada ramai orang penting di sisi. Tak boleh bosan dengan hidup. No matter what, kena teruskan :D

    ReplyDelete