Sunday, 27 October 2013

Lebih Baik

Assalamualaikum...

Sedar yang hidup ini setiap langkah takkan mungkin penuh dengan bunga-bunga bahagia, yang hanya buat kita tersenyum, tertawa sepanjang jalan...

Sedar yang hidup ini penuh dengan ujian...

Bila namanya ujian, orang fikir kita hanya akan menangis..impak dari ujian..

taklah...gembira pun ujian apa...ketawa?

Tapi di daerah ini...terdampar keseorangan kesan dari pilih jalan yang berbeza...

(refer to the road not taken (the poem: poem yang selalu ada kena mengena dengan pilihan antara dua persimpangan)

Tapi hasil dia lead to several kebaikan yang tak di sangka-sangka sebelum ni...

Di daerah ini...aku belajar banyak benda...

Banyak perkara yang nampak susah mula-mula, tapi ibarat setelah gelap datangnya cahaya...

Datang kat sini tak pernah buat aku menyesal...sebab...kerana di sinilah...aku bakal berpindah ke sana balik, seolah-olah pulang ke tempat asal. Ke tempat yang memang aku inginkan sebelum ni.


Sedar...yang kat mana-mana kaki ini berdiri dan memulakan langkah, ujian tetap takkan pernah berhenti...

Cuma doa aku...semoga setiap ujian bakal buat diri aku lebih baik. Lebih baik bukan hanya untuk diri sendiri tapi juga untuk orang lain. Demi Allah...Demi untuk mendapatkan redhanya...

Percayalah, walaupun bukan ini yang aku nak...tapi rasanya tetap manis. SubhanaAllah.






Monday, 7 October 2013

Adventure

Asslamualaikum...

Sungguh, xsangka...rupanya berhijrah cari rezeki kat sini buat hidup aku adventure sangat-sangat..duh..sungguh tak pernah terfikir...perasaan dia ibarat roller coaster...tapi alhamdulillah...setakat ni tak pernah rasa down...Allah kan ada..

Tapi ada satu perkara buat aku sedih sampai menangis, rindu dorang berdua...huhu..tapi alhamdulillah..perasaan dah kembali pulih...baiklah...teruskanlah berkojo...demi Allah swt...


CAYOK!!!

Friday, 27 September 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum....



Hope that all these beliefs in our anatomy. May Allah SWT bless us all. Amiin..








You are the ONE

Assalamualaikum...

Another soothing's song...


Julien Drolon ft Heliza Helmi - You Are The One









Ya Sudahlah

Assalamualaikum...

Lately sangat rasa terinspirasi dengan lagu-lagu positif. Antaranya yang ini...




Ya Sudahlah- Bondan Prakoso feat Fade To Black

Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah

Reff:
Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok

Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita-cita dan harapan

Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada

Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi bersamaku hingga akhir datang

Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah yeah
Dengar ku bernyanyi lalalalala heyeyeyeyeyayaya
Dedum dedudedadedudidam semua ini belum beakhir

Back to Reff:
Satu ‘kan langkah langkah yang beriring
Genggam hati rangkul emosi
Genggamlah hatiku satukan langkah kita
Sama rasa tanpa pamrih
Ini cinta across the sea
Peluklah diriku terbang bersamaku
Melayang jauhh.. woo..woo.. yeeahhh.. (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yg menerima kelemahan hati
Yea.. aku cinta kau.. ini cinta kita
Cukup satu waktu yes untuk satu cinta
Satu cinta ini akan tuntun jalanku
Rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
Rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
Bahagia hingga ujung waktu









Thursday, 26 September 2013

Everything is gonna be okeiii!!

Assalamualaikum...

Serious, tahun 2013 sehingga bulan ini bukanlah tahun yang sangat heaven buat aku...
Penuh dengan 1001 ujian
Tapi dalam celah-celah ujian itu sebenarnya tak aku nafi ada rahmat yang sangat besar..
Untuk pertama kali aku nampak dalam hidup ni macam mana setiap ujian itu ada penyelesaiannya
Just believe in Allah dan everything just settled like a MIRACLE...
But hey, apa-apa yang MIRACLE sudah tentulah dari Allah swt..nak percaya apa lagi selain dari yang SATU ini...

USAHA, DOA DAN TAWAKAL = everything is gonna be OKAY..believe in HIM...Percayalah..

Pernah aku ada problem ibarat masa tu aku tengah berdiri kat the edge of cliff. Serious. Hampir putus asa. Tapi bila ayah aku cakap just go and try to settle it. Walaupun masa tu aku rasa masa dah terlalu suntuk dan macam mustahil sangat-sangat nak setel. Tapi entah macam mana aku dapat kekuatan yang sangat luar biasa. Masa tu aku tak fikir langsung dah if masalah ni boleh setel atau tak sebab masa terlalu suntuk. Kalau aku tak setel kan ini, banyak hati akan kecewa. Tapi yang penting cuba. Setel tak setel belakang kira. Masa tu aku sangat pasrah.

Dalam hati dok pujuk. 'Its okay, Allah ada, Allah ada. Dia sayang ko, sebab tu ko di uji macam ni' Dan aku terus tenang.

Bila aku sampai kat tempat tu dan terangkan hal yang sebenar. AJAIB. Semua setel dalam sekelip mata. Bila keluar dari tempat tu, aku rasa macam di awang-awangan. Serious.. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Rupanya apa yang terjadi tu bukan salah aku, rupanya salah sistem dorang. Maaflah aku tak boleh nak kongsi ceritanya, sebab too lazy untuk menaip panjang-panjang. Hoho. 

Sebenarnya banyak lagi keajaiban yang berlaku dalam hidup aku. Banyak ujian yang aku lalui sepanjang tahun 2013 ni kalau tengok macam susah sangat nak setel. Tapi bila kita percaya Allah ada di sisi, dia turunkan ujian ni sebab DIA tahu kita mampu. Walaupun kita fikir macam kita tak mampu. Tapi DIA lebih tahu kan! Akhirnya, masalah yang dihadapi itu setel just like a miracle yang tak pernah terfikir pun dan tak pernah termimpi pun sampai macam tu sekali.


Terlalu banyak sebenarnya RAHMAT ALLAH kat sekeliling kita. Janganlah hanya pandang kebahagiaan, atau kegembiraan yang besar baru kita nak kata inilah dia heaven aku. Cubalah pandang perkara-perkara kecil yang sebenarnya besar yang mungkin kita tak sedar. 

Contoh paling dekat:

Tangan
Mata
Kaki
Selera makan/minum
Mulut
Angin
Udara
Matahari
Sejuk 
Panas
Anak-anak
Ibubapa
Kawan-kawan

etc

Anda senaraikanlah sendiri. Tak terkira banyaknya..

May ALLAH SWT bless all of you yang visit this blog...Thank U =)




















Tuesday, 24 September 2013

Patah Seribu

Assalamualaikum...

Kata Yaya...
Patah tumbuh hilang berganti...

katanya ada dua makna patut ada dalam kata-kata ni

pertama

walau sahabat yang sekarang akan pergi
pasti akan terganti dengan yang baru

kedua

tapi yang baru pasti takkan sama dengan yang lama
takkan boleh ditukar ganti

Oh..terharu

patah seribu hatiku...lalala..ceh, tetiba je nak nyanyi..







Thursday, 12 September 2013

Kawan

Assalamualaikum...

Belum berpisah tapi sudah rasa rindu..

Haish...

Macam mana agaknya kalau sorang ke selatan dua orang lagi ke barat nanti..

Pernah bincang pasal hal ni dengan dorang

Kalau dah macam tu nanti macam mana la? Bila lagi nak jumpa..

So, one of us said that,...papehal mesti contact each other, by hook or by crook..

Mesti kena jumpa..

Macam bercinta pulak rasa tapi bukan lessi ok, sory sket..

Don't know how...

Dorang datang tanpa dirancang oleh diri but sudah tentu Allah yang merancang segala-galanya..

Just want to say..


You are my pelangi babes..
Coloured my world


Semoga Allah merahmati kalian semua..

Feeling thankful




Tuesday, 20 August 2013

Mencari

Assalamualaikum...

Hidup yang tak pernah berhenti untuk mencari..
Tanpa sedar...kita hidup kerana masih mahu mencari
Dan pencarian ini tak pernah berhenti..
Kecuali satu kata iaitu mati
Dan semua pun terhenti...





Saturday, 27 July 2013

Be strong!!

Assalamualaikum....

O' Allah, please help me..
please make me strong..
I'm not alone..I know..
I have YOU..
and that is enough for me..
and please forgive me for my weaknesses, for my ignorance,
please forgive me for my sins...

I fall, I get up again..
Because of people that so important to me,
and BECAUSE OF YOU...

I'm not alone
I know I'm strong enough...
I have YOU...
I know...

amiiin..

Tuesday, 9 July 2013

Rolling the coaster

Assalamualaikum....

Still bergelumang dengan drawing. Adeh, hidup ni memang macam roller coaster, bila tertekan dengan kerja yang terlalu banyak mulalah nak give up. Tapi tolong jangan give up sekarang. Boleh jadi perkara yang kamu tidak suka ini adalah baik untuk kamu...hurmmm...ada betulnya...

Wah, ramadhan hampir menjelma. Rindu sangat-sangat dengan ramadhan. Dan yang paling specialnya, 1st ramadhan jatuh pada birthday aku. Semoga Ramadhan ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua...amin..

May Allah swt bless us all...

Salam Ramadhan...

''rolling the coaster, anyway hidup perlu di teruskan. rasa gayat tu lah namanya hidup''



Thursday, 27 June 2013

Siapa nak mai ambik ni oii!!

Assalamualaikum....

Tadi petang tengah nak siapkan tender report. Aku tengah nak karang ayat. Tiba-tiba Mr. Thomas yang memang banyak mulut tu bersuara.

"Hey Y, you pegi la ambik Nadia esok pergi kerja. Esok kan B takde, so Nadia takde transport nak pergi kerja kan"

Y: Boleh aje, saya tak kisah. (eh, tetiba aku tulis dialog format plak)

Aku pulak tengah memikir ayat lagi. Taip-taip padam.

B: Jem la Mr. Thomas. Selalu Nadia naik KTM aje kalau saya outstation.

Mr. Thomas: Boleh aje Y pergi ambik, kena keluar awal la. Nadia have a motorcycle tak? Is she can drive?

B: No, she cannot drive la.

Aku, taip-taip. Hish, apasal aku tak boleh nak fikir ayat ni? Apasal dorang bising sangat ni.

Mr. Thomas: Ooh, so so.. she can go by train la?

Then, they keep talking and discuss macam mana aku nak pergi kerja esok. Padahal sebelum ni aku okay aje lau B pergi outstation aku memang naik KTM je.

Then aku terus memerah idea, and they keeeeeppp talking until aku memang takleh tahan dah...

Me: It's okay, it's okay. I am okay. Don't worry!!!!!

Mr. Thomas buat muka. Kitorang semua gelak. Hahaha... Dalam dok tak tahan tu, terharu jugak. Rasa cam wahhh, so caring la korang...hehe....Then Mr. Thomas and the team keep talking about project dan aku dapat taip dengan tenang...Haha...


Anyway, kitorang satu team memang suka sangat dengan Mr. Thomas. He is so supportive walaupun kadang-kadang bila dia dok asyik terangkan dan kitorang tanya balik dia akan cakap,

''wah, myself give up lah, myself give up'' kitorang gelak. Tapi dia still terangkan sampai paham. Hehe..




Tuesday, 25 June 2013

Meeting + jerebu

Assalamualaikum...

Sebagai freshie kat sebuah company construction, bila dapat pergi meeting terasa macam awesome aje. Tapi sebagai freshie jugak bila dok kat dalam meeting tu mewakili company dan sorang-sorang pulak, aku harap tak ada mana-mana consultant especially arkitek tanya aku or point kat aku dengan suara kuat dan bertanya, why? how? heheh...sebab i still freshie yang baru nak belajar dan merasai suasana meeting. Oleh kerana project ni on going, maksudnya in post contract dah, so yang banyak kena tanya dan banyak kena hentam adalah kontraktor dan subkontraktor dan design consultant yang lain.

Dan aku berani approach contractor pun after meeting lah, sebab as a QS, aku hanya bertanggungjawab pasal payment aje. So, kerja aku kejar contractor mintak VO and any other backup for claim. Yelah, nak payment kan! So, kenalah bagi kerjasama kat QS...heheh..

So far, sudah hampir sebulan setengah aku kerja. Dan handle satu abondend project yang dah nak final account. Agak pening sebab aku tak handle project ni dari awal, so kenalah kuatkan semangat sampai project siap. InsyaAllah, boleh, amin...


Oh, ya. Alhamdulillah, hari ni hujan dah turun. Masa tengah tunggu teksi balik dari meeting tadi tiba-tiba nampak macam rintik-rintik kecik kat floor kaki lima kedai, lama-lama rintik-rintik kecik bertukar jadi besar. Dan perasan yang hujan rahmat sudah turun. Alhamdulillah.





Wednesday, 19 June 2013

Prasangka?

Assalamualaikum.....

Gadis A: Seorang yang boleh dikatakan alim
Gadis B: Baru nak belajar-belajar jadi alim

Situasi

Gadis A: Aku tengok ko memang suka tidur sambil dengar lagu ek?

Gadis B: Eh, mana tahu?

Gadis A: Hari tu masa ko tidur kat rumah aku (Kemudian baru teringat pernah pergi tidur rumah gadis A satu malam)

Gadis B: Aku boring ar. Lagipun aku dengar radio je (Dalam hati - tu je satu-satunya cara nak release tension or nak rasa tranquile setelah seharian penat bekerja dan penat dengan karenah dunia)

Gadis A: Tak baik tau. Bayangkan kalau ko tidur dan mati dalam keadaan macam tu.

Gadis B:(Dalam hati) What? Apa salah aku? Dengar radio je pun.Tiba-tiba kepala terasa cam kena hempuk. Tersedar. LOL. Oh, dia ingat aku dengar lagu-lagu layan blues, layan jiwang, layan karat semua tu? Adeh! 

Kemudian gadis B tersenyum pada gadis A. Senyum. Tak perlu kata apa-apa. Bukan senyum bersalah. Tapi senyum sebab Gadis A yang tak faham dengan situasi. Sepatutnya Gadis A tanya Gadis B dulu, ko dengar lagu apa? Radio apa? Bukankah nice and more sweet begitu?

Gadis B: (Dalam hati)...aku dengar radio IKIM. Do you mind, girl? Aku dengar 'lagu' dari Allah swt every night sebab aku terlalu letih seharian dengan dunia, hanya dengan ingatan kepada Allah swt buat aku jadi tenang. Jadi, biarlah kalau aku mati sekalipun dengan earphone di telinga. Semoga Allah swt redha kerana di telinga aku sedang berkumandang lagu cinta dari Allah swt.

Moral of the story: nak tegur orang tak salah. tapi alangkah baiknya kalau tanya dulu. InsyaALLAH Gadis B tak kisah kalau di tanya dengar radio apa or lagu apa? The point is, inilah yang di katakan macam mana manusia berprasangka sesama manusia. Don't judge people before you know the situation.

And gadis B, rasanya tak salah kalau cakap" Kalau aku mati dalam keadaan earphone aku sedang berlagu dari radio IKIM, ko rasa baik ke tak?" tanya dalam riak wajah yang nak belajar. Bukan nak riak atau apa. So, mungkin Gadis A akan tersedar kesilapan dia di situ. But must intentionally sebab tak nak Gadis A salah faham la, bukan sebab nak riak. So, win win situation la kan! =)


Okay, have a nice and tranquil nite....

May Allah s.w.t bless us










Monday, 3 June 2013

Berchenta sungguh

Assalamualaikum...

2 minggu pertama tengok drawing rasa blur. Macam mana aku nak kira ni. Dah lama tak mengira. Buat aku rasa stress nak lari somewhere. Dengan architectural drawing dan engineering drawingnya...adeh...rasa nak sekolah balik.

Masuk minggu ke tiga (hari ni). Oh, berchenta sungguh aku dengan drawing-drawing ni semua.

Tu lah. Orang kata tak kenal maka tak cinta.


Sunday, 2 June 2013

Fasa meneruskan hidup

Assalamualaikum.....

Fasa meneruskan hidup. Almost three weeks bergelar pekerja.

Fasa untuk belajar lebih tabah, matured, bertanggungjawab, dan BERSYUKUR...


Tuesday, 16 April 2013

sketch #1: Di kala masa lapang


Assalamualaikum....

Ini adalah kerja-kerja di masa lapangku...




Watak dalam Sungkyunwan Scandal----> Yoo Ah In----
teka yang mana satu? haha-- macam tak sama je aku lukis..hewhew




Yang ni dah lama dah lukis...motifnya saje...




Saturday, 13 April 2013

Stuck

Assalammualaikum....

Almost for ages i'm stuck in here...
Almost alone...
Or maybe Alone...

But what I found alone..
The things happened alone...
I found awesome...
Can't describe into words either..

I am stuck..





Thursday, 11 April 2013

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com

Assalamualaikum...



click banner untuk join =)





Fast is cepat segmen 1.0 by dysha sahhir

Assalamualaikum...



click banner untuk join..


" fast is cepat segmen 1.0"
berlansung selama dua hari 
9-11 april 2013
jam 12 am 





Thursday, 4 April 2013

Tengok wayang

Assalamualaikum...

Dah lama tak mengepost entry..
Oh, ya, minggu lepas teman Yaya pergi tengok wayang. Citernya best la jugak. G.I. JOE..teruja la jugak tengok mula-mula..dan yang paling aku suka bila tengok citer english ni sebab kalau kita perasan mesti ada dialog yang best..contoh la dalam citer ni..aku try recall balik lebih kurang dialog dorang, 

bila ketua dorang tanya apa perancangan kita yang seterusnya?
Sorang jawab, wait and see
sorang lagi jawab, serang.

Dan ketua dorang pun cakap, saya tak suka hanya tunggu dan lihat, saya perlukan keberanian. Dan akhirnya bila ketua dorang setuju dengan rancangan untuk serang, akhirnya...dorang menang.

Okeh, lebih kurang macam tu lah dialog dorang. Faham tak pointnya kat situ. Wait n see tak menjanjikan apa-apa, kita kena berani bertindak. Kalau kita masih dalam situasi wait n see, mungkin kita tak kemana...seolah-olah nak sentiasa duduk kat dalam zon selesa aje...tak salah try n error. Sebab ianya boleh jadi proses kita dalam mengenal kehidupan. Tapi janganlah try n error untuk perkara-perkara yang terang-terang dah salah..contohnya terlibat dengan dadah, arak, judi, pergaulan bebas n etc..ok..


Then, tengah-tengah yaya dok syok melayan cerita kat depan kemudian bersungguh dia nak cerita kat aku yang dok kat sebelah dia, tapi hampa...sebab aku dah selamat tidur...huaah..memang itulah masalah utama aku kalau di ajak ke panggung wayang...mula-mula bolehlah lagi, tu pun sampai kemuncak puas aku dok tahan mengantuk dengan menyumbat popcorn, last-last dalam bunyi sound effect yang mampu memecahkan panggung tu jugak aku tertidur...

Tapi nak buat macam mana, sedangkan panggung wayang yang kitorang buat time belajar dulu kat bilik kolej pun macam tu jugak, tutup lampu, bila citer dah start, pertengahan citer mulalah mata kuyu, bila dah habis citer, pasang lampu dan akulah manusia itu...hohoho...



okeh, sekian..








Thursday, 28 March 2013

Interview

Assalamualaikum...

Dapat interview kat K.L..ku di shah alam, dan sudah buntu macam mana aku nak pergi sana..huuu...tapi rasa macam ketaq-ketaq nak pergi interview ni, hehe..takpelah ku cari jalan..INSYAALLAH ada jalannya..

Oh, yee..jom dengar islam agamaku di IKIM sekarang. Sekarang noh..=D






Tuesday, 19 March 2013

HIMNAE~~

Assalamualaikum.....


~himnae~



Himnae from the korean word means--cheer up!!!

Walau apapun ujian yang melanda. Allah swt tak pernah beri ujian yang sia-sia. Bersangka baik padaNYA. Dan cheer up. Allah swt menguji hamba-hambaNYA kerana DIA sedang menunjukkan jalan untuk bahagia. Bahagia itu bukanlah dicapai pada penghujung destinasi, tetapi semasa proses kita mencari bahagia. Itulah bahagia. Tak percaya? Cuba pandang sekeliling kita. =)






Monday, 18 March 2013

Cup cakes


Assalamualaikum....

First time lukis guna MS EXCEL..sangat fun. Sebab semua bentuk sudah tersedia, just kena kreatif je. Huhu, anyway...buruknya cupcakes ku...huaa..tapi bolehlah kut...hoho...



Sunday, 17 March 2013

Nothing..

Assalamualaikum...


Ada satu masa...
Tak mampu nak fikir apa-apa...
Entah kenapa...
Kemana menghilang diri yang dulu...
Saat semua yang dilakukan terasa teruja dan bersemangat...
Tapi setelah bermula...bagaikan ada saja yang tak kena...

Mungkinkah kerana diri mula terasa jauh dariNYA..?







Tuesday, 12 March 2013

La tahzan



Assalamualaikum...

Don't be sad. Allah is always with us!!











Sunday, 10 March 2013

5th Anniversary Mini GA

Assalamualaikum....

Tahniah for the 5th anniversary blogger Pink Ummi... Ada mini GA.. saje join di kala kebosanan dan sebelum broadband ku membuat mogok...jom-jom...=)



click banner untuk join









Segmen: RM5 - Blog Paly

Assalamualaikum...

jeng,jeng...nampaknya tersangat rajin la pulak aku nak join segmen sejak dua menjak ni. Hehe, papepun anggap sajalah sebagai tanda perkenalan dan sokongan sesama blogger...=)..


nak join sila click banner 



=D







Saturday, 9 March 2013

Nikmat - nikmat tuhan yang mana hendak kamu dustakan?


Assalamualaikum











Kecewa

Assalamualaikum...

Lately,
aku..
sangat
sangat
sangat
kecewa
dengan
dunia
ini..

People
why?
why?
why
we
must
fight?

Bukankah Islam itu bersaudara?
Tak inginkah kita menjadi jiran dan melihat each other to have smile and blessing from ALLAH SWT in...

HEAVEN?

apabila waktu itu sampai?


Dunia adalah ujian, kesenangan itu ujian, apatah lagi kesusahan..



Islam itu sebenarnya sangat-sangat indah. Wake up!












Thursday, 28 February 2013

Segmen:#1 by SyahRidzeah


Assalamualaikum...



click banner

Since aku ada banyak masa dan tak tahu nak buat apa walaupun maxis broadband ku bikin hal yang sangat annoying. Hihi. So, untuk pertama kali aku join segmen oleh SyahRidzeah ni. Jom pakat join ramai-ramai meh. Dalam masa yang sama saling memberikan sokongan sesama blogger untuk terus menulis. Fighting!! =)









Tuesday, 26 February 2013

Good leader, are u?


Assalamualaikum....










Teringat seorang lecturer yang mengajar subjek project management. Dia cakap, a good leader takkan lead pekerja dia dengan cara scientific but humanistic. Scientific lebih kepada kerahan tenaga sebab nak hasilkan product dengan cepat dan berkualiti. So, macam-macam cara bad leader akan buat untuk pastikan pekerja dapat hasilkan productivity dengan cepat, contohnya beri amaran keras dengan cara herdikan seperti di atas, kalau lambat buat kerja, datang lambat kerja, you are fired. Atau apa-apa amaran yang boleh membuatkan pekerja-pekerja terasa periuk nasi mereka mula terancam dan mulalah mereka buat kerja dengan cepat, mula datang awal. Okay, ada sisi baik jugak kat situ, tapi bila difikirkan balik, akan timbul ketidak ikhlasan dalam bekerja untuk syarikat, dan pekerja-pekerja akan mula mencari alternatif lain, contohnya, berhenti kerja dan cari kerja lain, atau mulalah terjadi apa-apa konspirasi di dalam syarikat, nak menggelapkan duit syarikat or apa-apa benda negatif lah. Di sebabkan mereka mula tidak tahan dengan cara ketua mereka mengendalikan perasaan dan kebajikan pekerja.



Tetapi humanistic adalah dengan cara encourage their staff untuk bersemangat buat kerja tanpa perlu mengherdik, memaki hamun atau apa sahaja yang boleh down kan semangat staff. Kalau pekerja datang lambat, a good leader akan adakan meeting dengan pekerja tu secara privacy or grouping kalau a group of staff tu bermasalah, so a good leader akan tanya apa masalah mereka, kenapa datang lambat, kenapa productivity kerja menurun, atau tidak meningkat langsung. Apa masalah yang mereka hadapi sebenarnya sehingga memberi effect kepada syarikat? Dan mungkin a good leader boleh cadangkan apa-apa alternatif yang boleh membantu pekerja mereka. Contohnya, kalau tak nak bagi lambat datang kerja, sediakan hostel, Kalau tak nak pekerja malas buat kerja yang mungkin disebabkan gaji ciput, tambahlah gaji or apa-apa elaun, Kalau tak nak pekerja asyik fikir buat kerja dan menghabiskan suku atau setengah abad umur bekerja untuk syarikat, sediakan pakej pelancongan atau bonus. Why not? Pekerja adalah aset syarikat. Malah, selepas itu mungkin pekerja lagi bersemangat nak buat kerja.


To be truth, aku pernah tengok sebuah company ni, company kecil. Bila pekerja ramai, memang productivity company ni sangat melonjak naik. Bos company siap nak belanja melancong lagi. Tapi di sebabkan seorang buat perangai, tiba-tiba ter effect kat semua pekerja dan no more planning nak makan angin, Okay, mungkin bagus sebab nak bagi pengajaran kat pekerja-pekerja yang lain. Tapi makin lama cara pengendalian hati pekerja. YA, HATI PEKERJA semakin BERKURANG. Makin banyak benda yang tak kena, dan pernah ada pekerja yang buat silap dan prestasi kerja dia pun memang teruk, terus di berhentikan serta-merta kat situ jugak dan di beri gaji. Okay, lagi. Still bagus sebab nak pekerja-pekerja lain dapat pengajaran dan tingkatkan ketekunan. Kemudian adalah beberapa pekerja yang di kondem dengan lantang, so makin lama makin berkurang pekerja di company tu. Selepas itu, timbullah masalah gaji yang sememangnya rendah sejak dari dulu lagi dan tinggallah hanya beberapa staff yang boleh di kira dengan jari, dan produktiviti pun berkurang.

Hemm, tapi selepas beberapa bulan company ni meningkat dengan jayanya sekali lagi. Kisahnya, haha ini kisah tentang jatuh bangkit semula. Yang ini aku cerita lain kali. Heh.

Okay, bai...

Oh, ya. Are u a good leader? Sekurang-kurang leader kepada orang di sekeliling kamu. =)!














Saturday, 16 February 2013

Oh, wow...

Assalamualaikum....

Hem hem...bila tengok analitik aku sejak dua menjak ni kan. Macam naik mendadak dari biasa aje. Hehe. Thanks kepada siapa-siapa yang sudi melawat blog yang entah apa-apa ni. Dan sorry kalau ada yang datang mengomen tapi aku tak balas, bukan apa kadang-kadang line internet ni selalu meragam. Sekaligus menambahkan rasa malas yang sedia ada dalam diri ini untuk menaip di papan keyboard ni (Papan lagi keyboard lagi...dush) Bila tengok line macam siput sedut tetiba rasa blur nak taip apa. Semangat nak berblogging pun dah berkurang berbanding masa memula create blog ni dulu. Kalau boleh tiap-tiap hari nak update entry-entry baru. 

Eh, tapi ramai yang datang sini sebab nak belajar bahasa perancis kan? Dan main gitar? Erk? Well, aku tak berapa fasih kalau berbahasa perancis. Bukan tak berapa tapi memang tak pun. Hoho. Sebab dah satu sem tinggalkan bahasa perancis. Jadi hanya certain-certain ayat sahaja yang ingat. Nak refresh balik memang tak berkesempatan. (Nak berkesempatan macam mana kalau hari-hari dok layan running man. Means that, prefer korean language lagi, walaupun....humm -..-) Hanya itu sajalah yang aku mampu kongsikan. Harap-harap berguna untuk korang walaupun tak banyak yang boleh di kongsikan. 

Main gitar? Huuu... I wish that I can learn how to play a guitar with a guitar in my hand..grrr... =D

oH yea, since aku sudah tidak busy dengan study lagi. Insya Allah aku akan cuba bergerak aktif berblogging lagi. InsyaAllah, aku akan singgah di blog-blog kawan-kawan blogger sekalian, membaca cerita, dan mengomen...hoho...








Unofficially graduated....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....im unofficially graduated now. Sob-sob. Terharu. Terima kasih yang tak terhingga kepada supervisor dissertation aku. Huhu. (Bajet dia baca blog ni kan)..Family yang percaya aku boleh buat walaupun aku kadang-kadang hampir putus asa. Lecturer-lecturer yang tak putus-putus bagi sokongan dan harapan walaupun pernah hampir putus asa. Dan kawan-kawan yang rapat mahupun tak rapat yang sentiasa menjadi 'reinforcement' pada saat-saat hampir putus asa jugak. (Wah...banyak betul hampir putus asa) 

Terima kasih banyak-banyak. Tanpa mereka tiadalah aku menaip perkataan unofficially graduted di sini. Alhamdulillah. 


 많이 감사....... manhi manhi kamsa

정말 감사....... chongmal kamsa...

=)


Monday, 4 February 2013

Terkunci di dalam rumah

Assalamualaikum...

Hari jumaat malam. Aku dan Yaya bersiap-siap nak pindah ke rumah baru. Eceh. Baru sangat. I mean rumah sewa. Dok siap-siap angkut barang ke ruang tamu. Aku orang last kua dari bilik, before tu aku tekan punat kat tombol dan dang! pintu terkunci dengan senang hati sebab aku fikir Yaya dah amik kunci bilik yang mana kunci rumah kami jugak tersangkut kat situ. 

Yaya mintak kunci gril dengan aku. Aku just like. Huh? Melopong kemudian otomatik terlompat-lompat kecemasan. 

Tidak!!!!

Kami terkunci di ruang tamu. Duhhh. 

Dengan cemasnya tanpa berkata-kata. Aku dan Yaya rushing cari something yang boleh bukak balik pintu bilik. Segala macam senjata keluar. Pisau. Klip rambut. Pen? oh mai. Jammed tak leh fikir apa lagi senjata yang berguna. Masa tu ingat nak pecahkan aje pintu. Terbayang-bayang macam mana kalau terus terkunci sampai esok pagi. Da la Yaya keje esok. Aku pulak still tanam anggur lagi. (Keje kosong please! ''..'') 

Pastu mesej kawan, mintak dia datang dan dapatkan pertolongan dari siapa-siapa yang boleh tolong bukakkan grill pintu rumah yang bermangga dengan solek lagi. Wohooo...

Then, kawan mesej cakap dia otw dan dia suruh try guna kad simkad. Ohoo..adakah aku sedang menonjolkan elemen-elemen memecah masuk rumah. No-no, dont try this at home. =P


Punya lah semangat kemudian aku dan Yaya bergabung tenaga menggunakan kekuatan simkad housing. duhhh..masa tu apa yang aku bayangkan aku cuma harap ini hanya lah sebuah mimpi ngeri sambil masa tu background music mimpi tu di melodikan dari lagu tamil. Sebab according to my entry sebelum ni, ada pakcik ni yang suka dengar lagu tamil. Lagu tamil dia sudah cukup menghiburkan lorong belakang rumah.

Dada aku rasa macam nak pecah. Menolak pintu dengan sekuat hati. Dengan bermacam-macam teknik. Dan akhirnya dalam keadaan yang hampir putus asa. Hanya mampu beristighfar dan terus mencuba. To our surprised. Akhirnya. Berjaya. 

Waaa....Sob sob...mimpi ngeri itu pun berakhir sudah. Selepas kejadian tu, aku dan Yaya makin berhati-hati. Dan aku belajar untuk jadi lebih peka lagi. Huaa...my bad!!!





Friday, 1 February 2013

Lepak kat taman

Assalamualaikum....

Teringat satu hari pada minggu lepas. Kot. Teman Yaya pergi interview. Awal giler kuar rumah sebabnya takut tersesat jalan. Sebab naik moto dan tak berapa biasa dengan area Subang Jaya. Interview sepatutnya pukul 10 pagi, tapi pukul 8 lebih dah sampai. Gila awal. So, decide pergi lepak kat playground dekat-dekat dengan area ofis.

Ambik port yang tak bape nak teduh tapi at least cahaya matahari pagi tu dapat la sumbangkan vitamin D untuk kitaorang. Duduk dengan muka mengantuk.

Masa tu ada la beberapa orang warga emas yang tengah berjogging and bersenam. Warga muda pulak ada la beberapa kerat. Aku dan Yaya duduk termenung melayan mengantuk. Dok borak-borak sekejap, pastu silent. Aku pulak dah mengggigil macam nak demam. Pulak. Duhh. Tiba-tiba rasa lapar. Bukak poket doraemon. Keluarkan roti gardenia perasa jagung. So, aku makan. Yaya tak nak makan. Katanya takut tercekik. Sebab lupa bawak air. Oleh kerana aku tak kisah ada air ke tak, so aku mencekik. Tapi takdelah tercekik pun. Alhamdulillah masih sihat walafiat,

Lepas makan, mengantuk. Peluk tubuh. Pejam mata. Tidur. Yaya pun tidur kat bahu aku. Sempat la jugak bermimpi dua tiga saat. (Aku memang mudah tertidur kat tempat awam, apa aku kisah kalau dah mengantuk. Gila bahaya kalau kena culik)

Tapi tak lena mana pun, aku tengok ada uncle chinese sorang ni jogging. Dia lalu depan kitaorang sambil tersenyum dan cakap, 

'Good morning'

Dan kitorang pun greet, good morning jugak.

Lepas tu sambung tidur lagi.

Bangun je, nampak ada sorang auntie chinese ni jalan laju-laju kat ktorang sambil pegang kertas warna kuning. Dia datang kat ktorang dan hulurkan satu pamplet sambil cakap.



"Nah, ambik ni bagi kat mak. Jangan lupa tau bagi kat mak" aku dan Yaya ambik je pamplet tu sambil terpinga-pinga tengok kat auntie tu yang berlalu pergi. Eceh. 

Aku dan Yaya terus baca pamplet tu.



Mesyuarat rukun tetangga oleh polis cawangan ****, bersama penduduk taman ****


Bhahaha...terus gelak besar.

Aku cakap kat Yaya,

"Tu lah, mak cakap suh pergi sekolah nak ponteng lepak kat taman jugak, kan dah kantoi dengan auntie tu yang kita ni tak gi sekolah hari ni"

Pfttt....




#pesanan buat auntie tu: sorry auntie mak ktorang tak dapat datang untuk bermesyuarat. Kerana sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. Duhh. 






Sunday, 27 January 2013

Hidup

Assalamualaikum...

Seorang lelaki tua yang tidak berbaju,
Di temani seekor anjing yang setia di sisi.
Berbaring di dalam gerobok buruk dari papan-papan keping yang hanya sebesar reban ayam
Di lorong belakang kedai makan

Aku mengintai dari tingkap atas.
Terasa bosan.
Melihat hidupnya, apakah dia juga bosan?
Melodi hidupnya hanyalah dari sebuah radio kecil melagukan lagu-lagu dari minnal fm
Menambahkan suasana hidup yang semakin suram.
Melainkan kalau aku faham lagu dari minnal fm mungkin boleh tumpang sekaki sambil melayan perasaan.

Tapi tidak..
Aku semakin bosan.
Berharap agar radio nya kehabisan bateri supaya aku tidak lagi mendengar irama-irama suram yang membuat aku bertambah sedih.

Tapi mujur sempat tersedar.
Sekurang-kurangnya, dia ada sesuatu yang boleh menghiburkan hidupnya.
Radio itu adalah hidupnya.
Lalu aku pekakkan telinga..

Sumbatkan telinga dengan earphone.
Dengar irama English, Korea, Melayu...
Atau irama yang mengingatkan tentang Allah swt dan Rasulullah s.a.w
Lebih baik..


Bersyukurlah.









Saturday, 26 January 2013

Looking for something

Assalamualaikum....

Entah bagaimana aku tercampak di sini
Mencari erti hidup pada mulanya...
Memang kadang-kadang perancangan lebih indah dari menjadikan ia realiti
Menjadikan ia realiti mungkin lebih susah kalau diri tak nak bersengkokol dengan hati dan fikiran

Tapi sabar, tabah, kuat itu lebih baik..
Bersandarkan harapan pada manusia mungkin satu lagi masalah
Manusia, takkan mampu memuaskan impian, kehendak malah takkan mampu memahami walau dia cakap kau lah sahabat, kau lah teman..

Sebab?

Sebab, hati sendiri takkan puas hanya dengan janji, takkan percaya walau hanya sedikit kekuatan dia bagi kemudian dia juga yang memusnahkan rasa itu...

Jadi?

Jadi...

Kenapa tidak pada Allah swt di letakkan segala kepercayaan, segala kekuatan. Sandarkan pada DIA. Sungguh, DIA takkan pernah mengecewakan kamu.

Pada saat kamu lihat orang lain sudah berjaya. Jangan risau, itu kerana jalan dia sudah awal terdampar.
Jalan kamu sedang di tunjukkan. Cuma teruskan perjalanan. Insya Allah. Biar kabus, biar kabur...tak lama lagi lorong itu akan kamu nampak.

Sabar sikit lagi
Usaha sikit lagi.

Kalau rasa sedikit itu belum cukup.
Tambah lagi...



Sungguh DIA tak kan pernah mengecewakan...

=)










Changed

Assalamualaikum....

Sejak aku ke sini, begitu banyak diri ini sudah berubah (pada mata kasar seorang aku)

Sejak aku bertemu dengan NYA...dan aku berubah lagi (berubah menjadi lebih baik, InsyaAllah)



Friday, 18 January 2013

Musim ini pun berakhir...

Assalamualaikum....

Tajuk mesti nak kena macam tajuk novel kan. Sebab musim ini, benar-benar berakhir. Wahh, ayat mesti nak jiwang macam novel jugekk. Duhh. Akhirnya setelah sekian lama, mula la rasa nak update blog ni. Satu. Dua. Tiga. Empat. Yeah..empat semester duduk kat uitm shah alam ni. Banyak aku belajar tentang hidup. Tentang persahabatan. Tentang segala-galanya. Alhamdulillah.. Sangat awesome. Dan kelmarin berakhir lah paper yang terakhir. Dan maknanya, musim ini sudah sampai penghujungnya. InsyaAllah. Lepas ni dah tak boleh jumpa macam selalu dah. Dah tak boleh dengar usik tawa korang ramai-ramai dalam kelas lagi dah. Happy sangat-sangat kenal korang. All of you are the best ever friends. Lepas ni kalau jumpa beberapa years ahead, sure dah ramai yang berjaya. Yang dah kahwin. Dan kalau jumpa balik mesti dok seronok cerita  balik kenangan-kenangan lama. Kan.Kan.....

May Allah swt bless all of you, my friends...=)

Aku dan Yaya pulak dah plan awal-awal nak stay kat Shah Alam. Nak jadi warga negara Shah Alam la kununnya...And kitorang dok hantar resume sana sini. Dan Alhamdulillah setakat ni kami dapat dua panggilan interview. First aku dapat kat Bangi pagi tadi baru lepas interview company developer + kontraktor. Bos dia yang interview aku handsome, baik dan cool. But aku tak sure dapat ke tak, since aku takdek transportation nak ke sana. Anyhow...Bangi kotttt...jauh bangat. Tadi pun kawan aku yang tolong hantarkan, kebetulan dia nak balik rumah dia kat Bangi. Dan perjalanan dia. fuhh...mencabar. Sebab jauh. Bos company tu tanya, kalau awak dapat kerja kat sini, awak ada transport tak. And better jujur lah. Aku cakap takdek. Kalau dapat pun aku mungkin akan naik public transport. Dan dia cakap kat sini susah sangat-sangat nak dapat public transport nak ke company tu. Memang pun sebenarnya. Hoho. It just because I think hanya itu sahaja jalan yang aku ada. Grrr. Tapi dia cakap, its okay, dia still akan considerkan permohonan aku. Anything dia akan inform result kat aku minggu depan. Duhh. Bila fikir balik kan, rasanya better aku tak dapat yang ni. Since aku mungkin hanya akan susahkan company je. Sebab kenapa? Sebab...

1st- aku takdak transport

Fine. Maybe its ok aku boleh naik public transport macam tren ke nak gi keje, pandai-pandai lah aku sampai UKM tu aku amik teksi ke apa ke kan, but cost la agak melambung kat situ. Yeah, that is one point there. Cost. grr...Yang menjadi masalah lain pulak time nak balik pulak. Di buatnya kena stay sampai lewat malam. Kalau lah kan, sebab lau keje dengan konsultan ada can balik 2-3 pagi jugak, since ini adalah kontraktor mungkin takdelah begitu, tapi still kena fikirkan kemungkinan jugak. Huhu...

Okay, kenapa aku kena ada transport lagi, sebab keje-keje aku nanti kena pergi site untuk buat site evaluation. Kena melawat tapak la kiranya. Dan ok lah, katakan lah, kan kan, company kasi pinjam kete untuk pergi site. Ada satu lagi masalah aku.

2nd- My D

Yeah my D. T.T. not really good to me yet. Huhu.

So, aku kena settle kan D aku cepat-cepat. 

Oh,ye. Dan Yaya dapat interview kat USJ hari isnin ni. Second interview aku dapat kat Cheras. Dapat sama-sama dengan Yaya. Still jauhkan kalau aku dapat kerja kat situ. Kalau aku dapat kerja kat Cheras ni, InsyaAllah, no more dreams nak jadi warganegara shah alam lagilah. Mungkin kena cari rumah dekat-dekat situ. Huhu.

Yeah, apapun. Semuanya masih belum pasti lagi. Tapi still kena ada perancangan supaya nanti takdelah kelam kabut kan.Ok, bai...=D