Tuesday, 27 November 2012

Baikkah diri kita?

Assalamualaikum...

Kadang-kadang orang lebih 'menghargai' keburukan orang lain dari kebaikan mereka. Keburukan lebih nampak besar dari kebaikan. Tanpa menilai diri sendiri dengan sedar atau tak sedar yang baikkah jugak diri?  Kadang-kadang bila orang buat baik sikit, dengan mudah kita nilai, 'alah, dia tu memang lah baik kalau bab-bab ni, tapi kalau bab yang itu memang sangat buruk' lepas tu yang buruk tu lah di huraikan sampai boleh buat karangan berkajang-kajang. 

Tanpa sedar, baikkah diri kita? 

Kadang-kadang tidakkah kita pernah terfikir kenapa aku tidak boleh jadikan kebaikan sekian-sekian orang untuk aku sandarkan yang dia juga punya nilai baik dalam diri. Tiada manusia yang sempurna. Kerana kesedaran pepatah tiada manusia yang sempurna, yang tidak sempurna itulah yang nampak depan mata. It's okay kalau kita sedar dan nampak ketidak sempurnaan manusia itu. Sebab hanya manusia lain yang nampak dan boleh nilai diri kita dan mereka bahawa kita atau mereka memang ada kekurangan dari segi yang sekian-sekian (umum). 

Jadi, apa kata mulakan dengan nilai diri sendiri, baikkah kita? Baikkah aku juga? Muhasabah diri. 


#muhasabah diri






2 comments: