Tuesday, 27 November 2012

Baikkah diri kita?

Assalamualaikum...

Kadang-kadang orang lebih 'menghargai' keburukan orang lain dari kebaikan mereka. Keburukan lebih nampak besar dari kebaikan. Tanpa menilai diri sendiri dengan sedar atau tak sedar yang baikkah jugak diri?  Kadang-kadang bila orang buat baik sikit, dengan mudah kita nilai, 'alah, dia tu memang lah baik kalau bab-bab ni, tapi kalau bab yang itu memang sangat buruk' lepas tu yang buruk tu lah di huraikan sampai boleh buat karangan berkajang-kajang. 

Tanpa sedar, baikkah diri kita? 

Kadang-kadang tidakkah kita pernah terfikir kenapa aku tidak boleh jadikan kebaikan sekian-sekian orang untuk aku sandarkan yang dia juga punya nilai baik dalam diri. Tiada manusia yang sempurna. Kerana kesedaran pepatah tiada manusia yang sempurna, yang tidak sempurna itulah yang nampak depan mata. It's okay kalau kita sedar dan nampak ketidak sempurnaan manusia itu. Sebab hanya manusia lain yang nampak dan boleh nilai diri kita dan mereka bahawa kita atau mereka memang ada kekurangan dari segi yang sekian-sekian (umum). 

Jadi, apa kata mulakan dengan nilai diri sendiri, baikkah kita? Baikkah aku juga? Muhasabah diri. 


#muhasabah diri






Sunday, 18 November 2012

Let's Pray for Gaza

Assalamualaikum...


Kawan-kawan. Let's pray for Gaza. Semoga dengan doa kita semua Allah s.w.t akan memberikan kekalahan pada tentera-tentera yang menyerang Gaza. Dan moga kita ambil iktibar dari apa yang berlaku. Umat Islam perlu bersatu. Bersatulah. Itu benteng kita.












Do'a untuk GAZA, Palestine.



اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ



اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ



(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي



اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ



اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم



Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.



Aamiin :'(






Tuesday, 6 November 2012

Bersedia untuk gagal

Assalamualaikum....





#Bersedia untuk gagal bukan bermaksud menyerah kalah..
tapi bersedia untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi jadi tidak kecewa, patah hati, remuk hati, pecah hati dan sebagainya sehingga menyeksa jiwa apabila ianya (gagal) benar-benar terjadi selepas berusaha, doa dan tawakal.

Pendek kata kalau gagal tak perlu rasa macam dunia ini sudah berakhir, mana tahu dunia kita sebenarnya baru sahaja mahu bermula. Bermula, bertukar, bertransform ke arah yang lebih baik. hmm..who knows!?

Manusia hanya merancang
Allah swt yang menentukan
Be positive ++++

yang penting jangan pernah putus asa. 
#doa + usaha + tawakal