Friday, 19 October 2012

Di kala kamu bersedih

Assalamualaikum...

Nama dia Cinta. Walaupun agak lovey dovey je bunyi namanya. Tapi mungkin dia belum punya cukup cinta dalam diri. Dengan itu dia rasa sedih. Suatu hari dia bertemu dengan Sayang. Cinta mengadu akan kesedihannya pada Sayang. Sayang tersenyum lalu menulis sesuatu pada sehelai kertas yang di carik dari buku nota nya.

Mahukah kamu aku hadiahkan secebis ayat dari Allah untukmu. Mudah-mudahan ayat ini dapat memujukmu tika kesedihan melanda diri.

Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman" 
Al-Imran: 139



Cinta tersenyum. Dia memeluk Sayang. Dia tahu Allah s.w.t itu sungguh maha Penyayang. Dia sudah memujuk hambaNya dengan ayat-ayatNya di dalam Al-Quran. Tinggal sahaja hamba-hambaNya mencari kasih sayang dalam setiap ayat-ayatNya. Dengan itu, Cinta lebih menghargai diri. Ujian dari Allah s.w.t itu adalah kerana kasih sayang dariNya. Kesedihan itu adalah peringatan dari Allah s.w.t supaya kita tidak menjauhkan diri daripadaNya. Bukankah kita hidup di atas muka bumi ini kerana mahu menjadi khalifah yang di redhai olehNya?? Dan bukankah target hidup kita ini adalah kerana mahukan SYURGANYA. =) 


#Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. AMIN...





No comments:

Post a Comment