Saturday, 20 October 2012

Bola tonight?

Assalamualaikum.....

# Fuh...gelombang merah melata di dalam stadium.
 Gomo kelate gomo!!..ehehe =)



updated:
Tahniah kelantan. Walaupun aku tak tengok pun perlawanan tadi. Sebab dah seminggu jadi kucing malam. Tak tido. Fuh. Bertungkus lumus menyiapkan thesis.Akibatnya sakit kepala yang teramat. Aku tido yang tak berapa nak lena selama 2jam. Dah macam kena jetlag dah. Hoho. Erk. Point yang aku nak cakap sebenarnya. Aku tak tengok pun perlawanan tadi. Huh. But,still tahniah2. The red warrior is the best ever. Hee~~ tiba2 jadi fanatik bola pulak.Oh.





Jatuh

Assalamualaikum...

# Saat kau jatuh, terguling-guling kesakitan dan merasakan tidak lagi mampu bangkit kerana luka yang dalam. Lihatlah dunia masih berputar seperti biasa. Pakcik-pakcik beca masih lagi mengayuh mencari sesuap nasi. Pengemis-pengemis jalanan masih bisa duduk di tepi longkang busuk menagih simpati demi seringgit dua. Apakah mereka juga tidak pernah terluka? Tidak. Ini kerana setelah jatuh mereka bangkit kembali.







Friday, 19 October 2012

Bukan aku tidak mahu

Assalamualaikum...


Bukan aku tidak mahu jatuh cinta padamu
Aku cuma sudah jatuh cinta pada kasih sayangNYA
Andai kamu mahukan aku....

Yakinkanlah aku yang kau akan bawa aku menuju cintaNYA...











Di kala kamu bersedih

Assalamualaikum...

Nama dia Cinta. Walaupun agak lovey dovey je bunyi namanya. Tapi mungkin dia belum punya cukup cinta dalam diri. Dengan itu dia rasa sedih. Suatu hari dia bertemu dengan Sayang. Cinta mengadu akan kesedihannya pada Sayang. Sayang tersenyum lalu menulis sesuatu pada sehelai kertas yang di carik dari buku nota nya.

Mahukah kamu aku hadiahkan secebis ayat dari Allah untukmu. Mudah-mudahan ayat ini dapat memujukmu tika kesedihan melanda diri.

Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman" 
Al-Imran: 139



Cinta tersenyum. Dia memeluk Sayang. Dia tahu Allah s.w.t itu sungguh maha Penyayang. Dia sudah memujuk hambaNya dengan ayat-ayatNya di dalam Al-Quran. Tinggal sahaja hamba-hambaNya mencari kasih sayang dalam setiap ayat-ayatNya. Dengan itu, Cinta lebih menghargai diri. Ujian dari Allah s.w.t itu adalah kerana kasih sayang dariNya. Kesedihan itu adalah peringatan dari Allah s.w.t supaya kita tidak menjauhkan diri daripadaNya. Bukankah kita hidup di atas muka bumi ini kerana mahu menjadi khalifah yang di redhai olehNya?? Dan bukankah target hidup kita ini adalah kerana mahukan SYURGANYA. =) 


#Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. AMIN...





Coffee

Assalamualaikum....

# Coffee memang teman terbaik  di kala membuat thesis. Pemangkin semangat. Penongkat mata paling ideal.
 Thanks to coffee. =)


Coffee Love----daebak!!




Thursday, 18 October 2012

Hard time

#It is hard when I can't even thinking in this crucial time. Wish that I can talk to someone.

Wednesday, 17 October 2012

Di kala bercinta dengan thesis

Assalamualaikum...


Bosan.

Keluarkan ini.

Tersengih-sengih.








akhirnya

I love you lah, stupid

erkk...

I LOVE YOU,STUPID



huh

Tak sabar nak sambung baca. Sebab hari tu just baca dalam blog melur jelita. Sekarang dah ada depan mata. Kalau tak kerana aku fikirkan thesis yang kritikal perlukan aku. Sekarang jugak aku habisin ini novel.HOHO. Sabar-sabar.





Erk...anda-anda di luar sana. Silalah dapatkan novel ni. Gerenti terigau-igau. Novel ini dari penulis femes novel AWAK SUKA SAYA TAK? tau tau...

Okeh, sory tak dapat nak review lebih-lebih sebab belum habis baca lagi. Tapi aku gerenti novel ni sama hebat dengan AWAK SUKA SAYA TAK? dah baca kat blog akak Melur Jelita hari tu pun dah ketagih nak lagi, nak lagi. HEHE.


ok bai. 
Assalamualaikum...







Tuesday, 16 October 2012

DugaanNYA

Assalamualaikum...

Dugaan. Ujian. Adalah makanan kehidupan.
Sabar itu lebih baik.
Bila sabar. Rasional akal akan fikir ini adalah ujian dari Allah s.w.t untuk kau selalu mengingati DIA.
Ini ujian untuk kau tak lupa diri.
Ini dugaan untuk kau jadi manusia lebih kuat.
Ini dugaan untuk kau jadi muslim dan muslimah yang lebih kental.
Ini kerana Allah s.w.t sayangkan hambaNYA
Ini kerana Allah s.w.t tak alihkan pandangannya dari kau.
Ini adalah dugaan yang menimbulkan dukacita.
Kerana dukacita lah manusia akan kembali mengadu pada Allah.
Kerana dukacita manusia akan khusyuk dalam doanya.
Kerana...Allah s.w.t takkan terima doa dari hati yang lalai.
Kan?






Thursday, 11 October 2012

In a class

Assalamualaikum...

# Pabila mata dah tak mampu di celik. Bila mata mula kabur. Apa yang terbayang dalam kepala ;
1) Cafe- for ice tea or coffee
2) Room- for pillow and bed..heh




Wednesday, 10 October 2012

Kesibukan itu...

 
# Dalam kesibukan jangan sesekali lupa untuk tunaikan amanah sebagai seorang hamba. Kerna kesibukan itu juga adalah satu ujian dari Allah s.w.t (ain, 2012)
 
 

Saturday, 6 October 2012

Selamat tinggal silam..


Assalamualaikum...





Pergi jauh dariku, biarkanku
Jangan ganggu diriku, hai silamku

Berat sudah ku tanggung beban ini
Kelak akan kuganti dengan senyuman

Walaupun pahit dan masihku terasa
Mungkin kali ini kan kumampu mengharungi
Pimpin jiwaku ini, diri yg lemah
Oh Kasihku
Selamat tinggal silamku
Pergi jauh dariku
Kelak akan kuganti dengan senyuman
Mungkin kali ini kan kumampu mengharungi
Pimpim jiwaku ini, diri yg lemah
Oh KasihkuSelamat tinggal silamku, 
pergi jauh dariku
Pergilah, silamku 3x



#Dari sekecil-kecil dukacita, dosa, hinggalah yang sebesar-besarnya jadikan ia masa silam kita. Sesungguhnya Allah tidak pernah memandang bagaimana kita bermula. Dia memandang bagaimana kita berakhir. Sepanjang menempuh perjalanan yang menuju ke akhir. Carilah redhaNya. Dekati DIA. Jangan menjauhiNYA. Sesungguhnya DIA MAHA PENGAMPUN.

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang-(An-Nahl:119)






Wednesday, 3 October 2012

berdukacita

# Dukacita itu lah yang bawa kita kenal tuhan. Mendekati DIA. Mencintai DIA. Berubah ke arah kebaikan. Andai tiada rasa dukacita dalam hati mungkin sahaja tiada lah Allah lembutkan hati untuk mengenaliNYA.


Tuesday, 2 October 2012

Tedious day but wonderful

Assalamualaikum....

Today...I mean yesterday was very tedious day. Bukan penat badan tapi penat mental. Semester ni ada project baru. Final project. Macam sem lepas. Kali ni masuk dalam group baru, dah tade dah group sem lepas. Fasilitator pun baru. Malah fasi sem ni lebih tough dari sem lepas. Aku jadi secretary lagi. Kali ni dah tade tukar2, aku memang stick jadi secretary until the end of the project. Haila...ingat best ke jadi secretary, tu lah padan muka sapa suh volunteer nak jadi secretary mula-mula meeting hari tu. Itupun sebab aku ingat akan tukar-tukar. Tapi hmmm... Redha je lah. Minit meeting dah jadi sangat crucial untuk dibincangkan masa meeting tadi. Of course lah sebab semua benda yang sekecik-kecik kuman pun nak masuk dalam minit meeting. Pening aku nak menerangkan minit meeting tadi. Last-last apa aku dapat.

"Awak tak yah cakap banyak lah, awak saya akan fail kan nanti" abruptly fuhhh... I was like ok. And at the end the fasi was phsyco us.

"Kalau saya tak dapat apa yang saya nak, all of u saya akan fail kan" fuhh toughhhh...

Tadi lepas dah kena marah, aku as secretary kena tulis balik minit meeting, tambah apa yang patut. Salah sorang member group aku cakap;

"Tenangnya nampak kau ni" the truth is I try to be calm, because I need to focus on the minute meeting because kalau aku tak cuba tenang, tak ingat Allah, asyik layan hati yang lara just because kena marah and be pushed like that, once I like that I'll be a mess. 

At the end, I try to understand, it was learning process after all. Take it easy but try to make full of commitment towards this project. I try I try. Don't worry Allah is with us.

The wonderful thing is hari ni aku nampak sorang hamba Allah yang sebelum ni biasa-biasa je cara pemakaian dia tiba-tiba berubah dengan pakai tudung labuh. Kalau sebelum ni tudung dia hanyalah tudung bawal biasa yang di pakai pin bahu kiri kanan. Tapi yang ni labuh terus tapi bukan dengan kain tudung bawal. Tapi kain koshibo tu. Masya Allah.. Hidayah Allah tu sangat hebat. Bila Dia dah campak hidayah dalam hati manusia. Masya Allah. Apa yang kita pandang tentang hamba Allah tu semuanya indah.

Lastly, dear Dayat. Semoga dipermudahkan oleh Allah s.w.t perjalanan kita untuk berubah ke jalanNYA dan semoga kita tetap dan istiqamah dalam menempuh jalan ini (untuk berubah). Amin...Dan juga kepada kawan-kawan diluar sana. Sama-sama lah kita ye =)


Jom tonton video ni pulak. It was about NICOLE QUEEN's journey after she embracing the Islam. Dugaan dia lagi besar dari kita. Living in a state of America if Im not mistaken. Full with so much challenges. But she end up to be a strong muslim with his husband yang dah memang seorang muslim sejak dari awal.