Thursday, 13 September 2012

Minggu 1st yang ohsem...

Assalamualaikum...

Minggu ni minggu pertama sem ni. Yeah, it ohsem. Sebab kelas tak bape nak jalan. Lec bizi menguruskan hal-hal student, daftar kelas lah, drop subjek lah, buat soklan exam. oh? Lec just masuk dan bagitau pasal silibus. Borak-borak. Dan kelas tamat. Best. Yang paling best lagi kelas aku sangat lah tidak pack. Just hari isnin je pack sampai ke petang. Hari-hari lain selasa, rabu, khamis, one class respectively...wohoo..bestnya jadi budak sem akhir ni... 

Tapi yang paling tak bestnya bila fikir pasal thesis ni. Kena proceed and need hard effort to the fullest la sem ni kalau betul-betul nak jadi budak sem akhir. InsyaAllah...

Selain tu, sem ni aku baru je nak amik lesen kete. *malu. Dah tua-tua baru nak amik lesen. Yana cakap, ''kau ingat kau je ke yang paling tua nak amik lesen kete? Ce tengok pakcik-pakcik makcik-makcik umur 40,50, ilek je. Tade hal pun'' Hoho. Neway aku baru 24 tahun. Cis...tak abes-abes aku bagi tau umo aku. Tapi bila orang tengok aku sure dia cakap aku ni macam budak pas SPM, tak padan ngan umo <----- =P
Okeh la mak yana. Tanpa mengira onak dan badai, ribut dan taufan. Anak mu ini akan berjuang mengambil lesen kete sehingga lulus cemerlang, gemilang dan terbilang---mwhehehe...Amin

Oh yea...semester ni, selain dari dapat bilik baru dan perabot-perabot baru yang cantik, kaler orange lagi. Suka tau. Aku jugak dapat roomate baru. Dan seperti biasalah. Roomates aku ni semuanya muda-muda lagi dari aku. Bila berkenalan.Tanya nama apa? I said...call me Nadiah <---tapi orang selalu melupakan huruf H di belakang nama aku tu. Dan nama aku dimodenkan dengan 'Nadia' tanpa rela<---=P...Tapi bila dorang tersedar aku lagi tua dari dorang. Dorang nak panggil aku akak. Bukan tak suka orang panggil aku akak. Tapi aku rasa aku ni macam tak matured je nak jadi kakak orang--mwehehe...even adik-adik aku pun tak panggil aku kakak. Tapi dorang panggil aku 'hyung'<---yong =P. Sebenarnya tade lah jauh sangat pun umo aku dengan roomates aku ni, 1,2 tahun je pun. 

Besok tengah hari ada open house kat umah Fatin. Kitorang yang paksa dia buat open house untuk kitorang sekelas...hahaha...tipu. Kitorang mencadangkan. Dan Fatin meluluskan. Lagipun umah dia je yang paling dekat dengan uni. So, insyaALLAH. Tiada aral melintang. Sampai lah kami esok.

Lagi nak cerita. Sehari dua ni je aku boleh dating dengan laptop aku. Hari sabtu ni nak hantar gi hospital. Sebab laptop aku ada penyakit lembap dan nyanyuk. So, tak dapat tidak, kenalah di periksa mana-mana bahagian yang di syaki virus membiak. Dengan harapan, ianya tak menyusahkan aku lagi time nak buat thesis nanti.

Oh, dan ya lagi...=P aku akhirnya dapat gak kontek dengan bestfriend childhood aku yang dah berbelas tahun tak jumpa. Last kami jumpa dulu adalah time hingus masih meleleh lagi. Dia sekarang pun dah besar panjang. Aku je tak besar-besar. Hoho.Bila dapat kontek dia balik. Hepi sangat-sangat. Alhamdulillah. Kenangan-kenangan terindah masa kecik dulu mulalah terimbas balik. Rindu. Sob-sob----Teringin nak kembali ke zon itu. Mahu menatap bekas memori kanak-kanak dahulu. Hewhew

Lastly...Setakat ini dahulu. Huhu. Oh yea...(bape banyak kali yea daa). I'm works on something that close to my heart. Tapi still waiting that, my art being approved. But still no news. Hope really hear any news soon. Amin.



Bila..yang tertulis untukmu adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku...





No comments:

Post a Comment