Monday, 10 September 2012

Masa riang ria bermula

Assalamualaikum...

Pagi tadi baru sampai ke uitm. Dalam pukul 7 pagi gitu. Jumpa Dayat kat stesen bas. Memang dah janji nak balik kolej sekali pun. Tapi dia dari terengganu. Kiranya dari stesen bas seksyen 17 kitaorang amik teksi berkongsi dengan dua lagi student dari kolej lain, terus ke uitm shah alam. Kaya pakcik teksi hari ni. Semua teksi pakat penuh dengan bebudak uitm shah alam, puncak alam, puncak perdana. Yang tak tahan setiap bonet teksi sampai tak muat-muat kena pakai tali yang orang pakai kat basikal atau motor tu untuk ikat bonet tak nak kasi beg-beg dan segala macam tok nenek dari kampung masing-masing dari bergelimpangan jatuh ke jalan raya. Hohoho..

Kemudian pukul 8 pagi, pergi register kolej. Dapat kunci bilik. Terus masuk bilik. Well, seperti sem-sem sebelumnya. Aku tetap orang first yang sampai kat bilik. Hoho. Tapi yang paling teruja semester ni sebab perabot semua baru-baru. Dapat tilam yang dok dalam plastik lagi. Terima kasih Uitm. =)

Sok pagi dah start kelas. So, aku malas nak cakap banyak kat sini. Sebab aku nak tidur awal malam ni. Hoho. Selamat malam. =)

No comments:

Post a Comment