Monday, 24 September 2012

Kisah ujian berkomputer aku...Hoho

Assalamualaikum...

Hari sabtu. Semalam lah. Aku pergi ujian berkomputer untuk dapatkan lesen L tu. Berdebor juga nak menjawab soalan kat komputer tu mula-mula. Panik pun ada. Tapi Alhamdulillah lulus. Huhu. Sebenarnya aku baru je study malam before nak exam tu. Tapi bukan aku nak cakap even aku study last minit pun malam tu menyebabkan aku lulus sebegitu rupa. Hakikatnya aku hanya sempat study 150++ soalan je. Lepas tu aku dah tak boleh absorb sebab mengantuk. Kalau ikutkan gaya ada gaya nak fail jugak tu. Tapi Alhamdulillah sebab akak driving class kata suruh tunggu kat seksyen 2 pukul 10 pagi, so ada harapan la aku study sekejap pagi esoknya. Tapi harem juga, lepas solat subuh aku sambung tido sampai pukul 8.30 pagi. Bangun je tido, time tu lah aku nak gosok baju lah, mandi lah, buat air Smart coco A+. Eh? Dan-dan dah pukul 9 lebih, pastu berkejar pergi bus stop kat depan kolej. Tade lah berkejar mana pun. Kasi effect melampau sket. Hoho. Memang tade harapan nak study lah kan.

Sampai kat bus stop seksyen 2, tunggu sekejap. Then akak driving school datang ambik. Eh, akak ke abang? Aku dah lupa. Ramai sangat yang datang ambiknya. Dalam kete nak study lagilah pening. Terhuyung hayang. Tutup buku. Sampai je kat tempat test tu. Punyalah ramai orang yang nak ambik test. Dah setel kasi IC, tulis nama then bla bla. Aku pergi amik tempat duduk belakang hujung sket. Study kat situ. Jawab soalan-soalan. Baca notes dalam tu. 

Yang tak tahannya pukul 1 lebih kot baru sampai turn aku and the gang dibawah ejen yang sama. Pfttt...kalau ikutkan memanglah lama tak hengat. Tapi Alhamdulillah jugak sebab sempat study sampai habis. Sempat khatam satu buku KPP tu. Disebabkan ruang-ruang masa tu lah aku sempat study dan Alhamdulillah lulus. Haila...Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..


Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta kesabaran -Surah Al 'Asr 1-3


Hari ni, aku maksudkan hari Ahad sebab mungkin post aku ni hari Isnin. Al maklumlah dah pukul 2.15 pagi. Tadi pagi ada kelas Teori Pra L 3 jam. Dayat ikut sekali kali ni sebab dia nak tambah kelas disebabkan sebelum ni dia dah ambik lesen motor. Dan kali ni dia ambil lesen kete pulak. Hari Sabtu ni InsyaAllah, ambik amali pulak. Haila...masa untuk pegang stereng kete pulak. 



2 comments:

  1. yeay.. bagus2 dah lepas satu step.. pasni dapatkan p lak ye =)

    ReplyDelete