Sunday, 30 September 2012

Berharaplah pada tuhanmu

Assalamualaikum...

Pernah tak bila kita sedih, serabut, rasa macam banyak giler tekanan dalam kepala. Kita pun turn on music yang kita suka. K-pop. J-pop. English pop whatever. Malay pop. Indie. Hindustan. Dan kita feel soo happy.  Tapi bila lama-lama dengar tak rasa ke macam makin serabut. Rasa tenang ke? Haha. Tenang ke rasa bila lagu-lagu yang kita dengar tu pasal cinta? Okeh, semua orang suka cinta. Okeh, ada yang tenang dan kononnya membuai perasaan. K-pop. Ada rasa tenang ke bila tengok dorang menari? Suka memang suka. Cute memang cute. Tapi ada?? Ada rasa tenang ke bila kita cari alternatif untuk tenang, untuk happy kan diri dengan dengar-dengar lagu cinta, lagu-lagu putus cinta yang mendayu-dayu. Lagu memuja muji the boys and the girls. Well, okeh, mungkinlah orang yang tak mahu membuka mata hati dan minda dengan lebih lagi cakap of course itu semua happy, best. Tak terkecuali lah aku pernah juga masuk dalam golongan ini bila mana saat aku terlupa sesuatu. Sesuatu yang lebih tenang lagi. Sesuatu itu adalah Cinta Allah s.w.t.

Despite all the the music video yang aku share and cakap best giler. Yang ni lagi best giler. Best giler yang menenangkan. Best sangat-sangat. Kawan-kawan jom hayati ini. Menangislah jika ini bisa membuatkan kamu menangis.





Ada rasa luka-luka lama sembuh kembali tak? Peringatan tentang Cinta Allah adalah penawar kesedihan paling hebat. Have faith with HIM. He'll never leave you.




Monday, 24 September 2012

Addicted to this....

Assalamualaikum...

Tengah-tengah dok wat thesis aku layan lagu-lagu kat youtube. Dayat ada ajar aku cara nak download lagu dari youtube guna realplayer. Gambar dia ummph...cantekkk. Sebelum-sebelum ni aku malas nak mendownload sendiri sebab tak pandai guna real player ni. Lepas tu kan aku ter addict la pulak dengan satu lagu yang aku rasa ada dua version ni. Memang dua version lah aku rasa. Okeh, layan je lah.






Macam mana? Best tak? Tak kesah lah aku terlambat menyedari kehadiran video ini ke, wohaa. Yang pasti aku suka giler dengan Hao Ren ni. Cute kan dia. Hehe. Aliff Aziz pun best jugak. Hihi. Ok bai.


Kisah ujian berkomputer aku...Hoho

Assalamualaikum...

Hari sabtu. Semalam lah. Aku pergi ujian berkomputer untuk dapatkan lesen L tu. Berdebor juga nak menjawab soalan kat komputer tu mula-mula. Panik pun ada. Tapi Alhamdulillah lulus. Huhu. Sebenarnya aku baru je study malam before nak exam tu. Tapi bukan aku nak cakap even aku study last minit pun malam tu menyebabkan aku lulus sebegitu rupa. Hakikatnya aku hanya sempat study 150++ soalan je. Lepas tu aku dah tak boleh absorb sebab mengantuk. Kalau ikutkan gaya ada gaya nak fail jugak tu. Tapi Alhamdulillah sebab akak driving class kata suruh tunggu kat seksyen 2 pukul 10 pagi, so ada harapan la aku study sekejap pagi esoknya. Tapi harem juga, lepas solat subuh aku sambung tido sampai pukul 8.30 pagi. Bangun je tido, time tu lah aku nak gosok baju lah, mandi lah, buat air Smart coco A+. Eh? Dan-dan dah pukul 9 lebih, pastu berkejar pergi bus stop kat depan kolej. Tade lah berkejar mana pun. Kasi effect melampau sket. Hoho. Memang tade harapan nak study lah kan.

Sampai kat bus stop seksyen 2, tunggu sekejap. Then akak driving school datang ambik. Eh, akak ke abang? Aku dah lupa. Ramai sangat yang datang ambiknya. Dalam kete nak study lagilah pening. Terhuyung hayang. Tutup buku. Sampai je kat tempat test tu. Punyalah ramai orang yang nak ambik test. Dah setel kasi IC, tulis nama then bla bla. Aku pergi amik tempat duduk belakang hujung sket. Study kat situ. Jawab soalan-soalan. Baca notes dalam tu. 

Yang tak tahannya pukul 1 lebih kot baru sampai turn aku and the gang dibawah ejen yang sama. Pfttt...kalau ikutkan memanglah lama tak hengat. Tapi Alhamdulillah jugak sebab sempat study sampai habis. Sempat khatam satu buku KPP tu. Disebabkan ruang-ruang masa tu lah aku sempat study dan Alhamdulillah lulus. Haila...Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..


Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta kesabaran -Surah Al 'Asr 1-3


Hari ni, aku maksudkan hari Ahad sebab mungkin post aku ni hari Isnin. Al maklumlah dah pukul 2.15 pagi. Tadi pagi ada kelas Teori Pra L 3 jam. Dayat ikut sekali kali ni sebab dia nak tambah kelas disebabkan sebelum ni dia dah ambik lesen motor. Dan kali ni dia ambil lesen kete pulak. Hari Sabtu ni InsyaAllah, ambik amali pulak. Haila...masa untuk pegang stereng kete pulak. 



Thursday, 20 September 2012

Cinta hati ku...

Assalamualaikum...

Now dah pukul 3.03 a.m. Tengah bercinta dengan cinta hatiku. Wohaa. Opkos la dengan mr.thesis. Untuk pertama kali rasanya, terasa macam rajin je stay up buat thesis. wohoo..Alhamdulillah. Permulaan yang baik untuk semester baru ni.

Hari tu lebih kurang 2-3 hari jugak aku berjauhan dengan lappy sebab hantar reformat kat bf piya. Sekarang lappy dah sihat. Dan terasa lebih nak menghargai pulak dengan mengeksaiskan jari-jari dengan buat thesis. Semester ni dapat katil tingkat bawah so lebih bertambah rajin lagi lah nak stay up, nak bangun awal, nak merancang masa sebab tak perlu panjat-panjat katil lagi.

Dan lagi best nak stay up sebab kelas pun satu hari satu kelas je sem ni. So tak rasa sayang sangat lah nak tido lama-lama sebab letih ke, sebab malas ke. Hoho.

Semalam sampai pukul 4 pagi buat thesis sambil berusaha connect internet. Stress sekejap. Laptop aku ni sekarang manja sikit. Duduk tempat baru je, pindah blok baru je, mulalah meragam tak boleh connect internet. Dia kena dok lama-lama sikit. Dah biasa sket dengan area dan suasana tempat tu baru lah okay line internet. Eh, dah macam orang pulak. Macam tuan dia pun ada jugak. =P.

Pukul 3 pagi semalam baru boleh connect. Terus bukak FB. Ceh. Lepas tu ada la sorang budak lelaki kelas aku ni chat aku. Halau aku suruh tido. Ek? Aku cakap buat thesis la wei. Boleh pulak dia tanya aku, so pergi kelas tak esok? pfttt...aku jawab pergilah, baru second week ( nanti nak last2 la baru ponteng brader. Awal-awal ponteng mana best). Tak tahan nya dia tanya aku, boleh ke bangun pagi nanti ni? Kuikui...aku malas nak balas sebab dah nak masuk tido, kang melarat sampai ke subuh. Aku just jawab dalam hati -----> 'aku bukan macam ko, tak bangun-bangun...kikiki...' riak pulak aku...puiii...

Okey lah...malam ni nak tidur awal sikit. Malam ke? Dah pagi la hoii...Okeh, goodnite...


#nampak gayanya aku hanya akan berblogging pada waktu tengah-tengah malam sahaja. Since aku da rajin nak stay up dan dalam masa yang sama to avoid dari blog aku di hidu oleh roomates aku...mwehehe. Malu ler.


Monday, 17 September 2012

Study

Assalamualaikum...



Since my laptop away far from me dan mood untuk buat thesis yang membara tapi hampir terpadam< hope not really terpadam la...because admittance ( betul ke aku eja?) to the 'hospital'...that laptop...kecelaruan ayat...=P

Minggu 1st yang tak bz langsung ditambah dengan cuti hari malaysia sungguh heaven bagi student macam aku..ramai yang amik kesempatan sambung cuti, balik kg, sambung raya..raya pun dah habis ek?

Since umah aku over the mountain, takde lah niat di hati nak berangkat pulang ke kampung halaman hendaknya..ayat purbakala mana aku pakai ni? Abaikan...so aku,yana and dayat ktorang tetap bermastautin di shah alam, well jadi guard jaga kolej yang sunyi sepi ni, then selain tu aku ada aktiviti sendiri, hari sabtu aku gi travel sensorang gi seksyen 2, kihkih..tah pape setakat seksyen 2, anak kucing pun boleh...=p..kat sana aku di ambil oleh akak driving school. Okay, the point is aku pergi kelas belajar memandu...baru kelas teori.. A far away to go... Selain dari tu aku, yana, dayat dan aimi, kitorang travel kat plaza alam sentral, or famous to be called as Pas. Tau-tau lah kalau pompuan merayap kat tempat-tempat macam tu. Haila...dah nama pun pompuan,faham-faham je lah. Then boring-boring rasa macam nak test suara, ktorang pun gi lah karok. Belasah je nyanyi since kitorang punya suara pun sama level je..bohoho...


Hey, hari ni dah hari isnin, cuti yang heaven pun da abes, aku tak tahu nak buat apa hari ni, tapi dalam tak tahu nak buat apa sempat jugak aku habiskan novel 5 tahun 5 bulan by hlovate...sweet. Tak tahu nak cakap sweet yang macam mana. Tapi sweet yang tak mengada. Best.

Aku ingat nak study lah kejap sementara mata belum mengantuk lagi ni. Nak study buku KPP ni. Moga lulus cemerlang lah hendaknya. Amin..


#This is positive stress...hehe

Life

Life is extremely cool and calm when Allah s.w.t is the most reason to live our life...

Work hard + smart then turn to HIM...

No regret for sure...InsyaAllah...

Thursday, 13 September 2012

Minggu 1st yang ohsem...

Assalamualaikum...

Minggu ni minggu pertama sem ni. Yeah, it ohsem. Sebab kelas tak bape nak jalan. Lec bizi menguruskan hal-hal student, daftar kelas lah, drop subjek lah, buat soklan exam. oh? Lec just masuk dan bagitau pasal silibus. Borak-borak. Dan kelas tamat. Best. Yang paling best lagi kelas aku sangat lah tidak pack. Just hari isnin je pack sampai ke petang. Hari-hari lain selasa, rabu, khamis, one class respectively...wohoo..bestnya jadi budak sem akhir ni... 

Tapi yang paling tak bestnya bila fikir pasal thesis ni. Kena proceed and need hard effort to the fullest la sem ni kalau betul-betul nak jadi budak sem akhir. InsyaAllah...

Selain tu, sem ni aku baru je nak amik lesen kete. *malu. Dah tua-tua baru nak amik lesen. Yana cakap, ''kau ingat kau je ke yang paling tua nak amik lesen kete? Ce tengok pakcik-pakcik makcik-makcik umur 40,50, ilek je. Tade hal pun'' Hoho. Neway aku baru 24 tahun. Cis...tak abes-abes aku bagi tau umo aku. Tapi bila orang tengok aku sure dia cakap aku ni macam budak pas SPM, tak padan ngan umo <----- =P
Okeh la mak yana. Tanpa mengira onak dan badai, ribut dan taufan. Anak mu ini akan berjuang mengambil lesen kete sehingga lulus cemerlang, gemilang dan terbilang---mwhehehe...Amin

Oh yea...semester ni, selain dari dapat bilik baru dan perabot-perabot baru yang cantik, kaler orange lagi. Suka tau. Aku jugak dapat roomate baru. Dan seperti biasalah. Roomates aku ni semuanya muda-muda lagi dari aku. Bila berkenalan.Tanya nama apa? I said...call me Nadiah <---tapi orang selalu melupakan huruf H di belakang nama aku tu. Dan nama aku dimodenkan dengan 'Nadia' tanpa rela<---=P...Tapi bila dorang tersedar aku lagi tua dari dorang. Dorang nak panggil aku akak. Bukan tak suka orang panggil aku akak. Tapi aku rasa aku ni macam tak matured je nak jadi kakak orang--mwehehe...even adik-adik aku pun tak panggil aku kakak. Tapi dorang panggil aku 'hyung'<---yong =P. Sebenarnya tade lah jauh sangat pun umo aku dengan roomates aku ni, 1,2 tahun je pun. 

Besok tengah hari ada open house kat umah Fatin. Kitorang yang paksa dia buat open house untuk kitorang sekelas...hahaha...tipu. Kitorang mencadangkan. Dan Fatin meluluskan. Lagipun umah dia je yang paling dekat dengan uni. So, insyaALLAH. Tiada aral melintang. Sampai lah kami esok.

Lagi nak cerita. Sehari dua ni je aku boleh dating dengan laptop aku. Hari sabtu ni nak hantar gi hospital. Sebab laptop aku ada penyakit lembap dan nyanyuk. So, tak dapat tidak, kenalah di periksa mana-mana bahagian yang di syaki virus membiak. Dengan harapan, ianya tak menyusahkan aku lagi time nak buat thesis nanti.

Oh, dan ya lagi...=P aku akhirnya dapat gak kontek dengan bestfriend childhood aku yang dah berbelas tahun tak jumpa. Last kami jumpa dulu adalah time hingus masih meleleh lagi. Dia sekarang pun dah besar panjang. Aku je tak besar-besar. Hoho.Bila dapat kontek dia balik. Hepi sangat-sangat. Alhamdulillah. Kenangan-kenangan terindah masa kecik dulu mulalah terimbas balik. Rindu. Sob-sob----Teringin nak kembali ke zon itu. Mahu menatap bekas memori kanak-kanak dahulu. Hewhew

Lastly...Setakat ini dahulu. Huhu. Oh yea...(bape banyak kali yea daa). I'm works on something that close to my heart. Tapi still waiting that, my art being approved. But still no news. Hope really hear any news soon. Amin.



Bila..yang tertulis untukmu adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku...





Monday, 10 September 2012

Masa riang ria bermula

Assalamualaikum...

Pagi tadi baru sampai ke uitm. Dalam pukul 7 pagi gitu. Jumpa Dayat kat stesen bas. Memang dah janji nak balik kolej sekali pun. Tapi dia dari terengganu. Kiranya dari stesen bas seksyen 17 kitaorang amik teksi berkongsi dengan dua lagi student dari kolej lain, terus ke uitm shah alam. Kaya pakcik teksi hari ni. Semua teksi pakat penuh dengan bebudak uitm shah alam, puncak alam, puncak perdana. Yang tak tahan setiap bonet teksi sampai tak muat-muat kena pakai tali yang orang pakai kat basikal atau motor tu untuk ikat bonet tak nak kasi beg-beg dan segala macam tok nenek dari kampung masing-masing dari bergelimpangan jatuh ke jalan raya. Hohoho..

Kemudian pukul 8 pagi, pergi register kolej. Dapat kunci bilik. Terus masuk bilik. Well, seperti sem-sem sebelumnya. Aku tetap orang first yang sampai kat bilik. Hoho. Tapi yang paling teruja semester ni sebab perabot semua baru-baru. Dapat tilam yang dok dalam plastik lagi. Terima kasih Uitm. =)

Sok pagi dah start kelas. So, aku malas nak cakap banyak kat sini. Sebab aku nak tidur awal malam ni. Hoho. Selamat malam. =)

Saturday, 8 September 2012

Assalamualaikum...

Musim kembali ke sekolah telah menjelang. Hari isnin ni dah start kelas. Tapi itu bukan bermakna aku sudah berada di hostel. Belum. Yelah, tarikh pendaftaran kolej untuk student lama bermula hari Ahad ni. Jadi aku masih lagi dok bergoyang kaki kat rumah. Malam esok baru naik bas ke Shah Alam.

Semester ini adalah semester yang terakhir setelah 2 tahun berhempas pulas di shah alam. Hope that this coming semester akan melipat gandakan kesungguhan dan usaha aku. Lelebih lagi thesis. Walaupun terasa macam thesis aku ni tak berapa nak bergerak berikutan tajuknya yang accidentally given to me, membuatkan aku tak berapa gembira. But still aku kena make a lot of effort untuk pastikan aku boleh grad on time. Insya Allah.

Huh. Sebenarnya rasa macam tak sabar nak habiskan semua ni. Sebab rasa tak sabar nak buat kerja yang aku lebih suka. Hoho. Walaupun aku tak pasti kerja ni akan berjaya atau tak, tapi I'll try make hard effort on it. Sebab bila buat benda yang kita suka. Kita takkan merasa berat. Jadi sudah tiba masa aku pilih kerja yang boleh buat aku gembira dan ikhlas. InsyaAllah...amin..

Other than that. I hope that everything is going to be, okay. 

#Semoga segala ujian yang telah di lalui, sedang di lalui, dan akan di lalui bakal menambahkan kecintaan terhadap Nya. Semoga ditambahkan iman dan semoga di kuatkan iman, supaya ujian yang dilalui tidak terasa berat. Amin..