Saturday, 11 August 2012

Masih Ramadhan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga ber'online'...atas sebab-sebab masalah teknikal yang tak dapat dielakkan... broadband aku bermasalah pulak time-time bulan puasa ni yea....kejap kelip-kelip hijau kejap kelip-kelip biru, rasanya ada jugak yang nak kena masak buat lauk berbuka ni...sebelum-sebelum ni okay je, tetiba lak tak dapat line macam duduk dalam gua...hadoi... cobaan....

Takpe-takpe...bulan-bulan puasa ni kenalah banyak bersabar kan. It's okay, type dulu siap-siap satgi ada line biru aku publish laju-laju...mwehehe...

Hey, sekarang masih Ramadhan lagi...So, nak wish selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Semoga kita berjaya melalui bulan Ramadhan dengan sempurna. InsyaAllah. Amin. Dan sekarang juga sudah berada di 10 malam terakhir kan. Sama-sama lah kita berusaha melakukan ibadah sepanjang 10 malam terakhir ini dengan bersungguh-sungguh dan semoga hendaknya kita bertemulah dengan malam lailatulqadar yang di nanti oleh semua. Amin.

Tapi yang sedihnya, kebanyakan orang lagi suka raya lebih lagi dari Ramadhan,kan? Mana taknya hari tu masa minggu first Ramadhan aku ada pasang radio time nak siap-siap sediakan juadah berbuka puasa. Tetiba boleh pulak terdengar lagu raya. Minggu first beb. Kenapa mesti bulan Ramadhan je nak pasang lagu raya? Kenapa tak tunggu raya je? Ehem...lagipun lagu Ramadhan pun berapa keratlah yang ada kan. Tapi patutnya stesen radio yang boleh berhubung dengan masyarakat secara keseluruhan ada inisiatif lebih untuk mengajak orang ramai kenal mengenali apa itu Ramadhan.

Tapi aku teringat tulisan dari novelis terkenal Hlovate yang bertajuk contengan jalanan. Salah satu wataknya cakap lebih kurang macam ni :

Kat Malaysia sekarang ni Ramadhan tu dah jadi lebih kepada benda budaya. Roh Ramadhan tu takde. Ramadhan bukan lah di ertikan dengan bazar Ramadhan. Bukan di ertikan dengan malam tujuh likur dengan pasang pelita. Bukan di ertikan dengan lawan buluh meriam antara kampung. Bukan di ertikan bukak puasa di hotel-hotel. Bukan di ertikan dengan rancangan masak memasak bulan puasa di TV. Tapi hakikatnya benda tu dah jadi definisi Ramadhan kat Malaysia. 

Bila fikir balik betul jugak yang Hlovate cakap dalam novelnya tu. Yelah,sebab hanya bila Ramadhan je semua benda-benda kat atas tu timbul kan. Aku ada dengar dari radio IKIM, ada sorang ustaz ni cakap bulan Ramadhan ni ibarat masa untuk kita kumpulkan bekalan. Allah s.w.t bagi kita masa sebulan untuk kumpul bekalan. Sebab kita ada 11 bulan lagi masa selepas itu untuk kita tempuh hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan ni. Kalau bekalan kita masa bulan Ramadhan tak cukup. Macam mana kita nak kuat untuk hadapi dugaan hidup yang seterusnya? 

Ibarat unta- unta di padang pasir. Padang pasir tu dah la panas. Kering kontang. Kuat dugaannya kat situ. Sebab tu lah unta ada kelebihan boleh bertahan lama, sebab dia ada bonggol tempat yang boleh menyimpan air. Sebelum dia nak bertahan kat padang pasir tu. Unta jugak ambil masa berjam-jam untuk minum. Bagi mengisi bekalan. Yeah...unta jugak perlukan masa yang lama untuk minum. Sebab tu dia boleh simpan air untuk dia bertahan. 

Sama jugaklah macam kita. Kita jugak ada masa sebulan untuk mengisi bekalan. Syaitan dah di belenggu dan di rantai. InsyaAllah, semoga kita kuat untuk terus mengisi bekalan di bulan ini. Dan selepas habis Ramadhan. Semoga kita sudah punya bekalan yang cukup untuk berjuang meneruskan hidup yang seterusnya.Belum terlambat rasanya kan untuk terus menambah bekalan? =)




#disconnectpangkahcabutbroadbandmasukkanbalikconnectyayyylampubiruPUBLISHdone...heh peace =)

SALAM RAMADHAN =)






1 comment:

  1. salam ramadhan.. :)

    online sini ok, tp dah tlbh pnggunaan..huhu

    ReplyDelete