Sunday, 26 August 2012

Kenduri kahwin + beraya

Assalamualaikum...

Selamat bekerja dan bersekolah pagi warga-warga bandar, kampung-kampung mahupun desa di Malaysia mahupun di afrika. Sebab sehingga ke hari raya yang ke ke..jap nak tengok kalendar...okeh yang ke-8, aku masih lagi menghadap laptop di kerusi rumah aku. Sedangkan adik perempuan bongsu aku sudah mula melangkah ke tempat pengajiannya pagi tadi dengan bas. Maknanya tade lah melangkah mana pun. Naik kenderaan la jugak. Adik lelaki aku yang ke-dua pula dah awal-awal lagi raya ke-2 fly ke kuala lumpur memenuhi tuntutan kerja. Tapi tadelah fly mana pun. Fly dengan bas. <---kecelaruan ayat sila abaikan.

Bercerita tentang kenduri kahwin. Baru semalam dengan jayanya berlangsung perkahwinan aku. Eh, bukan. Perkahwinan abang kawan baik aku dengan pilihan hatinya. Di kesempatan itu, bermakna ada juga lah sebab aku nak pergi beraya rumah kenkawan. Sebelum-sebelum ni just duduk rumah tunggu tetamu dan termasuklah pergi beraya rumah sedara-mara. Berjumpa sakan dengan nik dan syila kat kenduri abang dia melahirkan open table 3 anak dara. Berkongsi cerita, usik mengusik, dan juga saling menghitung tahun. Sudah berapa tahun kami tidak berjumpa macam tu. Lebih kurang dua tahun. Fuh. Tak sangka. 2 tahun. Dengan gelak dan tawa di hujung khemah. Tetamu yang mula beransur-ansur datang dan pergi. Tapi lebih banyak yang beransur pergi. Al maklumlah, jam masa tu pun dah pukul 6 petang.

Tiba-tiba datang sorang mamat ni dengan sakan menegur kawan baik aku ni. Aku tengok lama. Macam kenal. Bukan dah macam. Memang kenal pun. Dia terkejut tengok aku. Mamat ni kawan aku dan syila masa sekolah rendah dulu. Nik pula kitorang rapat masa form 5.

'Eh eh....Nadiah' <---ok, nama sebenar aku nadiah

'Lama giler tak jumpa ko' lebih kurang gitu lah ayatnya

Selepas borak-borak then tiba lah masanya untuk aku dengan nik balik. Mamat ni yang kitaorang panggil Semy <----Nama penuhnya suhaimi. Dia dah gerak dulu dengan motor dia.

Masa tengah jalan-jalan nak balik tiba-tiba syila cakap. 

"Bukan dulu-dulu masa sekolah nadiah suka kat dia ke?" cisssss. Entah bila masa aku suka kat mamat tu entah. Mamat tu suka kat aku adalah. Ceh. Ayat perasan tak hengat. Tapi seingat aku aku memang tak pernah tangkap cintan pun kat dia. Yang aku ingat kitaorang dulu geng lumba beskal adalah. Hahaha...


Lepas dah berkenduri kat rumah syila plus beraya semalam. Petang tadi atas semangat setiakawan, kami pergi beraya rumah nik pulak. Syila datang ambik aku dengan moto dia. Mana tak setiakawannya kalau malam ni Syila dah nak naik bas balik ke Kuala Lumpur atas tuntuan kerja tapi still sanggup pergi beraya kat rumah nik walaupun masa tu agak lewat kitorang keluar. Yelah. Entah bila dapat berjumpa lagi. Jangan 2 tahun lagi sudey. InsyaAllah tak. Aku pulak kalau tade Syila memang tak bergerak lah. Nak drive sendiri lagi lah tak. So, untuk mengeratkan lagi persahabatan kami. Eceh. Kitorang rancang nak jumpa lagi hujung bulan 9 ni. InsyaAllah...

Lastly. Aku doakan semoga kita.korang.aku.dia.kau.mereka. Semoga kita terus hidup dengan bahagia dan gembira.  Semoga di kuatkan iman.dijauhi putus asa. dan di teguhkan semangat perjuangan. Amin.








1 comment:

  1. terjumpe kekasih lame tu.. memang tak lame lagi ade r majlis menanti.. =P

    ReplyDelete