Monday, 27 August 2012

Join Running Man

Assalamualaikum....



Running man with old team members-jong ki and lizzy

Aku berdiri kat luar bangunan. Ramai sungguh jurukamera-jurukamera Running Man nih. Mana taknya. Setiap retis dalam Running Man ada jurukamera masing-masing. Gary oppa, Jae suk oppa, Suk Jin oppa.eh? Jong kook oppa, Lee kwang soo oppa, Ji Hyo eonni, and Haha oppa. Oleh sebab aku join running man ni sebagai retis jemputan <---sejak bila aku jadi retis? so, aku ada jurukamera sendiri jugak yang akan run bersama-sama dengan aku.
Running man still with old team members but without jong ki and lizzy-
Juk sin, Haha, Gary, Gwang Soo, Jong Kook, Jae suk, and Ji Hyo.


Aku masuk kat dalam bangunan. Retis-retis running man tengah bersiap-siap. Aku nampak Lee Kwang Soo oppa dengan riak wajah blur nya. Aku nak sengih kat dia tapi dia tak kenal aku pulak. Tak pe lah. Kot-kot PD Running Man suruh aku jadi spy, orang pertama aku aim of course Lee Kwang Soo oppa. Hoho <----gelak jahat



Lee kwang soo the play dumb character and the icon of betrayer with his robot dance during running man
with Park Ji Sung episode in Thailand's football stadium- kyeopda mwehehe

Tapi aku rasa bukan aku sorang je jadi tetamu jemputan. Aku nampak ramai la pulak kenkawan yang aku kenal dan ada jugaklah yang tak bape kenal yang join sekali. Ktorang di suruh ambil tempat duduk. Yang mana ada dua barisan tempat duduk. Kat bahagian depan sket, sapa-sapa nak join boleh lah memenuhi tempat duduk kat situ. Dan barisan yang satu lagi berhadapan dengan tempat duduk tadi. Sapa yang nak jadi penonton boleh duduk kat situ. Well, oleh sebab dah lama aku impikan nak join Running Man punya game ni, aku cecepat serbu kat tempat duduk kat depan. Tetiba, eh, ramai pulak yang menyerbu. Gary oppa tetiba muncul. 

Gary with wind sprayed looks..haha

Dengan muka kerek dia cakap.

"Eh, pesal ramai sangat ni. Aku tak nak reramai sangat dalam team aku" eceh kerek tol brader neh.

Okeh, fine lah. Aku give up. Aku turun pergi kat tempat penonton. Haish, tapi apesal lak aku g turun. Bukan aku nak join ke? Entah. Aku pun tak tahu apesal aku ikut kata hati aku.

Tetiba pulak masa tu dekat fakulti aku ada program yang wajib aku pergi. Kira lau tak pergi boleh fail aku punya grade. So, aku tinggalkanlah Running Man sekejap. Berlari ke fac. Sampai kat sana lepas settle je kerja sampai ke petang. Aku tanya kawan aku. Weh, Running Man dah balik ke? Dorang cakap belum lagi sebab sekarang dorang nak main hide and seek. Wahh! Hide and seek ni lah kemuncak running man yang sebenarnya. Aku pun apa lagi nak gi tengoklah. Tak dapat join pun takpe lah. Asal dapat tengok depan mata.

Sambil jalan nak g sana. <-----Dekat je pun. Jalan kaki boleh sampai sebab dorang shoot kat aku punya Universiti. Aku berkira-kira nak inform kat adik perempuan aku pasal Running man dah datang shoot kat Malaysia. Kat Universiti aku pulak tu. Wohoho. 



Jong kook with his tiger strength that frighten the team members


Sampai kat building tu, which is macam dewan jugak la bangunan tu. Tapi besar. Aku pun dah lupa nama dewan tu. Aku terserempak dengan Jong Kook oppa. Aku tanya dia. Dah habis ke?

Dia cakap

"Baru je habis,dik" Ala...melepas lah nak tengok secara real dorang kejar-kejar.

Aku cakap..

"Ala...baru ingat nak join tadi, tapi ada program pulak kat fac"

Jong Kook oppa cakap.

"Oh..yeke"

Baru je nak borak lebih-lebih. Tetiba dengar satu suara.

"Bangun bangun sembahyang subuh"

Sekali suara mak aku daa...=P



#Lately aku memang dah jadi terlalu obsessed kuasa sepuluh dengan game show Running Man neh. Mana taknya tiap kali adik aku balik je dari universiti dia. Benda first yang aku godek dari laptop dia game show neh. Pulak tu dia siap ada dari episode 1 sampai lah ke episod yang ke berapa ratus entah sekarang. Mana tak obsessed aku. Aku siap berangan kunun-kunun nak join sekali game ni kut kut kalau dia ada mai shoot kat Malaysia. Tu yang siap mimpi baik punya tu. Da la aku rasa macam real je mimpi aku semalam. Siap berangan nak sms kenkawan aku suruh tengok episode Running Man yang dorang cast kat Malaysia lagi. Eceh. Sekali mimpi daa...mwhehehe


#Adik perempuan aku dah balik ke universiti dia semalam. Membawa bersama running man pergi. Huhu. Tu yang sekarang terigau-igau kan running man tuh. Fuh. Dasyat betul penangan running man ni. Berhantu betol! =P






1 comment:

  1. agak fenomena gak r running man ni.. tapi takde r aku sampai mimpi camtu.. ish ish.. kritikal sangat dah tu.. huu

    ReplyDelete