Friday, 24 August 2012

Cerita-cerita kosong

Assalamualaikum...

Aku dah tak faham kenapa aku suka sangat dengan perkataan kosong lately. Entah. Apakah benar ini manusia benar-benar dalam kekosongan? Entah. Aku cuma nak cerita cerita kosong which is cerita-cerita yang tak perlu tajuk specific as you know. as if. that i'm sucks of create a title untuk setiap tajuk cerita dalam blog aku. Arh...macam takde life je.

Kita nak mulakan cerita dari mana yea? al maklumlah nama pun borak-borak kosong. okeh, kita mula cerita dari first love nak tak? nak tak? amboih, kalau bab-bab love ni kemain. Tapi sory lah. Hati aku tetap kosong nak cerita benda-benda love nih. Yang boleh aku cakap first love aku. Dia sweet. Macam gula-gula. Macam aiskrim. Haip...see..aku takde specific words yang more special like. Dia lah nyawaku. Dia lah intan payungku. Huh? Wekk! Dah sweet kenapa putus? Sebab tak serasi kot. Hahha. Ayat bajet retis.(But dengar-dengar dia dapat sambung degree dekat tempat aku...erk)

Okeh, sekian cerita di atas. Aku nak cerita lain pulak. Sebelum tu aku nak tanya. Macam mana nak jadi kaya? eh <----tetiba. Okay, ekceli aku takde soalan. =P

Apa kata kita berkenalan. Selama ni pembaca blog aku tak pernah tengok muka aku kan? Melainkan adalah sorang dua blogger yang pernah kut ternampak gambar aku kat dalam blog aku ni. Tu pun secara 'tak sengaja aku terpost' gambar aku semasa aku dalam keadaan separa normal. Then aku delete balik. Which is masa aku delete tu aku dalam keadaan normal. 

Kita mulakan dengan nama. Hai, nama saya Miss purple. Nama anda? <----pang!! (Bunyi tamparan dari anda). Saya tinggal di rumah saya sekarang. Bulan depan saya akan berpindah ke bilik kosong yang ada empat katil di Shah Alam. Umur saya 24 tahun. Tapi itu tidak bermakna saya tak dapat duit raya pada hari raya ini. Jangan salahkan kecomelan saya...<-----pang!
Saya seorang yang pemalu. (Shy shy cat) =P. Tapi bila dah kenal lama dengan orang tu saya boleh spend masa borak sampai ke pagi. Dari pagi sampai ke malam. Dari malam sampai ke pagi esok lagi. Sampai lah ke malam hari raya tahun depan. =P

Hobi? Hobi saya kira mengira. Paling suka kira duit. Tapi tak bermakna saya ni orang yang berkira. Oh, yea sebut pasal berkira kan. Pernah dengar tak ayat macam ni. 

'Aku berkira dengan orang yang berkira dengan aku tapi kalau orang tu tak berkira dengan aku, aku pun takkan berkira dengan dia'

Ayat tu sangat tak best kan. Tapi kekadang aku terpaksa jadi macam tu bila orang yang macam tu cakap tak serupa bikin. Bila mana dia sendiri yang first quote ayat tu. Contohnya, aku ok je dengan dia. Apalah nak berkira sangat dengan kenkawan. Kata kawan kan. Hidup berjauhan dari keluarga, mestilah nak saling tolong menolong. Aku tak kisah. Kiranya aku try to understand her situation lah kan. Tapi bila tang situation aku, ada dia kisah? So, terpaksalah. Aku pun ' ada aku kisah dah dengan situation ko? THE end...eh terlebih membebel la pulak mak jemah ni kan.

Cita-cita lah pulak yea. Cita-cita saya ingin menjadi orang yang berjaya dalam semua bidang yang di ceburi. Hah. Amek kau. Dalam semua bidang di ceburi tu. Termasuk lah bidang mencuci pinggan mangkuk. Membasuh baju. Mengemas rumah. Eh? Cita-cita sebenar aku nak jadi businesswoman.Dan sebut pasal bisnes ni sebenarnya aku dah berkecimpung dalam bidang bisnes sejak dari sekolah rendah lagi. huh? Aku teringat masa aku darjah 3, masa tu kan zaman bebudak kumpul sticker. Macam-macam jenis sticker. donuld duck. mickey mouse, tweety dan termasuk lah sticker retis hindustan. Di sebabkan aku ni suka mengumpul sticker memang bermacam-macam jenis lah sticker aku ada. So, memandang bebudak kelas aku pun gila sticker. Aku end up nak jual sticker-sticker aku tu. At least dapat duit poket buat beli gula-gula. Tapi rupanya ramai pulak pesaing aku dalam kelas tu. So, aku end up suruh adik lelaki aku jual dalam kelas dia. Laku memang lah laku. Tapi aku yang bankrup. Mana taknya adik aku boleh pulak dia berjoli dengan duit jualan sticker aku tu. Last-last bape sen je aku dapat. Haish...So, aku malas dah bukak bisnes sticker aku bukak bisnes lain.

Bisnes jual pemadam. Huh? Aku gi beli pemadam kat koperasi sekolah banyak-banyak. Then aku jual kat bebudak kelas aku separuh harga. Memang tak untung r kan. Huh. Strategi fail. Dan yang paling tak boleh blah, boleh pulak aku nak bukak bisnes consultation. Bayangkan masa tu aku darjah 5, aku promote kat kawan aku yang ada conflict dengan kawan dia. Nak consultation tak? Nak berbaik balik tak dengan kawan dia? Kalau nak aku ada sediakan perkhidmatan memberi nasihat. Bayaran dia tak mahal dalam berapa sen je. Whohohoo. Bila ingat balik rasa nak gelak guling-guling. Macam mana lah aku boleh ada idea nak buat bisnes ni. Tapi yang tak bestnya bisnes ni pun fail. First promote aku dah kena reject. So, aku give up dah nak bukak bisnes kat sekolah. Tapi masa darjah 6 aku buat bisnes jual buku stamp. The best part is, aku buat sendiri buku tu. Guna manila kad, plastik batik (alah, plastik yang orang letak kain batik canting kat dalam tu. Masa tu ayah aku buat bisnes batik. So aku cilok lah plastik ayah aku. Hoho) Masa tu ada lah sorang budak lelaki ni dia mintak aku buatkan. Then dia bayar aku RM2. Fuh. Lumayan jugak. Lepas tu aku bersara dari berniaga sebab masa tu kan dah nak UPSR. Mau tak exam aku nanti.

So, sesi berkenalan rasanya setakat ini sajalah dulu. Cerita-cerita kosong aku dah jadi cerita rojak. Nama pun nak borak-borak kosong kan. Okeh. Bye.



2 comments:

  1. Hahahhaha.. Bisnes consultation paling xleh blah.. ekekeke.. btw, selamat hari raya ya =)

    ReplyDelete
  2. bolehlah kenalan berlanjut di cerita yang sudah berisi..tak kosong lagi...salam hangat dari Makassar - Indonesia :)

    ReplyDelete