Saturday, 7 July 2012

Very tired lorr..

Assalamualaikum...

Just nak cerita pendek-pendek je sebab jari-jari dah gian nak menaip.Pfttt.. Tapi tak tahu lah pendek-pendek tu pendek mana kan?Hohoho....

Pagi tadi paper yang ke 4, bermakna tinggal dua paper lagi...weee...

Walaupun semalam dah cuba tidur awal, tapi still ngantuk dan letih. erm..definisi awal aku adalah pukul 1.oo am, erk awal la tu dari before ni pukul 3 am, hohoho. Tapi still susah nak lelapkan mata semalam. Mungkin sebab 'terminum' kopi kot. Atau terlalu pikir pasal exam. Atau terlalu pikir nak balik kampung. Mweehehe..

I hate betul lah paper kaler pink tu pagi tadi. Bukak je terus tak dapat baca. Macam tak pernah kenal huruf ABC je aku tadi. Haish...Tapi alhamdulillah bila dah start conteng kat kertas jawapan, barulah aku boleh baca ayat-ayat dalam kertas soalan tu. Tu pun setelah aku selawat dan istighfar banyak-banyak kali. Astaghfirullahalazim...I really don't know what happened to me lately. Dan Alhamdulillah, aku dapat habiskan menjawab semua soalan dengan baik. Dah usaha. Then doa dan tawakal je lah. Hope semuanya baik-baik saja. Amin...


Sebenarnya aku nak cerita pasal sorang 'bidadari' ni. Dia adalah teman jiwa aku. Soul mate? Haha. Soulmate dalam erti kata yang baik lah. Orang kata kalau kita nak jadi baik, Allah s.w.t akan hantar orang-orang yang baik untuk kita. Dan dia adalah salah seorang daripadanya. Nama nya Ain. Nurul Ain. Dia seorang gadis yang baik. Oh, ya. Dia muda setahun dari aku. Bertudung labuh. Berbezalah dengan aku yang pakai tudung bawal pin kat tepi. Malu dengan dia. Tapi dia cool je. Dan dia memang cool okay, Hehe..Aku selalu ajak dia tidur kat bilik aku, sebab aku tahu nanti sembahyang subuh mesti dia ajak aku berjemaah sekali..

Hmmm...Setakat ini dulu cerita pasal Nurul Ain. Sebenarnya nak cerita panjang lagi pasal Ain. Tapi rasanya baik aku buat entry lain je. Semoga dia akan sentiasa menjadi bidadari sesiapa pun. Dan aku hanyalah salah seorang yang cuba untuk menjadi baik. Baik pada pandangan mata Allah s.w.t. InsyaAllah..Amin.


Erm...pendek tak aku tulis? Pffft. Memang tade pendek mana lah kan. Hohoho...Ok Bai. Ok aku rasa sekali lagi tajuk aku tak masuk dengan entry ni sangat, patut buat tajuk 'letih makan rojak' huhu..ok bai..=P

1 comment:

  1. alhamdulillah ada niat nak berubah dan berbuat baik. teruskan usaha :)

    ReplyDelete