Sunday, 1 July 2012

Mimpi ke bintang

Assalamualaikum...

Masing-masing pasti punya mimpi
Punya cita-cita...
Atau mungkin tiada? No?
Are you sure?
Jika anda tidak punya mimpi mungkin kerana anda tidak pernah dengar suara hati sendiri
Percayalah...
Mimpi itu pasti suatu yang indah jika anda terus percaya dan berusaha untuk menggapainya..
Apa saja yang indah..
Yang pernah anda impikan jangan terus putus asa menggapainya
Walaupun ianya setinggi bintang di langit...

Hidup seorang aku...
Aku mungkin memilih jalan ini kerana terpaksa..
Mungkin kerana mahu menggembirakan hati orang yang tersayang..
Bahagiakan mereka berdua bukankah besar pahalanya...
Tidak bahagiakah kita sendiri melihat mereka bahagia?

Aku sedar jalan ini umpama mimpi..
Mimpi yang aku tidak mahu masuk ke lagi dalamnya...
Kerana bimbangkan mereka berdua..
Padahal ianya punya 1001 kebaikan di masa hadapan..
tapi...
Apalah sangat untuk perkara yang belum pernah dicuba...
Sehinggalah bila aku terus di sini...
Di saat semangat sudah semakin kukuh
Untuk merubah jalan di hadapan
Aku temui teman-teman yang mengeluh penat...
Tapi aku sedar mereka cuba bangkit...



"Kalau aku tak dek kat sini, mungkin aku tak dapat kenal kau, kan"

Mendengar itu aku terpana...
3 kali menangguhkan kedatangan aku ke sini.
Untuk kali ke 4, aku memilih untuk datang..
Aku tahu aku takkan pernah menyesal...

Kali ke 1, 2 dan 3, mungkin perjalanannya sama tapi aku yakin rasanya pasti berbeza..

Kawan...mimpi kita biar sampai ke bintang..





notes1 : i love this song and this is so meaningful, how about you guys?
notes 2 : kalau rasa lagu ni mengganggu, feel free to turn it off, guys!! =P





No comments:

Post a Comment