Wednesday, 11 July 2012

Speechless wednesday...

Yeah, I have money to buy my laptop, to buy my facial stuff, to buy comfortable and beautiful clothes
I have money to get my license
I have money to buy books
I have money to buy the most delicious food on earth
I have money to pay for my broadband monthly
Eventhough sometime all these money came from my parent pocket
or even PTPTN that gave me loan
I still can buy them

But

I don't have enough money to buy my place in JANNAH
so
come to this realization and consciousnesses
let us together find 'money' to get our ticket to the JANNAH
until then
INSYAALLAH, there is a place for us...AMIN...





Tuesday, 10 July 2012

Aku ada kerana kau ada....

Assalamualaikum....



Lahirnya aku pada tarikh ini bukanlah apa-apa jika di bandingkan sakitnya melahirkan dan membesarkan aku....
Lahirnya aku pada tarikh ini lalu mendapat ucapan yang banyak dari teman teman bukanlah apa-apa jika di bandingkan kamu yang semakin bertambah usianya....
Lahirnya aku pada tarikh ini yang sentiasa di tunggu-tunggu setiap tahun bukanlah apa-apa kerana aku masih anak mu yang tidak mahu membesar bukan kerana takut aku digelar sudah tua
tapi 
kerana kamu berdua yang semakin bertambah usianya sedangkan aku belum bisa membahagiakan kamu lagi...

Kerana dia ibu yang melahirkan dan kerana dia ayah yang banyak berkorban
Terima kasih jua kerana melahirkan aku di dalam Islam...
Hari ini aku berusia 24 tahun dan terima kasih kerana kewujudan aku di sini
Walau banyak karenah ku tapi kamu berdua masih bersabar..
Terima kasih kerana masih menerima ku...
Ku sanjung kasih mu sehingga ke syurga...
SEMOGA KAMU BERDUA SENTIASA DI RAHMATI DAN DI LINDUNGI OLEH ALLAH S.W.T
AMIN....

















Saturday, 7 July 2012

Very tired lorr..

Assalamualaikum...

Just nak cerita pendek-pendek je sebab jari-jari dah gian nak menaip.Pfttt.. Tapi tak tahu lah pendek-pendek tu pendek mana kan?Hohoho....

Pagi tadi paper yang ke 4, bermakna tinggal dua paper lagi...weee...

Walaupun semalam dah cuba tidur awal, tapi still ngantuk dan letih. erm..definisi awal aku adalah pukul 1.oo am, erk awal la tu dari before ni pukul 3 am, hohoho. Tapi still susah nak lelapkan mata semalam. Mungkin sebab 'terminum' kopi kot. Atau terlalu pikir pasal exam. Atau terlalu pikir nak balik kampung. Mweehehe..

I hate betul lah paper kaler pink tu pagi tadi. Bukak je terus tak dapat baca. Macam tak pernah kenal huruf ABC je aku tadi. Haish...Tapi alhamdulillah bila dah start conteng kat kertas jawapan, barulah aku boleh baca ayat-ayat dalam kertas soalan tu. Tu pun setelah aku selawat dan istighfar banyak-banyak kali. Astaghfirullahalazim...I really don't know what happened to me lately. Dan Alhamdulillah, aku dapat habiskan menjawab semua soalan dengan baik. Dah usaha. Then doa dan tawakal je lah. Hope semuanya baik-baik saja. Amin...


Sebenarnya aku nak cerita pasal sorang 'bidadari' ni. Dia adalah teman jiwa aku. Soul mate? Haha. Soulmate dalam erti kata yang baik lah. Orang kata kalau kita nak jadi baik, Allah s.w.t akan hantar orang-orang yang baik untuk kita. Dan dia adalah salah seorang daripadanya. Nama nya Ain. Nurul Ain. Dia seorang gadis yang baik. Oh, ya. Dia muda setahun dari aku. Bertudung labuh. Berbezalah dengan aku yang pakai tudung bawal pin kat tepi. Malu dengan dia. Tapi dia cool je. Dan dia memang cool okay, Hehe..Aku selalu ajak dia tidur kat bilik aku, sebab aku tahu nanti sembahyang subuh mesti dia ajak aku berjemaah sekali..

Hmmm...Setakat ini dulu cerita pasal Nurul Ain. Sebenarnya nak cerita panjang lagi pasal Ain. Tapi rasanya baik aku buat entry lain je. Semoga dia akan sentiasa menjadi bidadari sesiapa pun. Dan aku hanyalah salah seorang yang cuba untuk menjadi baik. Baik pada pandangan mata Allah s.w.t. InsyaAllah..Amin.


Erm...pendek tak aku tulis? Pffft. Memang tade pendek mana lah kan. Hohoho...Ok Bai. Ok aku rasa sekali lagi tajuk aku tak masuk dengan entry ni sangat, patut buat tajuk 'letih makan rojak' huhu..ok bai..=P

Thursday, 5 July 2012

Tough day

Assalamualaikum....

Paper hari ni sangat-sangat tough bagi aku, the calculation actually scared me the most. Hmmm...masa nak jawab kepala cam berat sangat-sangat bukan sekadar sebab calculation je, tapi sebab tak cukup tidur pun sama. Sangat bahaya ye kawan-kawan bila esok nak exam dan kita tak cukup tidur malam tu. Bila pagi nak jawab exam je ada kemungkinan kita akan jadi blank tetiba. Dan aku sangat blank dengan calculation bukan sebab aku tak study langsung kira-kira ni, tapi lain yang aku study lain yang masuk. Adeh. Kalau yang esei tu boleh lah aku goreng, kalau kira-kira aku nak goreng jugak, rentung tak nampak ghope ler jawabnye...huhu...

Masa dok jawab aku sempat tengok kenkawan kat depan aku, ada yang dah terkulai, ada yang pegang kepala, ada yang termenung. Adeh, sangat tough kan kenkawan ku, huhu. Tepat je pukul 12 tengah hari, paper di kutip. Aku for the first time, tak toleh belakang nak borak-borak dengan sape-sape time tunggu paper sume di kutip. Everything just like a dream. Memang betul-betul mimpi sampai ke bintang dah ni. Kepala dah rasa berat dan dah keluar bintang je rasa. Nasib baik tak pengsan. Peringatan sekali lagi pada kawan-kawan dan diri sendiri. Kalau boleh rancanglah waktu study time exam nih dengan sebaik-baiknya. Kalau nak baik lagi, study awal-awal before waktu exam lagi. Tapi aku faham, bila kerja dan assignment pun dah menimbun, mesti lah tak sempat nak study awal-awal kan, time study week dan minggu exam je lah yang sempat nak pulun. It's okay. Semua orang ada cara sendiri nak absorb ilmu-ilmu tu kan, ada je orang yang study last minit still dapat result gempak-gempak. Malah ada yang dapat dekan lagi. Yeah, semua orang ada cara sendiri. Papepun, belajarlah dan buat lah dengan bersungguh-sungguh kerana Allah s.w.t. Supaya bila rasa kecewa nanti tadelah kita mengalami tekanan perasaan yang melampau. Everything gonna be okay. 

Sambung balik citer lepas je keluar dewan exam tadi, ramai kawan-kawan mengeluh. Ada yang menangis. Sabar, k. I feel down too. But it's doesn't mean the end of the world. Yeah. I'll try to be positive. Aku berharap kat soalan esei je ni. Calculation = 25 marks. Such a big marks there! but for the essay 3 question equal to 75 marks. Hmmm....I already planned this strategy before. I know that I was little weak in calculation thing, but I think that I may good mumbling in essay,mwhehe.. InsyaAllah. Hope that it really can help me. Amin..


For the next paper, it's contain calculation too...halamak...hmm, but not as tough as construction economic punya calculation. Satu lagi kan, yang economy punya calculation tu kan, bila di fikir-fikir balik, tade lah tough sangat-sangat. Kalau aku boleh fikir lebih lagi time tu dan aku cuba ulang tayang balik contoh calculation yang aimi tunjuk before masuk dewan tadi (selalunya aku boleh 'functionkan' otak aku untuk ulang tayang balik), InsyaAllah aku boleh ingat step yang terakhir je, yes I just need the last step...dan InsyaAllah, aku boleh jawab dengan sempurna. InsyaAllah... Then, again guys, this is because my brain too exhausted over the stay up last nite. Please..ur brain need rest before exam day. Kesegaran otak pada waktu pagi sangat-sangat penting, okay!


Da lah aku ni, membebel pulak, nak study professional practice pulak ni. Eh, dah pukul 1 pagi dah. Malam ni takpe. Next paper hari sabtu. So, malam ni kita pulun jap, tapi jangan lambat sangat tidur. Tapi kalau dah tertidur lambat jugak, takpe esok masih ada, rehatkan sekejap otak esok pagi (tidur), then baru sambung study lagi. Dan bila malam exam menjelma. Remember. Please tidur awal, guys!!!...okeh peace, bai!





Sunday, 1 July 2012

Mimpi ke bintang

Assalamualaikum...

Masing-masing pasti punya mimpi
Punya cita-cita...
Atau mungkin tiada? No?
Are you sure?
Jika anda tidak punya mimpi mungkin kerana anda tidak pernah dengar suara hati sendiri
Percayalah...
Mimpi itu pasti suatu yang indah jika anda terus percaya dan berusaha untuk menggapainya..
Apa saja yang indah..
Yang pernah anda impikan jangan terus putus asa menggapainya
Walaupun ianya setinggi bintang di langit...

Hidup seorang aku...
Aku mungkin memilih jalan ini kerana terpaksa..
Mungkin kerana mahu menggembirakan hati orang yang tersayang..
Bahagiakan mereka berdua bukankah besar pahalanya...
Tidak bahagiakah kita sendiri melihat mereka bahagia?

Aku sedar jalan ini umpama mimpi..
Mimpi yang aku tidak mahu masuk ke lagi dalamnya...
Kerana bimbangkan mereka berdua..
Padahal ianya punya 1001 kebaikan di masa hadapan..
tapi...
Apalah sangat untuk perkara yang belum pernah dicuba...
Sehinggalah bila aku terus di sini...
Di saat semangat sudah semakin kukuh
Untuk merubah jalan di hadapan
Aku temui teman-teman yang mengeluh penat...
Tapi aku sedar mereka cuba bangkit...



"Kalau aku tak dek kat sini, mungkin aku tak dapat kenal kau, kan"

Mendengar itu aku terpana...
3 kali menangguhkan kedatangan aku ke sini.
Untuk kali ke 4, aku memilih untuk datang..
Aku tahu aku takkan pernah menyesal...

Kali ke 1, 2 dan 3, mungkin perjalanannya sama tapi aku yakin rasanya pasti berbeza..

Kawan...mimpi kita biar sampai ke bintang..





notes1 : i love this song and this is so meaningful, how about you guys?
notes 2 : kalau rasa lagu ni mengganggu, feel free to turn it off, guys!! =P