Wednesday, 20 June 2012

Yeayyy....

Assalamualaikum....

Hohoho...tak tau nak letak tajuk apa sebab first thing yang keluar dalam minda sekarang ni adalah satu perkataan yang kalau cari dalam kamus dewan bahasa dan pustaka mungkin tak kan jumpa kot...perkataan tu sah sah adalah yeayyy!!! huh? ye? ianya adalah yeay. Okeh, sila ketuk kepala aku...

Minggu ini adalah minggu terakhir. Haha. Tak habis habis counting minggu dan hari. Minggu terakhir kalau di definisikan oleh seorang pelajar yang bernama aku ini adalah minggu di mana segala kekusutan, ketekanan, keputaran alam, kepeningan kepalaan dan bermacam-macam ke yang menjurus ke arah kekalutan hampir berakhir dan kegembiraan mula di jana dengan berganda...hohoho...

Pagi tadi baru je berakhir pameran model-model constech. Group aku buat pasal RETAINING EARTH WALL dan to be excited that our group get the highest marks and we share the same excellent model presentation with another group yang buat pasal TUNNEL. Sangat awesome dorang punya tunnel. Macam smart tunnel. Lebih-lebih lagi erm....erm...pe ek aku nak cakap erm, k abaikan <--------=P

Dalam banyak-banyak model kat situ aku paling suka model highway dan railway sebab sangat awesome. Ala tak dapat nak tunjuk kat sini kan. Dan tak lupa jugak model-model yang menjayakan pameran ini. Iaitu kami. Haha. Kalau bab bergambar memang tak pernah kalah. Semuanya menang <------- =B

Tadi pergi kelas perancis. Takdek buat pape pun kat sana. Just sembang-sembang dengan madame, sign tandatangan terakhir dan bersalam dengan madame before balik. Huaaa... Ini adalah kelas perancis yang terakhir. Sem depan da tade dah. Hope dapat A ++ haha.. Pesana terakhir dari madame tadi. As a woman, you must travaille bien et travaille beaucoup. Means that, must be hardworking. The reason madame cakap 'as a woman' tadi sebab budak-budak lelaki langsung tak nampak batang hidung dorang. Especially, budak lelaki yang cari gaduh dengan aku 2 minggu lepas. Lepas kena troll balik dengan aku. Terus senyap tak terkata...bhahaha. <------- =E

Okeh, the main reason kami pergi kelas tadi sepatutnya kena hantar video perancis yang kami shooting hari tu. Yeah, setelah di uji dengan salah sorang ahli group yang susah nak bagi kerjasama, kami di uji lagi video corrupt..adeh, sungguh manis ujian ini. Istighfar banyak-banyak kali. Dan aku hampir mati kutu cari jalan penyelesaian, terlepek stress kat bilik yana sambil berusaha 'menghidupkan' video kami. 

Yana cakap," rilek nadyaa, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya" okeh, then aku cuba digest kata-kata yana supaya aku dapat jumpa jalan penyelesaian yang terbaik.

Tinggg!!! Idea datang. 

Apa kata...(sambil tersengih-sengih macam kerang wangi lepas di basuh dengan sabun mandi)....
Mintak extend hantar dan kitaorang shooting balik...wah....bestnyeeeeee...... =P. Semalam kak mas call madame dan mintak hantar hari Isnin. Dan madame cakap, OKAY!! yeyyy! Alhamdulillah.... Je t'aime, madame. Beaucoup je t'aime. weeee.....=D. Tak dapat tidak terpaksalah shooting balik. Harap-harap everything gonna be okay. 

Malam ni ada kelas ganti. Kelas masterbill yang dah berbulan-bulan tertangguh. Sebagai seorang pelajar yang berdedikasi saya mewakili teman-teman sekelas saya yang berdedikasi juga supaya tiada assignment baru yang akan diberikan pada kami pada malam ini. Keprihatinan pihak tuan sangat di hargai...bhahaha...but seriously...pleaseee "=(






2 comments:

  1. aku teruja nak tengok model higway ngan tunnel tu.. takde gambar langsung ke? gile bz student sekarang.. ish ish

    ReplyDelete