Sunday, 24 June 2012

Selesai sudah...

Assalamualaikum...

Akhirnya....video perancis yang di tunggu-tunggu oleh kami terhasil sudah...fuhhh..satu hari shooting satu malam sampai ke pagi ini aku dan Diba edit, pukul 5 pagi akhirnya berakhir sebuah movie dari kami. Alhamdulillah....Tak rasa nak tidur sebab dah nak dekat subuh, so better lah aku tunggu subuh sebelum terbabas.Huhu...

Erk..video perancis? Tak dapatlah aku nak tayangkan kat sini. Hehe. Yang aku boleh cakap j'aime francais beaucoup. Erk? Apa kena mengena pulak kan? Haha... Dah la. Aku rasa terlalu banyak kisah hidup aku di kampus yang aku cerita kat sini. Rasa macam tak dek function pulak untuk bacaan umum. Sebab hidup kita mungkin serupa tapi tak sama. Hidup korang mungkin lagi menarik dari aku. Hihi. Sebenarnya impian aku dengan dunia blogging ni adalah nak menghasilkan bacaan-bacaan yang mampu memberikan info yang berguna kepada pembaca but takdek info yang berguna yang boleh aku bagi kat sini. 

Yeah, aku sedar aku hanya seorang penglipur lara yang hanya mampu bercerita. Since aku hanya ada kehidupan di kampus, so kat sini cerita di kampus lah yang aku hidangkan. Nanti bila grad dan dapat kerja, aku bakal jadi si penglipur lara yang membebel tentang kerja pulak. Atau mungkin dah bercinta nanti or dah kahwin cerita pasal orang tersayang pulak? erk...euwwww...macam lah orang lain tak lalui kehidupan yang sama kan? haha. Tapi aku rasa macam nak sebut ayat cliche ni je, 

BLOG AKU SUKA HATI AKU LA KAN? HAHA <------ =P

Okeh, makcik nih nak membebel lagi ni....kalau rasa korang nak baca dan rasa ada function or sekadar nak tumpang lalu pun boleh. No hal lah. Peace no war. Yeah! ( Erk, am I okay? No lalok? Hope so...)

Semalam, erk hari jumaat malam, 22 hb Jun 2012, kami satu kelas untuk pertama kali buat BBQ, hek eleh, apa cer? Kecoh tol lah. Haha. Actually, I feel so much appreciate with our friendship. Sebelum ni aku sambung diploma in quantity surveying kat perak. After finished my diploma, aku ambik keputusan nak berehat buat sementara waktu dari dunia belajar <-----ayat nak macam retis--=P

So, bila dah macam tu bermakna aku dah jauh tinggalkan kawan-kawan diploma aku, dan dorang pun dah sambung degree lepas je habis diploma. Aku pulak, setahun setengah kemudian baru lah terhegeh-hegeh nak sambung degree, tua-tua baru nak sambung belajar. Erk...Aku belum tua sangat lagi pun. Ekceli..saya budak baru belajar. Umur saya 24 tahun. Peace! <------ =P

Bila sambung degree kat shah alam, alam yang aku jumpa ni pun baru bagi aku. Tak kenal sape-sape. But I try to make friend with them dan aku jumpa ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kawan-kawan yang best kat sini. Love u all lah. 

Erk...ermm..yea, aku tau aku sudah melencong dari cerita asal, apatah lagi tajuk asal yang hanya menyentuh beberapa perenggan sahaja. Alamak, dah ting tong pulak rasa!

Kesimpulannya, aku sayang korang sangat-sangat my friends. Walaupun tak semua baca blog aku, sekadar Yana and Dayat je, tapi better korang tak yah baca, kikikih...Sebab, malulah korang tahu aku sayang korang =P..

Aku yakin, aku nak tulis banyak lagi pasal BBQ tu tapi setelah aku tapis-tapis kan. Aku hanya jumpa satu ni je, iaitu...aku sayang korang sangat-sangat. Ceh..

Ok lah, bai =D

Selamat menunaikan solat subuh.

Marilah kita menunaikan solat. Marilah kita menuju kejayaan. amin..


1 comment: