Friday, 29 June 2012

Random..

Assalamualaikum....

Aku kasi tajuk random sebab aku tau kalau aku bagi tajuk pun sure lari tajuk...Malas nak letak tajuk. Rasa nak remove je butang tajuk kalau boleh..mwehehe..tah pape pun intro aku nih. Hoho...

Pagi tadi baru selesai satu paper, agak haru jugak tiba-tiba aku boleh stuck masa memula nak jawab soklan first. Then mulalah aku lompat soalan-soalan lain. Masa tu aku pikir. Ya Allah, aku dah baca semua ni tapi kenapa still blur tetiba. Pastu sambil belek-belek kertas-kertas soalan ke depan ke belakang, sambil mata aku tengok jam kat depan. adeh. Ya Allah, tolong aku!!

Redha sajalah dengan segala-galanya, sekurangnya-sekurangnya aku berjaya menjawab kesemua 4 soalan yang di perlukan. 2 Jam. Dalam masa 2 jam kelam-kabut, blur dan segalanya bercampur aduk. Tapi masih...Alhamdulillah, saat-saat akhir aku berjaya memuntahkan segala-galanya. Aku rasa aku jadi begitu kerana tidak faham soalan pada mulanya. Tinggalkan je lah dulu paper pagi tadi. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Paper kedua pulak hari ahad ni, dan sekarang aku sedang struggle dengan nota bridges. Fuh, di samping itu aku jugak sedang berusaha meng connectkan internet kolej yang dah bape hari tak dapat connect sebab masalah teknikal. Dan tadaaa...aku dapat bukak internet terus je meng update blog nih sambil makan megi tomyam dengan air suam. Eh, tetiba aku rasa macam yang orang update status kat facebook je.

"Makan megi tomyam dan air suam je...hmmmm" <-----10 people like this =P


Memandangkan malam masih muda, so aku kena teruskan perjuangan lagi. Merci beaucoup pada kawan-kawan yang wish.

GHOST WRITER
KAY_ARE
MISS KLANIKA

sori tak sempat nak link, sebab internet macam siput sedut je...=D





3 comments:

  1. ok!! awak buat yang terbaik tau!!! semoga awak sukses k!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 amek masa beberapa minit nak pikir tajuk entry kan... heheee

      Delete