Friday, 29 June 2012

Random..

Assalamualaikum....

Aku kasi tajuk random sebab aku tau kalau aku bagi tajuk pun sure lari tajuk...Malas nak letak tajuk. Rasa nak remove je butang tajuk kalau boleh..mwehehe..tah pape pun intro aku nih. Hoho...

Pagi tadi baru selesai satu paper, agak haru jugak tiba-tiba aku boleh stuck masa memula nak jawab soklan first. Then mulalah aku lompat soalan-soalan lain. Masa tu aku pikir. Ya Allah, aku dah baca semua ni tapi kenapa still blur tetiba. Pastu sambil belek-belek kertas-kertas soalan ke depan ke belakang, sambil mata aku tengok jam kat depan. adeh. Ya Allah, tolong aku!!

Redha sajalah dengan segala-galanya, sekurangnya-sekurangnya aku berjaya menjawab kesemua 4 soalan yang di perlukan. 2 Jam. Dalam masa 2 jam kelam-kabut, blur dan segalanya bercampur aduk. Tapi masih...Alhamdulillah, saat-saat akhir aku berjaya memuntahkan segala-galanya. Aku rasa aku jadi begitu kerana tidak faham soalan pada mulanya. Tinggalkan je lah dulu paper pagi tadi. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Paper kedua pulak hari ahad ni, dan sekarang aku sedang struggle dengan nota bridges. Fuh, di samping itu aku jugak sedang berusaha meng connectkan internet kolej yang dah bape hari tak dapat connect sebab masalah teknikal. Dan tadaaa...aku dapat bukak internet terus je meng update blog nih sambil makan megi tomyam dengan air suam. Eh, tetiba aku rasa macam yang orang update status kat facebook je.

"Makan megi tomyam dan air suam je...hmmmm" <-----10 people like this =P


Memandangkan malam masih muda, so aku kena teruskan perjuangan lagi. Merci beaucoup pada kawan-kawan yang wish.

GHOST WRITER
KAY_ARE
MISS KLANIKA

sori tak sempat nak link, sebab internet macam siput sedut je...=D





Tuesday, 26 June 2012

Final exam is coming!!!!

Assalamualaikum...

Fuh, baru je selesai viva for subject measurement petang tadi. Dua group bersila dalam bilik pensyarah yang agak sempit sampai duduk pun terhimpit-himpit. Arghh...sanggup je asalkan dapat habiskan viva tu secepat yang mungkin. Lagipun kitaorang belum sempat study pun lagi untuk exam, sibuk dengan assigment je. Tapi Alhamdulillah petang tadi berakhir sudah, fuhhh...hmmm...sepatutnya no reason lah kan cakap tak study lagi. Dalam kelas kan dah belajar. Tapi tu lah. Nak harap ingat belajar yang dalam kelas tak sangat la kan. Last sekali nak dekat exam baru lah pulun giler-giler. Well, last minutes works always works, and it was used to very works on me walaupun terpaksa lari ke sana sini semata-mata nak menghafal.

Sekarang ni tengah study untuk subjek building services pulak. Bila buat sketches ni kurang la mengantuk. Tapi bila time nak membaca ayat-ayat fakta dalam buku, mulalah banyak setan nya. Mengantuk lah. Tetiba nak pergi stalk fb orang lah <------ =P. Nak download lagulah. Hishh...sangat tidak fokus lah aku ni. Nak off laptop pulak rasa macam tak best lau study tak dengar lagu or jari-jari tiba-tiba tak boleh tekan keyboard...cheeseee, alasan je aku ni.

Tips-tips belajar last minit di sebabkan hari khamis ni dah start paper pertama pulak memang tak ah kan. Tade tips pun aku guna. Tips yang aku fikir effective berdasarkan pengalaman-pengalaman sebelum ni pun tade sangat. Tapi yang aku pasti buat soalan past year paper...INSYAALLAH,...nanti dapatlah jawab kalau selalu buat latihan.

PRACTICE MAKES PERFECT GUYS!!!

Macam lah aku rajin sangat nak buat tips study last minit kan? Mata dan kepala dah bisik-bisik suruh tido. Haiippp!!! SHADAP U! At least kasi aku tulis sampai habis dulu sebelum suruh aku tidur. Bhaha, tade motip. Bab nak mengupdate blog rajin benau. Bab nak study rasa nak setado je. Adeh. Mungkin penangan aku tidur lepas subuh pagi tadi kot. Dah la hari ni aku rasa dah jadi macam orang mabuk sebab tak cukup tidur.

Untuk musim-musim EURO final exam ni. Pulun jangan tak pulun. Tapi kenalah jaga kesihatan kan. Jangan excited sangat nak setado study sampai tak tidur. Tu bukan setakat menyeksa diri. Tu namanya nak membunuh saraf-saraf dalam otak <------suka-suka hati aku je.....=P




GOOD NITE. MY BED IS SO BAD...CALLING ME NON STOP, BUT I DESERVE IT BECAUSE I JUST SLEEP FOR 3 HOURS LAST NITE AND NOW I'M SOOOOO..SLEEPY.

This AVRIL LAVINGNE'S SONG ALREADY DODOI AKU SUH TIDO WALAUPUN AKU RASA LAGU DIA ROCK JE. FALLING TO PIECES














Sunday, 24 June 2012

Selesai sudah...

Assalamualaikum...

Akhirnya....video perancis yang di tunggu-tunggu oleh kami terhasil sudah...fuhhh..satu hari shooting satu malam sampai ke pagi ini aku dan Diba edit, pukul 5 pagi akhirnya berakhir sebuah movie dari kami. Alhamdulillah....Tak rasa nak tidur sebab dah nak dekat subuh, so better lah aku tunggu subuh sebelum terbabas.Huhu...

Erk..video perancis? Tak dapatlah aku nak tayangkan kat sini. Hehe. Yang aku boleh cakap j'aime francais beaucoup. Erk? Apa kena mengena pulak kan? Haha... Dah la. Aku rasa terlalu banyak kisah hidup aku di kampus yang aku cerita kat sini. Rasa macam tak dek function pulak untuk bacaan umum. Sebab hidup kita mungkin serupa tapi tak sama. Hidup korang mungkin lagi menarik dari aku. Hihi. Sebenarnya impian aku dengan dunia blogging ni adalah nak menghasilkan bacaan-bacaan yang mampu memberikan info yang berguna kepada pembaca but takdek info yang berguna yang boleh aku bagi kat sini. 

Yeah, aku sedar aku hanya seorang penglipur lara yang hanya mampu bercerita. Since aku hanya ada kehidupan di kampus, so kat sini cerita di kampus lah yang aku hidangkan. Nanti bila grad dan dapat kerja, aku bakal jadi si penglipur lara yang membebel tentang kerja pulak. Atau mungkin dah bercinta nanti or dah kahwin cerita pasal orang tersayang pulak? erk...euwwww...macam lah orang lain tak lalui kehidupan yang sama kan? haha. Tapi aku rasa macam nak sebut ayat cliche ni je, 

BLOG AKU SUKA HATI AKU LA KAN? HAHA <------ =P

Okeh, makcik nih nak membebel lagi ni....kalau rasa korang nak baca dan rasa ada function or sekadar nak tumpang lalu pun boleh. No hal lah. Peace no war. Yeah! ( Erk, am I okay? No lalok? Hope so...)

Semalam, erk hari jumaat malam, 22 hb Jun 2012, kami satu kelas untuk pertama kali buat BBQ, hek eleh, apa cer? Kecoh tol lah. Haha. Actually, I feel so much appreciate with our friendship. Sebelum ni aku sambung diploma in quantity surveying kat perak. After finished my diploma, aku ambik keputusan nak berehat buat sementara waktu dari dunia belajar <-----ayat nak macam retis--=P

So, bila dah macam tu bermakna aku dah jauh tinggalkan kawan-kawan diploma aku, dan dorang pun dah sambung degree lepas je habis diploma. Aku pulak, setahun setengah kemudian baru lah terhegeh-hegeh nak sambung degree, tua-tua baru nak sambung belajar. Erk...Aku belum tua sangat lagi pun. Ekceli..saya budak baru belajar. Umur saya 24 tahun. Peace! <------ =P

Bila sambung degree kat shah alam, alam yang aku jumpa ni pun baru bagi aku. Tak kenal sape-sape. But I try to make friend with them dan aku jumpa ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kawan-kawan yang best kat sini. Love u all lah. 

Erk...ermm..yea, aku tau aku sudah melencong dari cerita asal, apatah lagi tajuk asal yang hanya menyentuh beberapa perenggan sahaja. Alamak, dah ting tong pulak rasa!

Kesimpulannya, aku sayang korang sangat-sangat my friends. Walaupun tak semua baca blog aku, sekadar Yana and Dayat je, tapi better korang tak yah baca, kikikih...Sebab, malulah korang tahu aku sayang korang =P..

Aku yakin, aku nak tulis banyak lagi pasal BBQ tu tapi setelah aku tapis-tapis kan. Aku hanya jumpa satu ni je, iaitu...aku sayang korang sangat-sangat. Ceh..

Ok lah, bai =D

Selamat menunaikan solat subuh.

Marilah kita menunaikan solat. Marilah kita menuju kejayaan. amin..


Wednesday, 20 June 2012

Yeayyy....

Assalamualaikum....

Hohoho...tak tau nak letak tajuk apa sebab first thing yang keluar dalam minda sekarang ni adalah satu perkataan yang kalau cari dalam kamus dewan bahasa dan pustaka mungkin tak kan jumpa kot...perkataan tu sah sah adalah yeayyy!!! huh? ye? ianya adalah yeay. Okeh, sila ketuk kepala aku...

Minggu ini adalah minggu terakhir. Haha. Tak habis habis counting minggu dan hari. Minggu terakhir kalau di definisikan oleh seorang pelajar yang bernama aku ini adalah minggu di mana segala kekusutan, ketekanan, keputaran alam, kepeningan kepalaan dan bermacam-macam ke yang menjurus ke arah kekalutan hampir berakhir dan kegembiraan mula di jana dengan berganda...hohoho...

Pagi tadi baru je berakhir pameran model-model constech. Group aku buat pasal RETAINING EARTH WALL dan to be excited that our group get the highest marks and we share the same excellent model presentation with another group yang buat pasal TUNNEL. Sangat awesome dorang punya tunnel. Macam smart tunnel. Lebih-lebih lagi erm....erm...pe ek aku nak cakap erm, k abaikan <--------=P

Dalam banyak-banyak model kat situ aku paling suka model highway dan railway sebab sangat awesome. Ala tak dapat nak tunjuk kat sini kan. Dan tak lupa jugak model-model yang menjayakan pameran ini. Iaitu kami. Haha. Kalau bab bergambar memang tak pernah kalah. Semuanya menang <------- =B

Tadi pergi kelas perancis. Takdek buat pape pun kat sana. Just sembang-sembang dengan madame, sign tandatangan terakhir dan bersalam dengan madame before balik. Huaaa... Ini adalah kelas perancis yang terakhir. Sem depan da tade dah. Hope dapat A ++ haha.. Pesana terakhir dari madame tadi. As a woman, you must travaille bien et travaille beaucoup. Means that, must be hardworking. The reason madame cakap 'as a woman' tadi sebab budak-budak lelaki langsung tak nampak batang hidung dorang. Especially, budak lelaki yang cari gaduh dengan aku 2 minggu lepas. Lepas kena troll balik dengan aku. Terus senyap tak terkata...bhahaha. <------- =E

Okeh, the main reason kami pergi kelas tadi sepatutnya kena hantar video perancis yang kami shooting hari tu. Yeah, setelah di uji dengan salah sorang ahli group yang susah nak bagi kerjasama, kami di uji lagi video corrupt..adeh, sungguh manis ujian ini. Istighfar banyak-banyak kali. Dan aku hampir mati kutu cari jalan penyelesaian, terlepek stress kat bilik yana sambil berusaha 'menghidupkan' video kami. 

Yana cakap," rilek nadyaa, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya" okeh, then aku cuba digest kata-kata yana supaya aku dapat jumpa jalan penyelesaian yang terbaik.

Tinggg!!! Idea datang. 

Apa kata...(sambil tersengih-sengih macam kerang wangi lepas di basuh dengan sabun mandi)....
Mintak extend hantar dan kitaorang shooting balik...wah....bestnyeeeeee...... =P. Semalam kak mas call madame dan mintak hantar hari Isnin. Dan madame cakap, OKAY!! yeyyy! Alhamdulillah.... Je t'aime, madame. Beaucoup je t'aime. weeee.....=D. Tak dapat tidak terpaksalah shooting balik. Harap-harap everything gonna be okay. 

Malam ni ada kelas ganti. Kelas masterbill yang dah berbulan-bulan tertangguh. Sebagai seorang pelajar yang berdedikasi saya mewakili teman-teman sekelas saya yang berdedikasi juga supaya tiada assignment baru yang akan diberikan pada kami pada malam ini. Keprihatinan pihak tuan sangat di hargai...bhahaha...but seriously...pleaseee "=(






Friday, 1 June 2012

Menghitung Hari

Assalamualaikum....

Dah lama dah rasanya tak menulis dan serius rasa sangat rindu nak menaip dalam blog ini walaupun ceritanya tak lah seberapa dan tak sehebat blogger-blogger lain yang punya kisah yang lebih menarik tapi tetap nak menulis, yup, aku sangat gila menaip, kalau ianya tak berkaitan dengan assignment mahupun thesis...sungguh normal jika aku begitu...bhahaha...melawat dari satu blog ke blog yang lain jugak sudah sangat-sangat jarang sebab busy yang terlampau, ni pun aku just amik kesempatan menaip sebab sedang bercuti seminggu di kampung sambil menyiapkan assignment-assignment yang perlu di hantar bila bukak sekolah nanti...fuhhh...7 subjek 7 assignment...*pengsan. Tapi sempat jugak sekali sekala bukak 2 /3 buah blog cuma tak sempat tinggalkan komen je...=D. Nanti kalau dah tak busy saya blogwalking lagi yea kawan-kawan. Rindu nak baca cerita korang sampai lebam =D

Minggu ni, insyaAllah adalah minggu ke 12 dan minggu depan adalah minggu ke 13, minggu selepas 13 adalah minggu ke 14, betul tak, betul tak?? yeayy!! i like minggu ke 14...sebab minggu ke 14 InsyaAllah tahap kebizian akan sampai kemuncaknya dan dalam masa yang sama ianya akan mengendur...macam roller coaster lah....dia akan naik dan turun pada masa yang sama...semua assignment pun akan siap di hantar...pastu bila semua assignment dah hantar kan..kan...(gaya gedik)...Final exam pun bermula...yeayyyy <---------=P


Okie, selamat malam. Aku harap takdek sape-sape masuk dalam mimpi aku lagi dan terangkan apa itu plant and machinery, road and pavement, bridges, railway dan jugak elevator pada malam ini. Sila masuk dalam mimpi aku pada waktu exam sahaja..mwehehehe...ok bai!