Wednesday, 16 May 2012

Stuck + Selamat Hari Guru

Assalamualaikum....

Stuck, yeah..dari pukul 9 malam sampailah pukul 11 malam aku tengah stuck dengan satu soalan ni...Soalan ekonomi. Tanya kawan-kawan dorang pulak belum sentuh lagi soalan nih, semua busy dengan assignment masing-masing, Yana dengan applied study, Hae pulak tengah study bahasa arab esok ada test. Dayat pulak dah selamat tidur. Lupa pulak nak ajak Ain tidur kat bilik aku malam ni, boleh buat soalan ni sama-sama. Kenapakah semua orang busy dengan kerja lain nih?? Hewhew...So, better aku update blog sekejap sambil mencari ilham..harhahar...

ERm...nampaknya ada perubahan kat blog aku nih, membuatkan blog aku nampak sangat pelik, no more purple as usual..haishh...tapi still stay sebagai miss purple. Sebab hidup miss purple bukan hanya berwarna purple, tapi berwarna warni gitu =P..sebenarnya aku ingat nak edit lagi, dah bosan dengan skin template yang sama. (sebenarnya aku cepat bosan =P). Tapi sekejap aku edit pastu aku tinggal macam tu je. Terkejar-kejar dengan assignment...

Sekarang jadual dah bertambah pack bila mana aku memenuhi jadual hujung minggu aku dengan wat part time job somewhere in I-city, hewhew..sangat seronok kerjanya walaupun agak penat. It's okay, kan asalkan kerjanya halal. Maklumlah nak cari duit poket, hujung-hujung sem poket pun makin nipis, hehew..

Macam biasa, nothing much to say walaupun aku rasa ada beberapa ratus huruf akan aku taip. Tapi aku still nak taip kat sini (Gila menaip, kalau lah assignment pun aku segila ni..dushhh!) Tah pape. Macam-macam berlaku minggu ni. Terlalu banyak kelas ganti dan lecturer mula pening dan kami juga dah pening dengan cuti yang akan datang tak lama lagi (Yea...sekali lagi kami dapat cuti semingguuuu!!! =P) sempena dengan cuti hari gawai, tapi awat dapat seminggu? Konpius. Bukan tak suka cuti. Tapi bila dah terlalu banyak cuti, maka banyak jugaklah kelas dan assignments yang pending. Which is, kami kena buat kelas ganti dan yang tak pernah di buat oleh kami lagi sebelum ni, assignment untuk subjek yang sama kami kena wat secara beriringan (hahakk, seiring sejalan gitu) dan akan di hantar pada hari yang sama nanti..Duhhh.

Tapi di sebalik kesibukan tu bila dah dapat cuti ni dapatlah balik rumah dan jumpa family. Yeah, mungkin kami harus berehat bersama-sama family dulu before busy balik. It's okay, kalau tak rasa student life macam ni bila lagi kan, sem depan dah last. Nanti bila dah kerja rindu pulak nak buat assignment balik. Hihihi. Nanti kerja lagi busy, tanggungjawab pun makin besar. Tanggungjawab dengan Allah s.w.t, dengan orang sekeliling, dengan keluarga. Still sama rasanya tanggungjawab ni, tapi LAGI BESAR. Orang yang dah kerja mesti lagi tahu kan. Yelah, selama kehidupan kat universiti ni, tanggungjawab hanya berkisar pada kehidupan dalam university sahaja, tapi bila dah keluar bekerja tanggungjawab pun dah makin meluas.

Tik tok, dah pukul 12 pagi which is dah masuk hari rabu...Hah? Dah rabu? huhu..16 mei...hari guru sudah tiba =D

So, nak buat ucapan sikit sempena hari guru ni...

Selamat Hari Guru kepada guru-guru di Malaysia. Terima kasih kepada cikgu tadika sebab mengajar aku mengenali ABC...., so that aku boleh mengarang. Mengajar aku mengenali 123 so that aku boleh mengira. Kepada guru-guru sekolah rendah terima kasih yang tidak terhingga kerana mengajar aku mengembangkan bakat ABC dan 123. Kepada guru-guru sekolah menengah terima kasih kerana mengajar aku sehingga dapat ke menara gading. Kepada para pensyarah, terima kasih kerana mengajar aku mengenali dunia ini dan menjadi manusia. Kepada pengalaman yang menemani aku sepanjang jatuh dan bangunnya dalam hidup ini dan mengajar untuk menjadi lebih kuat. Selamat hari guru juga. =D

Semoga Allah s.w.t akan sentiasa merahmati dan melindungi kalian. Stay healthy guru-guru ku. Semoga kalian mendapat balasan syurga dari Allah s.w.t di atas pengorbanan kalian. Terima Kasih.





2 comments:

  1. terima kasih terima kasih di atas ucapan tu ye.. heh heh :P

    ReplyDelete
  2. nieza pon cepat bosan ngat design blog..slalu ubah2..huhu

    ReplyDelete