Wednesday, 2 May 2012

Perjuangan untuk esok

Assalamualaikum...

Yeah, esok perjuangan di teruskan lagi setelah interim report untuk thesis dapat di siapkan pada tepat pukul 2.58 pagi sambil printing process is on going...huhu

Esok adalah perjuangan untuk menahan mengantuk dalam kelas Construction Technology pulak. Harus pagi esok aku telan sekampit kopi dulu sebelum ke kelas. Nampak beno menipunye sekampit, setengah gelas cawan pun aku belum tentu dapat habiskan , huhu tapi demi nak menahan mengantuk terpaksa lah relakan jugak tekak walaupun untuk seteguk. Huhu...

Kelas constech esok mungkin bisa membuat mata aku tertutup walaupun lecturer yang mengajar penuh semangat waja dengan loghat kelantan nya. Bhahaha...Nasib baik aku paham, entahlah kawan-kawan yang lain paham ke idok yang bukan dari pantai timur. Tapi aku rasa semua macam faham je, hahaha, hebatlah korang. Inilah yang di namakan 1 budaya 1 malaysia, haha, suka-suka hati aku je mereka-reka pepatah 1 malaysia yang dah jadi famous sejak bermenjak menjak nih. Yelah, semuanya nak 1 Malaysia sekarang kan. =P.Erkk...erm...apa aku melalut nih. 

Tadi masa dok sibuk-sibuk menyaiko antara satu sama lain pasal interim thesis ni, mesej-mesej dengan Ain pasal dia tanya kelas pagi esok jadi ke tak jadi. Sebab yang ini cakap ada kelas yang itu pulak cakap takdek kelas. Hmmm...last-last aku cakap, kita tengoklah macam mana,ain. 

Dan bila nak habiskan our last message tadi ain cakap, 'selamat membuat thesis'. Tapi ayat ain yang paling last aku suka.

 'Buat kerana Allah s.w.t ;)' Aku terkesima. Rasa macam dapat satu sokongan yang kuat.

Yup, buat kerana Allah. Saya rasa saya faham sedikit maksud ini (tukar kata ganti nama kejap). Buat kerana Allah kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai pelajar dan anggaplah ianya sebahagian dari ibadah. Buat kerana Allah lebih ikhlas, bukan kerana kita takut kena sembur dengan supervisor ke, atau bukan kerana kita rasa kita bagus. Buat kerana Allah bukan kerana manusia. Kalau buat kerana Allah kita takkan rasa stress, kan! Saya tak tahu nak terangkan dengan lebih detail macam mana. Saya ada sebuah buku yang menceritakan tentang bagaimana apa yang kita buat kalau semuanya kerana Allah kita takkan rasa benda yang kita buat itu berat. Saya percaya ramai bijak pandai islam yang tahu tentang ini. ;D

Terima kasih, ain sebab mengingatkan saya tentang buat thesis ni tadi kerana Allah s.w.t. Dan Alhamdulillah, dunia yang terasa agak kelam kabut tadi bertukar jadi tenang dan untuk pertama kali saya rasa saya puas hati setakat ini dengan progress thesis saya walaupun saya tahu saya bakal berhadapan dengan komen-komen yang mungkin akan membuatkan kita rasa lemah semangat seperti dialog kawan saya dalam entry saya sebelum ni. Bukankan komen-komen tu semua untuk mengubah kita jadi lebih baik, untuk kerja-kerja kita menjadi lebih baik? =D 

Pape pun all the best kawan-kawan! Hadapi lah hari esok kerana Allah s.w.t! =D




18 comments:

  1. semoga Allah memberkati dan memudahkan segala urusan dunia dan akhirat kmu dear..stay calm n happy=)

    ReplyDelete
  2. masyaAllah, sy selalu buat asgnmnet dgn niat utk dpt yg plg tggi dlm kelas, spatutnya sy kena buat spya Allah lihat usaha sy n bg rzeki, tq for the reminder:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun selalu pikir macam tu..betul kan, kalau niat kita baik semua akan di permudahkan olehNya...=D

      Delete
  3. Bestlahh thesis dah siapp. Hehe. Kelas Constech tu kan sume teori. Sebab tu laa mengantuk kannnn? Apatah lg kalau mlm sebelum tu lambat tidur. Adehhh, mmg rasa nak bwk bantal laa gi kelas Constech tuu. Haha! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lg, sis, yang ni cuma interim je, yang real pnya sem depan baru hantar..=D

      constech jd best kalau tunjuk video pasal construction je, haha, best jgk kan bwak bantal..hehe

      Delete
  4. betul apa yangh awak cakap tu.. sebenarnya apa2pun yaang kita buat kena niat kerana Allah (S.W.T). thanks for the sharing :)

    ReplyDelete
  5. kalau kita buat sesuatu kerana Allah pasti segalanya jadi mudah..good luck sis..:)

    ReplyDelete
  6. Buat kerana Allah Taala..!! ya sangat betul dan saya pun kalau rasa2 lemau atau down...cepat-cepat bantu hati dengan ayat itu...buat kerana DIA kerana kita hidup di alam maya ini pun dengan ehsanNYA...good luck sist!

    ReplyDelete
  7. Salam kenal...

    Semoga Allah permudahkan segala urusan kamu..Amin.....

    ReplyDelete
  8. standard rase nye.. kalau kelas tu boring, aku pun lemah nak blaja -__- <-- pengalaman sendiri.. aku taktau mende interim tapi thesis.. macam susah je.. ape pun.. selamat ye =)

    ReplyDelete
  9. jangan risau,kalau buat sesuatu dengan niat yang ikhlas...everything will just be fine...fighting!hehe :)

    ReplyDelete
  10. yg penting niat tu ikhlas...insyaAllah

    salam singgah n follow sini

    dr,
    afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. buat apae2 pon kalau kerana Allah, insyallah berjaya :)

    ReplyDelete
  12. lisa pernah rasa macamtu. buat kerana Allah mesti tak rasa kerja yang kita buat berat :)

    ReplyDelete
  13. all the best.. :)
    muga sentiasa tabah mngahadapi apa jua rintangan..

    ReplyDelete
  14. all the best! semoga tabah menghadapi segalannya..thesis dah siap ya..

    ReplyDelete
  15. Bila hati ikhlas semua kerja jadi ringan :D.Rindu Miss Purple lama tak singgah sini!

    ReplyDelete