Monday, 21 May 2012

Hit the light


Sunday, 20 May 2012

undefined

Assalamualaikum...



After a whole day spending my time with blog crossing, sleeping, and sticking on the laptop's screen for hours as if I was very hardworking student to complete my assignment bhahaha...but the truth is NOTHING...i just having my sweet time but i got nothing, damn me! but this evening after having my deep sleep, I mean several hours ago, suddenly I got back my spirit to be the real hardworking student...bhahaha...

Yeah, I'm trying to translate several flowchart about the construction management into words and now suddenly I was 'English' in writing in this post. Please not to be confused, this is the real miss purple who is trying to write in english. If my english is sucks then please blog crossing or flying to another blogs that have better super duper English (I'm not emotional, just too excited. But hey, it's rare for me to have this feeling, Bhaha). 

Yeah, as I was writing this post and have my sweet time while Ain my guest, Mira and Wani is sleeping and Kak Long with her wonderful landscape design that always makes me gasping, it was already 2.24 am as to mention that I planned not to sleep tonight until Subuh as to complete the translation. Huh! 

The truth is, this translation works was accompanying with chinese and korean's songs from ONE FM, the chinese radio station. Crazy! Haha...Not really understand chinese language and just little understanding of korean language but it's still will do. 

A week to go, yeahh...holiday, vacation whatever words that may have similar meaning is just around the corner. Can't wait but at the same time feeling the load is loading too much on the shoulders. What else other than assignments that never can be negotiate with. 

Just want to write something in the morning. Pray for tomorrow, hope it will be better than today and today will  be better than yesterday (As i'm confusing it is today or yesterday..heh =P)

Have a cup of coffee everyone!! This person is crazy in writing right now and have a fun with chinese's song named Lang Man Pai by SODA...


Wednesday, 16 May 2012

Stuck + Selamat Hari Guru

Assalamualaikum....

Stuck, yeah..dari pukul 9 malam sampailah pukul 11 malam aku tengah stuck dengan satu soalan ni...Soalan ekonomi. Tanya kawan-kawan dorang pulak belum sentuh lagi soalan nih, semua busy dengan assignment masing-masing, Yana dengan applied study, Hae pulak tengah study bahasa arab esok ada test. Dayat pulak dah selamat tidur. Lupa pulak nak ajak Ain tidur kat bilik aku malam ni, boleh buat soalan ni sama-sama. Kenapakah semua orang busy dengan kerja lain nih?? Hewhew...So, better aku update blog sekejap sambil mencari ilham..harhahar...

ERm...nampaknya ada perubahan kat blog aku nih, membuatkan blog aku nampak sangat pelik, no more purple as usual..haishh...tapi still stay sebagai miss purple. Sebab hidup miss purple bukan hanya berwarna purple, tapi berwarna warni gitu =P..sebenarnya aku ingat nak edit lagi, dah bosan dengan skin template yang sama. (sebenarnya aku cepat bosan =P). Tapi sekejap aku edit pastu aku tinggal macam tu je. Terkejar-kejar dengan assignment...

Sekarang jadual dah bertambah pack bila mana aku memenuhi jadual hujung minggu aku dengan wat part time job somewhere in I-city, hewhew..sangat seronok kerjanya walaupun agak penat. It's okay, kan asalkan kerjanya halal. Maklumlah nak cari duit poket, hujung-hujung sem poket pun makin nipis, hehew..

Macam biasa, nothing much to say walaupun aku rasa ada beberapa ratus huruf akan aku taip. Tapi aku still nak taip kat sini (Gila menaip, kalau lah assignment pun aku segila ni..dushhh!) Tah pape. Macam-macam berlaku minggu ni. Terlalu banyak kelas ganti dan lecturer mula pening dan kami juga dah pening dengan cuti yang akan datang tak lama lagi (Yea...sekali lagi kami dapat cuti semingguuuu!!! =P) sempena dengan cuti hari gawai, tapi awat dapat seminggu? Konpius. Bukan tak suka cuti. Tapi bila dah terlalu banyak cuti, maka banyak jugaklah kelas dan assignments yang pending. Which is, kami kena buat kelas ganti dan yang tak pernah di buat oleh kami lagi sebelum ni, assignment untuk subjek yang sama kami kena wat secara beriringan (hahakk, seiring sejalan gitu) dan akan di hantar pada hari yang sama nanti..Duhhh.

Tapi di sebalik kesibukan tu bila dah dapat cuti ni dapatlah balik rumah dan jumpa family. Yeah, mungkin kami harus berehat bersama-sama family dulu before busy balik. It's okay, kalau tak rasa student life macam ni bila lagi kan, sem depan dah last. Nanti bila dah kerja rindu pulak nak buat assignment balik. Hihihi. Nanti kerja lagi busy, tanggungjawab pun makin besar. Tanggungjawab dengan Allah s.w.t, dengan orang sekeliling, dengan keluarga. Still sama rasanya tanggungjawab ni, tapi LAGI BESAR. Orang yang dah kerja mesti lagi tahu kan. Yelah, selama kehidupan kat universiti ni, tanggungjawab hanya berkisar pada kehidupan dalam university sahaja, tapi bila dah keluar bekerja tanggungjawab pun dah makin meluas.

Tik tok, dah pukul 12 pagi which is dah masuk hari rabu...Hah? Dah rabu? huhu..16 mei...hari guru sudah tiba =D

So, nak buat ucapan sikit sempena hari guru ni...

Selamat Hari Guru kepada guru-guru di Malaysia. Terima kasih kepada cikgu tadika sebab mengajar aku mengenali ABC...., so that aku boleh mengarang. Mengajar aku mengenali 123 so that aku boleh mengira. Kepada guru-guru sekolah rendah terima kasih yang tidak terhingga kerana mengajar aku mengembangkan bakat ABC dan 123. Kepada guru-guru sekolah menengah terima kasih kerana mengajar aku sehingga dapat ke menara gading. Kepada para pensyarah, terima kasih kerana mengajar aku mengenali dunia ini dan menjadi manusia. Kepada pengalaman yang menemani aku sepanjang jatuh dan bangunnya dalam hidup ini dan mengajar untuk menjadi lebih kuat. Selamat hari guru juga. =D

Semoga Allah s.w.t akan sentiasa merahmati dan melindungi kalian. Stay healthy guru-guru ku. Semoga kalian mendapat balasan syurga dari Allah s.w.t di atas pengorbanan kalian. Terima Kasih.





Saturday, 5 May 2012

Hidup macam roller coaster!! =P

Assalamualaikum....

Today is erm...tengok jam dah pukul 1.38 am,oh, so hari ni hari sabtu lah ye? hoho..tapi jumaat is yesterday? erm..hum hum, okeh! Apakah yang aku nak cakap ni sebenarnya? As usual, takdek benda penting pun. Just kehidupan yang macam roller coaster. Kejap naik kejap turun. Dan untuk entry yang sebelum ni Terima Kasih banyak-banyak for all your wishes dan Alhamdulillah everything went well. Not so perfect either perfect but it is already perfect to me. Haha...

Masa hantar interim thesis hari rabu pagi, supervisor check kejap dan ada something aku tertinggal. Puan supervisor bagi aku tambah balik apa yang tertinggal. So dia tanya bila boleh hantar? Erm aku mintak hantar petang sebab petang tu aku ada kelas perancis, so aku nak hantar lepas kelas perancis lah,So, (berapa banyak so daa) aku pun tambah la apa yang patut di tambah tapi hakikatnya penambahan aku tu membuatkan aku rasa nak print semua balik. 

Di sebabkan aku tokey printing services,hewhew aku pikir no hal lah. Tiktok tiktok jam dah nak dekat pukul 2, aku pikir takpelah masuk lambat lah sket kelas perancis, lepas dah siap repair dengan senang hati aku tinggalkan printer dengan tanggung tapi tak jawabnya sebab dia printer dia pandai tanggung je dia tak pandai jawab <-------- =P. 

Dan aku pergi toilet. Ambik wudhuk. Nak solat zohor. Balik je bilik aku tengok hancus kerja aku...check2, rupa2nya dakwat dah habis. Solat dulu. Then bukak printer masukkan dakwat tapi laptop tak dapat detect ink....cobaaaan!! Aku cuba bertenang. Ingatkan Allah s.w.t. Kalau tak dah lama aku nangis guling-guling kat situ, haha. <-----tipu =P. Paling tak aku gelabah sampai tertumpah ink, sebab aku tau aku memang careless, tapi Alhamdulillah everything still going smoothly walaupun kekalutan muncul di situ. 

Apa yang aku perlukan masa tu adalah printing untuk beberapa helai pages yang tak sempat di print sebab kehabisan dakwat dan juga masa. Yeah aku tak kisah hantar pukul 4 pun, tapi ada satu benda aku perlu korbankan. Kelas perancis. Diba mesej tanya kat mana, aku cakap kat bilik lagi dan kemungkinan besar aku terpaksa ponteng.

Aku lari ke bilik Yana, tumpang print kat sana. Alhamdulillah ada tokey printing services yang sorang lagi ni, hehe...berkampung kat bilik yana kejap settle semua then kitorang gerak gi Faculty. Yana dan Kak Nisa ada kelas Jepun so aku join dorang sekali. Tapi ada dugaan lain pulak, hujan turun lebat sangat-sangat, kilat sabung menyabung, angin bertiup sampai nak tercabut atap <------- walaupun aku tak nampak ada atap yang nak terbang kat situ =P .Tunggu beberapa minit kat cafe, hujan still tak reda. Last-last kitaorang redah dengan payung yang hampir nak tercabut sebab angin yang kuat sangat. Kain baju kurung dah basah. Redah je lah....

Sampai kat faculty, pergi bilik supervisor. Hantar interim. Dah. Settle. Alhamdulillah. Aku pun balik dengan gembira sambil tersenyum sorang-sorang. Hahaha. Nasib baik takdek orang tengok, kalau tak sah orang  ingat aku gila. Bhahaha...Aku senyum sebab aku rasa hari hujan yang seolah-olah beribut bertaufan tu, kelihatannya sungguh indah....Walaupun aku terpaksa meredah air yang hampir menenggelamkan kaki aku, tapi...yeah...ianya masih indah...(Lompat bintang!! =P)


Tak faham, apa yang hepi sangat sebenarnya? Haha...sebab rasa macam separuh dari sepuluh kilogram beban dah hilang...=D

Okeh, hari sabtu i.e hari ni pukul 8.10 am nanti ada aktiviti kolej. So, tak sabar nak tunggu, boleh bersukaria dengan kawan-kawan di hari minggu ini. Hewhew...

1st note :  Malam nanti ada dua aktiviti yang aku harus pilih salah satu, kelas bahasa korea or part time job...hummm, let's see...(Kelas bahasa korea tak masuk silibus pun, aku just belajar suka-suka je)



Wednesday, 2 May 2012

Perjuangan untuk esok

Assalamualaikum...

Yeah, esok perjuangan di teruskan lagi setelah interim report untuk thesis dapat di siapkan pada tepat pukul 2.58 pagi sambil printing process is on going...huhu

Esok adalah perjuangan untuk menahan mengantuk dalam kelas Construction Technology pulak. Harus pagi esok aku telan sekampit kopi dulu sebelum ke kelas. Nampak beno menipunye sekampit, setengah gelas cawan pun aku belum tentu dapat habiskan , huhu tapi demi nak menahan mengantuk terpaksa lah relakan jugak tekak walaupun untuk seteguk. Huhu...

Kelas constech esok mungkin bisa membuat mata aku tertutup walaupun lecturer yang mengajar penuh semangat waja dengan loghat kelantan nya. Bhahaha...Nasib baik aku paham, entahlah kawan-kawan yang lain paham ke idok yang bukan dari pantai timur. Tapi aku rasa semua macam faham je, hahaha, hebatlah korang. Inilah yang di namakan 1 budaya 1 malaysia, haha, suka-suka hati aku je mereka-reka pepatah 1 malaysia yang dah jadi famous sejak bermenjak menjak nih. Yelah, semuanya nak 1 Malaysia sekarang kan. =P.Erkk...erm...apa aku melalut nih. 

Tadi masa dok sibuk-sibuk menyaiko antara satu sama lain pasal interim thesis ni, mesej-mesej dengan Ain pasal dia tanya kelas pagi esok jadi ke tak jadi. Sebab yang ini cakap ada kelas yang itu pulak cakap takdek kelas. Hmmm...last-last aku cakap, kita tengoklah macam mana,ain. 

Dan bila nak habiskan our last message tadi ain cakap, 'selamat membuat thesis'. Tapi ayat ain yang paling last aku suka.

 'Buat kerana Allah s.w.t ;)' Aku terkesima. Rasa macam dapat satu sokongan yang kuat.

Yup, buat kerana Allah. Saya rasa saya faham sedikit maksud ini (tukar kata ganti nama kejap). Buat kerana Allah kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai pelajar dan anggaplah ianya sebahagian dari ibadah. Buat kerana Allah lebih ikhlas, bukan kerana kita takut kena sembur dengan supervisor ke, atau bukan kerana kita rasa kita bagus. Buat kerana Allah bukan kerana manusia. Kalau buat kerana Allah kita takkan rasa stress, kan! Saya tak tahu nak terangkan dengan lebih detail macam mana. Saya ada sebuah buku yang menceritakan tentang bagaimana apa yang kita buat kalau semuanya kerana Allah kita takkan rasa benda yang kita buat itu berat. Saya percaya ramai bijak pandai islam yang tahu tentang ini. ;D

Terima kasih, ain sebab mengingatkan saya tentang buat thesis ni tadi kerana Allah s.w.t. Dan Alhamdulillah, dunia yang terasa agak kelam kabut tadi bertukar jadi tenang dan untuk pertama kali saya rasa saya puas hati setakat ini dengan progress thesis saya walaupun saya tahu saya bakal berhadapan dengan komen-komen yang mungkin akan membuatkan kita rasa lemah semangat seperti dialog kawan saya dalam entry saya sebelum ni. Bukankan komen-komen tu semua untuk mengubah kita jadi lebih baik, untuk kerja-kerja kita menjadi lebih baik? =D 

Pape pun all the best kawan-kawan! Hadapi lah hari esok kerana Allah s.w.t! =D




Tuesday, 1 May 2012

Dugaan~~

Assalamualaikum....

Bukak je FB, on je YM terus kena saiko....

Hai, dah bape page wat interim?

Erk

Hai, 10 page


Owh, sama lah, tak tau nak tulis apa dah ni

Paling best bila baca post kawan-kawan kat FB

Aku rasa nak muntah, pengsan, mulut berbuih, gara-gara nak siapkan thesis


Cis

Yang paling bagus kenkawan tolong support

It's okay, tu tandanya kau kena jumpa bomoh

Dan dia jawab

nk xnk mmg kne jmp bomoh aka dukun da...nme die en.halim...esk aku kne jmp...waaaaaaaaaaa!!kronik3...

kawan yang sangat supportive balas


en halim best! hidup en halim!

dan empunya diri balas

hahaha....hidup en halim...mampuih aku....kne sembur ngn die esk...kah3!


Mat ko doakn aku ek..mntak2 die jampi srapah cket2 je..tkut bbuih aku nnt...huhuhu(tkut3)


Hahaha, sindrom-sindrom kena hantar interim report kat supervisor esok- sory pudin aku amik korang punya chat tanpa kebenaran, bhahaha


Kesimpulannya : pulun dan pulun lagi tapi tak nak la sampai berbuih mulut, tak pasal-pasal tak sempat habis degree. choiiii!!!


Papepun kawan-kawan sekalian. All the best for tomorrow!!!