Tuesday, 24 April 2012

Selamat bercuti ~~~lalala

Assalamualaikum....

Macam hepi semacam je aku nih nak bercuti, al maklumlah musim bertunang dah tiba, erkk?? ermm..maksud aku, bebudak kelas aku ramai yang bertunang time cuti mid sem ni. termasuklah aku, bertunang dengan thesis, yeayy. congratz tu me, and also to fatin dengan her real couple lah. haha...Dan tak ketinggalan miss nina, budak kelas aku jugak yang telah bertunang pada bulan lepas, tahniah akak sweet =)

Dalam post ini hari, aku bukan nak cerita pasal kawan-kawan aku yang dah bertunang. Tapi just randomly speaking, macam biasa. Tak dek hal yang seronok sangat pun tentang hidup aku melainkan thesis, dan kehidupan normal sebagai student. Dan aku happy dengan life yang macam ni. Tapi tiba-tiba teringat borak-borak aku dengan Dayat.



Dayat pernah tanya aku :

"Dyaa, bila nak kahwin?" cis..tetiba tanya pasal kahwin. Aku cakap esok aku kahwin. Erk.

Dayat pernah tanya aku lagi :

"Dyaa, tak pernah risau dan tak pernah terfikir ke nak cari pasangan" erk?? perlukah aku risau. Pertanyaan Dayat tu yang buat aku risau sebab dia tanya aku dengan nada yang serius sampai aku rasa nak tertidur.Zzzzz...

Orang nampak aku cool, ain kata aku cool, yana kata aku cool, dayat kata aku relax je. Dan Dayat kata aku ni hati batu, agak-agak macam kalis cinta gitu. Tapi aku risau bila korang buat-buat serius pasal hati dan perasaan ni, thanks my friend sebab nampak macam risau sangat dengan aku nih. Haha..

Thanks, A million thanks, Jangan risau, kawan-kawan. Saya sebenarnya sedang memperbaiki diri. Terlalu banyak kekurangan diri. Lagipun, saya perlu membahagiakan keluarga saya dulu, tamatkan ijazah, dapat kerja yang bagus, dan balas jasa ibu bapa yang pastinya jasa mereka tak mampu di balas dengan kerja saya yang bagus sekalipun. 

Masih banyak kekurangan. Mungkin definisi orang tentang cara mereka berpasangan berbeza. Misalnya, mereka bercinta sewaktu belajar dan sudah boleh merancang masa depan. InsyaAllah kalau di jodohkan oleh Allah tiba masanya dah boleh kahwin. 

I'm not bother about it. Jalan yang aku lalui berbeza. Yep, setiap orang punya jalan yang berbeza bagaimana mereka bertemu dengan pasangan masing-masing. Aku tidak bercinta dengan sapa-sapa pada waktu belajar ini walaupun sebelum ini selepas habis diploma pernah bercinta dengan lelaki yang masa tu aku fikir, yeaahh, dia lah soulmate ku. Tapi Allah s.w.t kata tidak lalu selepas beberapa bulan kami putus.

Di kesempatan ruang single ini, biarlah aku ambik masa untuk memperbaiki diri, tidaklah mahu menjadi terlalu sempurna, tapi cukuplah kalau cinta aku terhadap lelaki itu suatu hari nanti membuatkan aku tidak lupa untuk mencintai Allah s.w.t. Sebab andainya di kecewakan satu hari nanti, Allah s.w.t masih ada. Andainya jatuh, perit, Allah tetap masih ada. Dan cinta pada lelaki itu, adalah cinta yang HALAL.


Mona cakap :

"Kita dah single"

Aku tanya :

"Kenapa?"

Mona cakap : 

"Sebab nak jadi macam Dyaa, Dyaa kata single best"

Erk. It just my point of view toward my self, dear. I know you tried hard to hide your feeling. Just be strong, dear. You'll find a better man.



1st note : aku tau tajuk aku dan isi cerita ini jauh beribu kilometer bezanya, aku memang fail kasi tajuk, bhahaha..dan aku sememangnya tak pandai berkata-kata tentang cinta. Tapi aku pasti aku masih punya sekeping hati. 

2nd note : Allah s.w.t sengaja mahu kita bercinta dengan orang yang salah supaya__________________
in my opinion: 
# mahu kita lebih menghargai orang yang selalu di sisi kita
# mahu beri peluang kita perbaiki diri dan dapat seseorang yang lebih baik lagi
# mahu kita jadi lebih matang lagi untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran-rumah tangga
# mahu kita bertemu dengan orang yang betul-jodoh yang sebenarnya.




4 comments:

  1. marilah kita sama2 memperbaiki kekurangan diri kita...kita sama

    ReplyDelete
  2. Itu sume rancangan Allah kan kannn? Single bukan tableh happy pun kan? Hehe. Selamat bertunang dan menempuh alam bahagia dengan thesis, ya! :P

    ReplyDelete
  3. aku pun sedang memperbaiki diri.. bila single ni terasa ringan beban di kepala hotak daripada memikirkan seseorang belum tahu akan jadi isteri atau tidak kelak.

    ReplyDelete