Wednesday, 18 April 2012

Lawatan ke ASDAF- lawatan yang sama-sama mendapat kerberkatanNYA, Amin...


Assalamualaikum....

Seperti yang telah di gembar-gemburkan oleh aku sebelum ni tentang lawatan ke rumah anak-anak yatim di ASDAF, hmmm...aku tak cakap pun kat ASDAF dalam entry yang lepas kan, sebab aku konon-konon merajuk sebab sebelum ni pernyertaan itu sudah full, so aku just fokus kat kerja-kerja assignment aku je lah tanpa tahu ke manakah lawatan itu, huhu, tapi di saat-saat akhir aku telah di beri peluang oleh Allah s.w.t untuk turut bersama-sama dalam lawatan tersebut. Alhamdulillah.....


Pengalaman pergi ke sana sangat-sangat berharga, yea...mungkin lah kami pergi ke sana kerana nak dapatkan kupon untuk dapatkan kolej semester depan tapi lebih dari itu apa yang kami dapat adalah peluang untuk rasa bersyukur dengan lebih besar. Kenapa erk? Sebab, mereka bukan sahaja terdiri dari kalangan anak-anak yatim(tapi majoriti bukan anak-anak yatim sebenarnya, hanya segelintir sahaja), mereka bukan sahaja terdiri dari anak-anak orang susah, tapi mereka sangat-sangat istimewa. Mereka adalah kanak-kanak yang di pilih oleh Allah s.w.t untuk menikmati nikmat Islam. Hmm...kenapa begitu? Sebab mereka terdiri daripada anak-anak orang asli yang telah di bawa ke rumah ASNAF untuk di besarkan dengan cara hidup islam. Mereka mungkin pada awalnya di lahirkan dalam keluarga yang bukan Islam, walaupun Islam datang lewat sedikit dalam hidup mereka tapi masih belum terlambat untuk mereka mengenali Islam dengan lebih lagi.  Dan apa yang sangat menarik tentang mereka lagi, mereka mempunyai minat yang sangat tinggi untuk tahu pasal apa itu ISLAM. Sampaikan masa sesi soal jawab dorang tanya soalan-soalan yang tak tercapai di akal. Penceramah yang terdiri daripada student-student lelaki pun apalagi pening nak menerangkan. HEHEHE...


Kebanyakan pelajar-pelajar yang ada kat situ terdiri dari umur yang sangat muda (aku lupa berapa tahun paling muda) dan yang paling tua bakal menduduki SPM tahun ini. Hmm...borak-borak dengan dorang buat aku fikir macam manalah kalau aku kat tempat dorang. Kecik-kecik dah berpisah dari mak dan ayah jauh dari pedalaman, datang ke bandar yang mana di tempat yang penuh dengan keberkatan. Demi mendapatkan nikmat ISLAM yang lebih sempurna berbanding di tempat asal, mereka lah antara manusia-manusia terpilih. Sangat terharu. Buat aku rasa bersyukurnya di lahirkan dalam keluarga ISLAM sejak dari awal. Di lahirkan dan di besarkan terus dengan kehidupan ISLAM tanpa perlu berpisah dengan mak dan ayah.
Tapi pengorbanan mak dan ayah dorang pasti akan di beri balasan yang sangat baik oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.....





The best part kat sana bila dapat bersama-sama dengan adik-adik ni bergotong royong membersih dan menghias tempat tinggal yang penuh dengan kasih sayang Allah ini.

Kami dari kolej Anggerik pakai baju kaler Purple, Hehe...sama dengan tema blog nih =P
Adik-adik ASNAF pakai baju kaler Hijau.


Gambar di atas adalah group yang membersih dan menghias bilik mesyuarat so aku tidak tergolong di dalam group ini, haha. Kami sebenarnya di bahagikan kepada 10 group, group aku membersihkan persekitaran dan kawasan sekitar pejabat.



Ermm...ya mungkin ini adalah kawasan persekitaran, dorang tengah memberus pintu pagar yang berlumut, dan aku jugak tidak termasuk di dalam gambar ini, sebab aku tidak berada di sekitar sini. Huh?? curi tulang? oh, tidak... sebab kerja aku di sini...

"
"
"
"
"
"
"
"

Tadaa...cantik tak, huhu, idea nak menghias tak berapa nak ada sebab dah lama tak ambik subjek pendidikan seni. hehe, ingat nak lebih kreatif lagi tapi puas dok pikir ini sahajalah idea yang ada. Kawasan ini adalah kawasan sekitar pejabat. Yang dalam gambar tu bukan aku, aku tidak setinggi itu, haha. 



Ini dewan makan mereka, sedang di bersihkan dan di hias oleh kakak-kakak purple bersama-sama adik-adik hijau.



Kat atas ni group bahagian asrama perempuan. Akak-akak purple ni tengah menggunting-gunting hiasan-hiasan yang nak di tampal kat dinding dan pintu. Kreatif dan kritis kan, hehe, eh, kenapa tiba-tiba aku sebut kritis!! dan kat bawah pulak gambar kakak-kakak purple tengah menyusun buku-buku dan barang-barang adik-adik.

Aku satu group dengan yana dan fizan, sambil-sambil buat kerja borak-borak dengan adik-adik.

"Akak balik nanti pukul berapa?"

erk?

"Kenapa? Tak suka ke akak-akak datang sini?"

"Tak lah, nanti akak-akak balik, kami boring..."

Owh...haha...Nasib baik..

Masa nak hias guna reben pulak yana bagi idea nak buat bunga guna reben, aku gulung-gulung konon-konon nak buat bunga, last-last hancus...apa pun tak boleh, aku toleh kat sebelah aku dan adik sorang ni tengah khusyuk menganyam...perghhh...menganyam tuh, guna reben macam menganyam tikar, aku dah excited, 

"adik, ajar akak macam mana nak anyam macam tu"

dan dia mula tunjuk, aku ikut je, tapi agak complicated, aku dah pening kejap pusing sana kejap pusing sini, perasaan excited nak belajar menganyam dah menurun. Last-last...

"apa kata adik sambung buat yang akak punya nih" ciss...buat malu je, hahakk. Masa dia buat aku fokus nak tengok arah mana dia selit reben tu, kot-kot aku dapat tangkap dan pandai nanti boleh bukak bisnes jual tikar, bahahaha, tapi hancus jugak, still tak paham.

"Kat kampung selalu buat ek?" tanya aku.

"Ha'ah, selalu kitaorang pakai kat kepala masa tarian"

owh...owh....(perasaan teruja berganda dalam diri)



Masa ni ceramah di berikan oleh 3 student lelaki tentang IMAN dan ISLAM dan mereka sangat teruja mendengarnya. Dan tanpa ragu-ragu dorang terus bertanya soalan tentang Islam tanpa di tanya oleh penceramah "ada soalan tak?" dan tanpa perlu menunduk atau mengalihkan eye contact. They just ask right away! I'm impressed! Mereka sangat teruja belajar tentang ISLAM. I feel touched.


Ini adalah pengetua ASNAF, beliau adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan asrama ASNAF ini. Melihat kemesraan beliau bersama-sama adik-adik ASNAF yang mesra di panggil ABUYA oleh adik-adik di sini membuatkan kami rasa beliau tidak ubah seperti seorang bapa yang menjadi dahan tempat adik-adik di sini bergantung.




Kami dan ASNAF
harap pertemuan ini memberikan seribu satu makna
Dan aku mengerti, 3 tawaran sebelum ini adalah panggilan dari Allah s.w.t untuk bersama-sama dengan mereka.




1st note : Kalau kita ingat kita susah, kita menderita, ada lagi orang yang lebih susah, lebih menderita, jadi belajarlah untuk sentiasa bersyukur (peringatan untuk diri sendiri jua)

2nd note : Beruntungnya kita yang di lahirkan dalam keluarga yang sudah Islam, mengenali Islam, mengenali ALLAH yang satu sedari awal, mak dan ayah hantar mengaji al-quran sejak kecil lagi bila balik rumah boleh sama-sama mengaji, menyebut ayat-ayat Allah, tapi mereka harus berpisah dengan keluarga, keluarga hantar mereka pergi mengaji tapi mereka tidak boleh terus pulang lepas habis mengaji macam kita dulu-dulu, mengaji di asrama yang jauh dari mak dan ayah, umur pula ada yang sangat muda, betapa cekal, tabah dan kuatnya semangat mereka untuk mengenali Islam, jadi belajarlah untuk bersyukur dengan nikmat iman dan islam yang sudah dikenali dan di miliki dalam keluarga Islam kita. (peringatan untuk diri sendiri jua).

3rd note : i do not own all these photos, all above pictures was taken from kolej anggerik fb. 


6 comments:

  1. what u are doing...no words can describe...truly wonderful... :)
    have a blessed wednesday,dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. to meet them was a truly wonderful =D
      thanx, mr.clive ^_^

      Delete
  2. A very joyful visit :D
    Betul tu rasa bertuah sgt dilahirkn dlm keluarga Islam.
    Antara yg dpt hidayah...huhu diorg ni mesti terer gila menganyam ni! Hehe kraftangan pun mesti best..
    Huhu majoriti bukan anak-anak yatim ea?
    Tp rase sedih klu melawat anak-anak yatim...XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. very joyful,dear
      kan, rasa bersyukur sgt2
      yeah, mereka sgt kreatif,
      setelah di selidik kbnyakannya masih ada mak dan ayah, tp ada jgk anak2 yatim.

      Delete
  3. May Allah grant you something because of your grace heart..saya sentiasa berasa sedih kalau melawat mereka ini..kerana berasa diri sangat beruntung dan kadang kala lupa untuk bersyukur kepadaNya...teruskan berbakti ya miss purple.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx a lot, lady windsor =D
      i just hope that they will still remain in ISLAM and be Muslim for the whole of their life and till JANNAH, insyaAllah,amin, because they are chosen.

      Delete