Thursday, 12 April 2012

Keje di tengah malam

Assalamualaikum...

kerja-kerja seorang setiausaha yang sangat setia pada kerjanya *pang

Di tengah-tengah malam ni aku sedang menyiapkan kerja-kerja sebagai seorang setiausaha yang sangat setia. Setia di temani oleh laptop dan printer epson ku yang aku tak berapa nak memahami nya lagi. Harus lah aku tak faham sebab ini printer baru yang aku beli beberapa hari yang lalu setelah di sogok oleh Yana dan Dayat supaya membeli dengan alasan tengah pc fair dan harga pun sedang murah. Katanya berdasarkan promosi dari pakcik printer yang EPSON susah nak dapat harga sebegitu murah kalau takdek PC fair sebegini. Huaaa...bagai orang mengantuk di sorongkan bantal dan bagai orang kaya di ulangi BAGAI BAGAI BAGAI orang kaya yang tak berapa nak kaya dan berbekalkan duit Pitih Pitih Hen aku pejam mata dan cuba apa saja...ohoiii...Lagipun senang nak mem print interim thesis aku yang perlu di hantar sebelum cuti mid sem minggu depan. *pengsan. Dan boleh buat bisnes sket kan, harhar...Tak amik mahal-mahal pun dah kira cukup cover harga printer pun okay, hahaha, jangka masa nak cukupkan harga printer takdek lah due date yang sangat dekat cukuplah before abes sem 5 ni...huhuhu...target-target!!!

Oh, kenapakah aku cakap aku sedang membuat kerja-kerja seorang setiausaha, kerana (ceh, cam nak buat karangan pulak) aku sedang memprint minit meeting untuk 4 minggu meeting yang telah di reject oleh encik client iaitu merangkap supervisor untuk group aku. Huhu...

"Minit meeting korang ni hancur" tegas client kami setelah sesampainya beliau di wakaf tempat kami mengadakan meeting, maklumlah client kami sukakan open air dan kami lagi suka, boleh tengok-tengok orang-orang yang lalu lalang lebih-lebih lagi time kena marah, takdelah rasa sentap sangat, hahaha.. Tapi mujurlah setiusaha ni bergilir-gilir setiap minggu, at least takdek lah sorang-sorang kena marah sebab the fact is kitaorang memang seolah-olah sedang berhadapan client yang benar-benar cerewet..haha...Practice berhadapan dengan client cerewet nih, sangat teruja gitu...=P

"Korang punya questionnaire ni hancur" dan lagi. Nasib baik Hazim bijak menepis serangan. Itu cerita minggu lepaslah, minggu ni setelah team questionnaire dan team minute meeting berhempas pulas melakukan amendment dan akhirnya saat-saat berhadapan dengan client yang penuh debaran berakhir sudah.

"Okeh, pass" Alhamdulillah...victory, victory..yahooo... 

Dan esok adalah meeting yang ke 5. Memandangkan minggu lepas aku jadi setiausaha so untuk esok aku kena buat agenda untuk meeting. Dah siap pun cuma nak print je nih. Tadi aku chat dengan Tarmimi kat FB,

"Weh, esok kau jadi chairman tau, aku dah letak nama kau dalam agenda sebagai chairman esok"

"Hah??? Chairman kena buat apa weh?" buat tak tau je jawab aku dalam hati.

"Alah, buat ape je pun, ko tengok dorang-dorang sebelum ni buat apa je" hahaha, memang takdek buat apa pun, takdek mukadimah terus kena hentam dengan client, mana sempat nak bukak majlis mesyuarat dengan ucapan alu-aluan chairman, hahaha, ganas tak?

"Apa aku dapat kalau jadi chairman, dapat elaun tak?" ciss, ada hati nak mintak elaun. hahaha

"Kau mintak lah dengan Ramzul"

"Kau kan S U, kau buat la surat mintak elaun" hahaha, yoyo oo je mamat nih. 

"Masalahnya aku sebagai setiausaha ni pun tak dapat elaun tau tak" haha...so aku melayan je kepala mamat nih. Tanpa ku sedar aku ada online test perancis selepas itu, ciss...dan bla bla bla...

Hadoii...printer ni pulak aku masih tak paham. Harus bagaimanalah ko ni, mau la patah jari aku nak tekan satu-satu, memang EPSON takdek butang yang boleh kita tekan untuk POTOSTAT berapa keping yang kita nak eh? Tak dek ke? Sapa tahu? huhu...

Aku sekarang nih sambil berblogging sambil aku tekan butang potostat, satu satu pulak tu. Aku nak 11 set untuk 4 minggu punya minute meeting, satu set ada yang 2,3 4 helai, tak tentu,...so jenuh la menekan butang, bila terlebih satu memang geram la, yelah mata ke mana, tangan ke mana, bhahaaha..so aku terbalikkan kertas yang terlebih potostat tu dan guna ruang kosong kat belakang tu untuk potostat balik, heh..nak jimat, ye aku sedang membantu company kitorang melakukan penjimatan apa? Kalau bankrup sapa susah? bos jugak yang susah, client jugak yang lari...bahaha..

Okey lah, setakat ni je lah aku membebel, Mira dah tidur dengan nyenyaknya tadi mati-mati ku ingat dia mahu stay up dengan aku. Takpelah...sob sob...aku teruskan je lah kerja aku.


9 comments:

  1. Hoho dlm byk2 jawatan SU lah pling byk kerja T_T,
    President je byk mengarah mmg la kan dah nama pun presiden XDDDD hehehee.Tp apa2 pun bila ikhlas semua kerja lancar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, SU mmg paling banyak keje wlupun kejenye nampak cam senang je, tapi still banyak..haha

      Yep...harus ikhlas baru lah berkat XD

      Delete
  2. yesza. walaupun saya tak ada setiausaha, tapi saya tau memang keje su ni sangat2 baanyak.

    Peliknya. tak mungkin lah kena tekan satu2 untuk potostat. cube awak google

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tau sebenarnya kerja SU ni banyak sangat2.., sebab yg banyaknya kena buat mnit meeting n nk potostat banyak2 guna printer sndiri bkn printer besar kat kdai, haha

      Yep, google adalah jalan penyelesaian masa kini, haha.., thanks XD

      Delete
  3. akak pun nak kena taip minit mesyuarat projek SPM gak ni..meeting next week pulak. biasa taip kat umah..malam2 jugak.mana sempat nak menaip minit kat sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kerja cikgu lagi banyak kan, nak mengajar lagi nak buat minit meeting lagi, respect lah dengan cikgu2 ni =D

      Delete
  4. oo..miss purple setiausaha rupanya..:D
    kalau dpt boss baik, diorang akan hargai setiausaha... tapi, kerja setiausaha ni mesti banykkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiausaha untuk project group assignment je, Miss M, hehe
      kalau betul2 jadi setiausaha tak tahu lah macam mana agaknya XD

      Delete
  5. pergh...kerja sampai malam tapi printer epson mesti bestnya..heheh

    ReplyDelete