Monday, 30 April 2012

After all, all is about a family, hemm!

Assalamualaikum....

Hari ini kelas berjalan macam biasa walaupun tak ramai yang datang. Okeh, semalam baru ku sedar esok cuti hari buruh then korang-korang sambung cuti midsem terus sampai esok. Hmm..best la...instead of untung la =P

Sebenarnya, mood hari ni tak berapa nak centre sangat, tadi Dayat dapat berita sedih dari kawan lelakinya lebih sopan tak dari Boyfriend? Entah. Khabanya ayah kawan lelakinya baru sahaja meninggal dunia. 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Sesungguhnya, aku tidak mengenali arwah dan tidak juga kenal rapat dengan kawan lelakinya. Cuma pernah keluar bersama-sama Dayat dan rakan-rakan yang lain. Tapi kematian seorang yang bernamanya ayah buat aku rasa sedih secara tiba-tiba. 

Alhamdulillah, ayah aku yang aku panggil papa masih sihat. Papa ku seorang yang kuat walaupun sering sakit-sakit. Dia masih kuat. Kuat semangat. Aku sangat kagumi dia dan InsyaAllah aku mahu jadi seperti dia. Walaupun dia tak belajar tinggi, walaupun orang nampak dia banyak kekurangan tapi dia tetap yang terbaik.




Mungkin kadang-kadang kita rasa family kita tak sama macam orang lain. Mungkin kadang-kadang kita rasa ayah kita tak bagus macam ayah orang lain. Or even bukan ayah sekalipun, mak, abang, adik atau kakak kita. Mungkin kita rasa dorang tak best, tak bagus macam orang lain. Banyak kekurangan. Well, nobody's perfect, huh! Tapi satu masa bila dorang semakin hilang dalam hidup kita bukankah kita akan rasa perit, rasa sakit. Kalau ibu dan ayah, sekurang-kurangnya mereka pernah bawak kita atas dunia ni untuk bernafas dan jadi bahagia, jadi orang hebat. Kalau adik beradik pula, sekurang-kurangnya dulu masa kecik-kecik kita pernah membesar bersama, main sama-sama, kenal longkang, kolam, baroh, sawah bersama-sama, tapi kenapa bila dah besar, bila dah dewasa nak jadi orang asing yang pentingkan diri sendiri.


Mungkin pernah abang atau kakak buli kita. Bila kita tanya kenapa? Abang atau kakak akan cakap, kau kan adik aku. Bengang? Benci? Huh? Please, don't! Well, it's cute! =D


Tapi mungkin satu hari nanti bila abang atau kakak kita dalam kesusahan, kita boleh tolong dorang. Yeah, abang dan kakak mungkinlah pikir, dulu-dulu aku suka buli adik aku, tapi sekarang dia yang tolong aku, 

'Well, korang kan kakak dan abang aku!' Tak ke sweet tu =D

Kadang-kadang ayah mungkin tak adil pada mak kita. Erm..contoh la nih, ayah kahwin lagi satu ke kan. (Alhamdulillah, papa aku tak! Macam mana aku tau? Well, dia kan papa aku =P)

Tapi dia tetap ayah kita kan. Walau apa pun, kerana dia kita ada. Mungkin setiap orang punya tanggapan yang berbeza. Mungkin punya kisah hidup yang berbeza. Mungkinlah kan. Tapi tak salah kan kalau kita sentiasa berprasangka baik, fikir yang positif, dan doa yang baik-baik aje. InsyaAllah, semuanya akan baik. Bukankah Allah akan memakbulkan doa-doa baik hambanya! 

Bagi aku, tak kisah lah macam mana pun mereka, yang penting mereka sihat. Simple. Aku hanya mahu mereka sihat dan bahagia sahaja. Itu sudah cukup bagi aku. Setiap kali mereka sakit. Aku jugak sakit. So, ^___^, SEMOGA MEREKA SENTIASA SIHAT DAN SENTIASA DI BAWAH LINDUNGAN RAHMATNYA. AMIN

Aku tau aku bukanlah seorang anak yang baik dan terlalu banyak kekurangan. Jadi, Ya Allah, janganlah hukum mereka kerana kerana kesilapan dan kesalahan aku. Hukum lah aku!

Kesimpulannya, bersyukurlah kerana kita masih punya keluarga, yang akan bersama-sama dalam senang dan jugak susah. (ayat cliche tapi hakikatnya merekalah orang pertama yang akan sampai pada kita time kita susah, orang pertama yang akan rasa bahagia kalau kita gembira)


P/S : Dan semoga arwah dicucuri RAHMATNYA dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin. Al-Fatihah.



1st note : aku takdek abang, aku jugak takdek kakak. So, aku tidak pernah di buli mereka. HoHo. Aku ada sorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Kami sama-sama membuli antara satu sama lain. Bhaha. =D. 

2nd note : cerita di atas tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Hanya cetusan rasa dari mood yang tak berapa bagus dan kesedaran yang Allah turunkan kepada diri sendiri untuk belajar lebih menghargai mereka yang sangat penting dalam hidup kita.


3rd note : After all, all is about a family, hemm! Hoho =D. What is it? Well, Family is everything!



2 comments:

  1. btol3, family ni anugerah kita, seburuk mne pown dorg, dorg ditakdirkan Allah utk jd pelindung kita di bumi.

    ReplyDelete
  2. waaa beuty lah. happy ohana~

    erm, pape pon, kite kena bersyukur dgn apa yg Allah bagi pada kita kan?
    yes, true. family is everything. :D

    ReplyDelete