Monday, 30 April 2012

After all, all is about a family, hemm!

Assalamualaikum....

Hari ini kelas berjalan macam biasa walaupun tak ramai yang datang. Okeh, semalam baru ku sedar esok cuti hari buruh then korang-korang sambung cuti midsem terus sampai esok. Hmm..best la...instead of untung la =P

Sebenarnya, mood hari ni tak berapa nak centre sangat, tadi Dayat dapat berita sedih dari kawan lelakinya lebih sopan tak dari Boyfriend? Entah. Khabanya ayah kawan lelakinya baru sahaja meninggal dunia. 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Sesungguhnya, aku tidak mengenali arwah dan tidak juga kenal rapat dengan kawan lelakinya. Cuma pernah keluar bersama-sama Dayat dan rakan-rakan yang lain. Tapi kematian seorang yang bernamanya ayah buat aku rasa sedih secara tiba-tiba. 

Alhamdulillah, ayah aku yang aku panggil papa masih sihat. Papa ku seorang yang kuat walaupun sering sakit-sakit. Dia masih kuat. Kuat semangat. Aku sangat kagumi dia dan InsyaAllah aku mahu jadi seperti dia. Walaupun dia tak belajar tinggi, walaupun orang nampak dia banyak kekurangan tapi dia tetap yang terbaik.




Mungkin kadang-kadang kita rasa family kita tak sama macam orang lain. Mungkin kadang-kadang kita rasa ayah kita tak bagus macam ayah orang lain. Or even bukan ayah sekalipun, mak, abang, adik atau kakak kita. Mungkin kita rasa dorang tak best, tak bagus macam orang lain. Banyak kekurangan. Well, nobody's perfect, huh! Tapi satu masa bila dorang semakin hilang dalam hidup kita bukankah kita akan rasa perit, rasa sakit. Kalau ibu dan ayah, sekurang-kurangnya mereka pernah bawak kita atas dunia ni untuk bernafas dan jadi bahagia, jadi orang hebat. Kalau adik beradik pula, sekurang-kurangnya dulu masa kecik-kecik kita pernah membesar bersama, main sama-sama, kenal longkang, kolam, baroh, sawah bersama-sama, tapi kenapa bila dah besar, bila dah dewasa nak jadi orang asing yang pentingkan diri sendiri.


Mungkin pernah abang atau kakak buli kita. Bila kita tanya kenapa? Abang atau kakak akan cakap, kau kan adik aku. Bengang? Benci? Huh? Please, don't! Well, it's cute! =D


Tapi mungkin satu hari nanti bila abang atau kakak kita dalam kesusahan, kita boleh tolong dorang. Yeah, abang dan kakak mungkinlah pikir, dulu-dulu aku suka buli adik aku, tapi sekarang dia yang tolong aku, 

'Well, korang kan kakak dan abang aku!' Tak ke sweet tu =D

Kadang-kadang ayah mungkin tak adil pada mak kita. Erm..contoh la nih, ayah kahwin lagi satu ke kan. (Alhamdulillah, papa aku tak! Macam mana aku tau? Well, dia kan papa aku =P)

Tapi dia tetap ayah kita kan. Walau apa pun, kerana dia kita ada. Mungkin setiap orang punya tanggapan yang berbeza. Mungkin punya kisah hidup yang berbeza. Mungkinlah kan. Tapi tak salah kan kalau kita sentiasa berprasangka baik, fikir yang positif, dan doa yang baik-baik aje. InsyaAllah, semuanya akan baik. Bukankah Allah akan memakbulkan doa-doa baik hambanya! 

Bagi aku, tak kisah lah macam mana pun mereka, yang penting mereka sihat. Simple. Aku hanya mahu mereka sihat dan bahagia sahaja. Itu sudah cukup bagi aku. Setiap kali mereka sakit. Aku jugak sakit. So, ^___^, SEMOGA MEREKA SENTIASA SIHAT DAN SENTIASA DI BAWAH LINDUNGAN RAHMATNYA. AMIN

Aku tau aku bukanlah seorang anak yang baik dan terlalu banyak kekurangan. Jadi, Ya Allah, janganlah hukum mereka kerana kerana kesilapan dan kesalahan aku. Hukum lah aku!

Kesimpulannya, bersyukurlah kerana kita masih punya keluarga, yang akan bersama-sama dalam senang dan jugak susah. (ayat cliche tapi hakikatnya merekalah orang pertama yang akan sampai pada kita time kita susah, orang pertama yang akan rasa bahagia kalau kita gembira)


P/S : Dan semoga arwah dicucuri RAHMATNYA dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin. Al-Fatihah.



1st note : aku takdek abang, aku jugak takdek kakak. So, aku tidak pernah di buli mereka. HoHo. Aku ada sorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Kami sama-sama membuli antara satu sama lain. Bhaha. =D. 

2nd note : cerita di atas tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Hanya cetusan rasa dari mood yang tak berapa bagus dan kesedaran yang Allah turunkan kepada diri sendiri untuk belajar lebih menghargai mereka yang sangat penting dalam hidup kita.


3rd note : After all, all is about a family, hemm! Hoho =D. What is it? Well, Family is everything!



Sunday, 29 April 2012

Hope everything is going to be okay

Assalamualaikum...


Sejak kebelakangan ni banyak perkara mengejutkan berlaku

Gempa bumi, Tsunami <--------------- Walaupun dah berlalu tapi still harap dan berdoa ianya takkan berulang lagi, Amin

Erm...Bersih??

Whatever la kan. Tapi tu bukan point aku kat sini?

The point is, aku harap dia baik-baik aje...don't be sick. Because you are one of the reasons I want to live happily. 


Saturday, 28 April 2012

Apa patut aku buat pada hari ini?

Assalamualaikum...

Persoalan di atas di tujukan pada diri sendiri yang macam tade arah tuju setelah sampai di shah alam yang permai ini pagi tadi..haha. Permai. Permai. Permai. Waaaa...nak balik umah balik!! uhuk. (gedik + gedik = gedik)

Yep, cuti seminggu dah habis. Cepat betul masa berlalu. 

Sampai je bilik, macam biasalah aku tetap orang pertama yang sampai di bilik sejak dari awal aku daftar sehinggalah masuk cuti midsem ni. Clap-clap to my self nampak sangat pecinta Uitm yang tegar. Kuikui...Hakikatnya tade tiket bas yang paling lambat ni je yang paling awal (apa aku merepek nih)

Dalam bas tadi aku terkonfius sejak dari bas masuk KL lagi, tetiba dia berhenti kat perhentian Putra ikut jalan yang tak pernah aku nampak. Yelah, dah malam nak nampak macam mana, tambah-tambah aku tengah mamai. Yang paling tak boleh blah bas tetiba masuk kat perhentian bas Klang dan rilex kat situ. Menambahkan kecuakan aku yang tak biasa dengan jadual perjalanan bas yang tetiba masuk Klang dulu, tak pernah-pernah aku lalu Klang.

Buat muka rilex sambil intai-intai ikut tingkap bas.

Hampir setengah jam kemudian bas bergerak dan menuju ke Seksyen 17, Shah Alam. Sampai-sampai je terus turun bawah ambik beg troli pergi kat pakcik teksi mintak hantar Uitm. Dalam teksi dengar radio ceramah pasal riba. Dalam hati aku...000ooo...begitu..hmm hmm, bagus jugak pagi-pagi boleh dengar ceramah. 

Sampai-sampai bayar tambang, ucap terima kasih dan tarik beg troli lalu belakang cafe sambil intai-intai makcik cafe dah bukak ke belum. Senyap je. Dan aku percaya makcik cafe memang tak bukak cafe hari ni. Wah...sakan makcik bercuti ek.

Sampai bilik (rasanya tadi aku dah tulis sampai bilik, oh revise balik =P) tada....takdek orang pun. Ciss, tak best langsung cerita aku nih.

So...

Hari ni aku nak layan cerita korea sambil buat thesis, blog crossing sambil wat thesis, layan lagu sambil wat thesis, tidur sambil wat thesis. <---------Hahaha...alamatnya lingkup lah. 


Ok bai =D

Wednesday, 25 April 2012

Wordless Wednesday


Re-read this novel once again
Falling in love with the story line once again
and the characters as well ^___^

Oh, yeah, I used to make review about this novel before
click here!! AWAK SUKA SAYA TAK?

Tuesday, 24 April 2012

Selamat bercuti ~~~lalala

Assalamualaikum....

Macam hepi semacam je aku nih nak bercuti, al maklumlah musim bertunang dah tiba, erkk?? ermm..maksud aku, bebudak kelas aku ramai yang bertunang time cuti mid sem ni. termasuklah aku, bertunang dengan thesis, yeayy. congratz tu me, and also to fatin dengan her real couple lah. haha...Dan tak ketinggalan miss nina, budak kelas aku jugak yang telah bertunang pada bulan lepas, tahniah akak sweet =)

Dalam post ini hari, aku bukan nak cerita pasal kawan-kawan aku yang dah bertunang. Tapi just randomly speaking, macam biasa. Tak dek hal yang seronok sangat pun tentang hidup aku melainkan thesis, dan kehidupan normal sebagai student. Dan aku happy dengan life yang macam ni. Tapi tiba-tiba teringat borak-borak aku dengan Dayat.



Dayat pernah tanya aku :

"Dyaa, bila nak kahwin?" cis..tetiba tanya pasal kahwin. Aku cakap esok aku kahwin. Erk.

Dayat pernah tanya aku lagi :

"Dyaa, tak pernah risau dan tak pernah terfikir ke nak cari pasangan" erk?? perlukah aku risau. Pertanyaan Dayat tu yang buat aku risau sebab dia tanya aku dengan nada yang serius sampai aku rasa nak tertidur.Zzzzz...

Orang nampak aku cool, ain kata aku cool, yana kata aku cool, dayat kata aku relax je. Dan Dayat kata aku ni hati batu, agak-agak macam kalis cinta gitu. Tapi aku risau bila korang buat-buat serius pasal hati dan perasaan ni, thanks my friend sebab nampak macam risau sangat dengan aku nih. Haha..

Thanks, A million thanks, Jangan risau, kawan-kawan. Saya sebenarnya sedang memperbaiki diri. Terlalu banyak kekurangan diri. Lagipun, saya perlu membahagiakan keluarga saya dulu, tamatkan ijazah, dapat kerja yang bagus, dan balas jasa ibu bapa yang pastinya jasa mereka tak mampu di balas dengan kerja saya yang bagus sekalipun. 

Masih banyak kekurangan. Mungkin definisi orang tentang cara mereka berpasangan berbeza. Misalnya, mereka bercinta sewaktu belajar dan sudah boleh merancang masa depan. InsyaAllah kalau di jodohkan oleh Allah tiba masanya dah boleh kahwin. 

I'm not bother about it. Jalan yang aku lalui berbeza. Yep, setiap orang punya jalan yang berbeza bagaimana mereka bertemu dengan pasangan masing-masing. Aku tidak bercinta dengan sapa-sapa pada waktu belajar ini walaupun sebelum ini selepas habis diploma pernah bercinta dengan lelaki yang masa tu aku fikir, yeaahh, dia lah soulmate ku. Tapi Allah s.w.t kata tidak lalu selepas beberapa bulan kami putus.

Di kesempatan ruang single ini, biarlah aku ambik masa untuk memperbaiki diri, tidaklah mahu menjadi terlalu sempurna, tapi cukuplah kalau cinta aku terhadap lelaki itu suatu hari nanti membuatkan aku tidak lupa untuk mencintai Allah s.w.t. Sebab andainya di kecewakan satu hari nanti, Allah s.w.t masih ada. Andainya jatuh, perit, Allah tetap masih ada. Dan cinta pada lelaki itu, adalah cinta yang HALAL.


Mona cakap :

"Kita dah single"

Aku tanya :

"Kenapa?"

Mona cakap : 

"Sebab nak jadi macam Dyaa, Dyaa kata single best"

Erk. It just my point of view toward my self, dear. I know you tried hard to hide your feeling. Just be strong, dear. You'll find a better man.



1st note : aku tau tajuk aku dan isi cerita ini jauh beribu kilometer bezanya, aku memang fail kasi tajuk, bhahaha..dan aku sememangnya tak pandai berkata-kata tentang cinta. Tapi aku pasti aku masih punya sekeping hati. 

2nd note : Allah s.w.t sengaja mahu kita bercinta dengan orang yang salah supaya__________________
in my opinion: 
# mahu kita lebih menghargai orang yang selalu di sisi kita
# mahu beri peluang kita perbaiki diri dan dapat seseorang yang lebih baik lagi
# mahu kita jadi lebih matang lagi untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran-rumah tangga
# mahu kita bertemu dengan orang yang betul-jodoh yang sebenarnya.




Wednesday, 18 April 2012

Lawatan ke ASDAF- lawatan yang sama-sama mendapat kerberkatanNYA, Amin...


Assalamualaikum....

Seperti yang telah di gembar-gemburkan oleh aku sebelum ni tentang lawatan ke rumah anak-anak yatim di ASDAF, hmmm...aku tak cakap pun kat ASDAF dalam entry yang lepas kan, sebab aku konon-konon merajuk sebab sebelum ni pernyertaan itu sudah full, so aku just fokus kat kerja-kerja assignment aku je lah tanpa tahu ke manakah lawatan itu, huhu, tapi di saat-saat akhir aku telah di beri peluang oleh Allah s.w.t untuk turut bersama-sama dalam lawatan tersebut. Alhamdulillah.....


Pengalaman pergi ke sana sangat-sangat berharga, yea...mungkin lah kami pergi ke sana kerana nak dapatkan kupon untuk dapatkan kolej semester depan tapi lebih dari itu apa yang kami dapat adalah peluang untuk rasa bersyukur dengan lebih besar. Kenapa erk? Sebab, mereka bukan sahaja terdiri dari kalangan anak-anak yatim(tapi majoriti bukan anak-anak yatim sebenarnya, hanya segelintir sahaja), mereka bukan sahaja terdiri dari anak-anak orang susah, tapi mereka sangat-sangat istimewa. Mereka adalah kanak-kanak yang di pilih oleh Allah s.w.t untuk menikmati nikmat Islam. Hmm...kenapa begitu? Sebab mereka terdiri daripada anak-anak orang asli yang telah di bawa ke rumah ASNAF untuk di besarkan dengan cara hidup islam. Mereka mungkin pada awalnya di lahirkan dalam keluarga yang bukan Islam, walaupun Islam datang lewat sedikit dalam hidup mereka tapi masih belum terlambat untuk mereka mengenali Islam dengan lebih lagi.  Dan apa yang sangat menarik tentang mereka lagi, mereka mempunyai minat yang sangat tinggi untuk tahu pasal apa itu ISLAM. Sampaikan masa sesi soal jawab dorang tanya soalan-soalan yang tak tercapai di akal. Penceramah yang terdiri daripada student-student lelaki pun apalagi pening nak menerangkan. HEHEHE...


Kebanyakan pelajar-pelajar yang ada kat situ terdiri dari umur yang sangat muda (aku lupa berapa tahun paling muda) dan yang paling tua bakal menduduki SPM tahun ini. Hmm...borak-borak dengan dorang buat aku fikir macam manalah kalau aku kat tempat dorang. Kecik-kecik dah berpisah dari mak dan ayah jauh dari pedalaman, datang ke bandar yang mana di tempat yang penuh dengan keberkatan. Demi mendapatkan nikmat ISLAM yang lebih sempurna berbanding di tempat asal, mereka lah antara manusia-manusia terpilih. Sangat terharu. Buat aku rasa bersyukurnya di lahirkan dalam keluarga ISLAM sejak dari awal. Di lahirkan dan di besarkan terus dengan kehidupan ISLAM tanpa perlu berpisah dengan mak dan ayah.
Tapi pengorbanan mak dan ayah dorang pasti akan di beri balasan yang sangat baik oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.....





The best part kat sana bila dapat bersama-sama dengan adik-adik ni bergotong royong membersih dan menghias tempat tinggal yang penuh dengan kasih sayang Allah ini.

Kami dari kolej Anggerik pakai baju kaler Purple, Hehe...sama dengan tema blog nih =P
Adik-adik ASNAF pakai baju kaler Hijau.


Gambar di atas adalah group yang membersih dan menghias bilik mesyuarat so aku tidak tergolong di dalam group ini, haha. Kami sebenarnya di bahagikan kepada 10 group, group aku membersihkan persekitaran dan kawasan sekitar pejabat.



Ermm...ya mungkin ini adalah kawasan persekitaran, dorang tengah memberus pintu pagar yang berlumut, dan aku jugak tidak termasuk di dalam gambar ini, sebab aku tidak berada di sekitar sini. Huh?? curi tulang? oh, tidak... sebab kerja aku di sini...

"
"
"
"
"
"
"
"

Tadaa...cantik tak, huhu, idea nak menghias tak berapa nak ada sebab dah lama tak ambik subjek pendidikan seni. hehe, ingat nak lebih kreatif lagi tapi puas dok pikir ini sahajalah idea yang ada. Kawasan ini adalah kawasan sekitar pejabat. Yang dalam gambar tu bukan aku, aku tidak setinggi itu, haha. 



Ini dewan makan mereka, sedang di bersihkan dan di hias oleh kakak-kakak purple bersama-sama adik-adik hijau.



Kat atas ni group bahagian asrama perempuan. Akak-akak purple ni tengah menggunting-gunting hiasan-hiasan yang nak di tampal kat dinding dan pintu. Kreatif dan kritis kan, hehe, eh, kenapa tiba-tiba aku sebut kritis!! dan kat bawah pulak gambar kakak-kakak purple tengah menyusun buku-buku dan barang-barang adik-adik.

Aku satu group dengan yana dan fizan, sambil-sambil buat kerja borak-borak dengan adik-adik.

"Akak balik nanti pukul berapa?"

erk?

"Kenapa? Tak suka ke akak-akak datang sini?"

"Tak lah, nanti akak-akak balik, kami boring..."

Owh...haha...Nasib baik..

Masa nak hias guna reben pulak yana bagi idea nak buat bunga guna reben, aku gulung-gulung konon-konon nak buat bunga, last-last hancus...apa pun tak boleh, aku toleh kat sebelah aku dan adik sorang ni tengah khusyuk menganyam...perghhh...menganyam tuh, guna reben macam menganyam tikar, aku dah excited, 

"adik, ajar akak macam mana nak anyam macam tu"

dan dia mula tunjuk, aku ikut je, tapi agak complicated, aku dah pening kejap pusing sana kejap pusing sini, perasaan excited nak belajar menganyam dah menurun. Last-last...

"apa kata adik sambung buat yang akak punya nih" ciss...buat malu je, hahakk. Masa dia buat aku fokus nak tengok arah mana dia selit reben tu, kot-kot aku dapat tangkap dan pandai nanti boleh bukak bisnes jual tikar, bahahaha, tapi hancus jugak, still tak paham.

"Kat kampung selalu buat ek?" tanya aku.

"Ha'ah, selalu kitaorang pakai kat kepala masa tarian"

owh...owh....(perasaan teruja berganda dalam diri)



Masa ni ceramah di berikan oleh 3 student lelaki tentang IMAN dan ISLAM dan mereka sangat teruja mendengarnya. Dan tanpa ragu-ragu dorang terus bertanya soalan tentang Islam tanpa di tanya oleh penceramah "ada soalan tak?" dan tanpa perlu menunduk atau mengalihkan eye contact. They just ask right away! I'm impressed! Mereka sangat teruja belajar tentang ISLAM. I feel touched.


Ini adalah pengetua ASNAF, beliau adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan asrama ASNAF ini. Melihat kemesraan beliau bersama-sama adik-adik ASNAF yang mesra di panggil ABUYA oleh adik-adik di sini membuatkan kami rasa beliau tidak ubah seperti seorang bapa yang menjadi dahan tempat adik-adik di sini bergantung.




Kami dan ASNAF
harap pertemuan ini memberikan seribu satu makna
Dan aku mengerti, 3 tawaran sebelum ini adalah panggilan dari Allah s.w.t untuk bersama-sama dengan mereka.




1st note : Kalau kita ingat kita susah, kita menderita, ada lagi orang yang lebih susah, lebih menderita, jadi belajarlah untuk sentiasa bersyukur (peringatan untuk diri sendiri jua)

2nd note : Beruntungnya kita yang di lahirkan dalam keluarga yang sudah Islam, mengenali Islam, mengenali ALLAH yang satu sedari awal, mak dan ayah hantar mengaji al-quran sejak kecil lagi bila balik rumah boleh sama-sama mengaji, menyebut ayat-ayat Allah, tapi mereka harus berpisah dengan keluarga, keluarga hantar mereka pergi mengaji tapi mereka tidak boleh terus pulang lepas habis mengaji macam kita dulu-dulu, mengaji di asrama yang jauh dari mak dan ayah, umur pula ada yang sangat muda, betapa cekal, tabah dan kuatnya semangat mereka untuk mengenali Islam, jadi belajarlah untuk bersyukur dengan nikmat iman dan islam yang sudah dikenali dan di miliki dalam keluarga Islam kita. (peringatan untuk diri sendiri jua).

3rd note : i do not own all these photos, all above pictures was taken from kolej anggerik fb. 


Saturday, 14 April 2012

Konflik melanda beberapa saat

Assalamualaikum....


Yep, konflik sedang melanda dalam diri taktala hujung minggu yang bakal melihatkan aku berdating bersama-sama dengan assignments. However, Kolej sedang menganjurkan program bersama-sama anak yatim di...........erm...aku terlupa kat mana tempatnya sebab tak ambik kisah tentatif program yang di tampal di papan kenyataan, sebabnya aku tak terlibat, sebabnya aku merajuk sebabnya dah penuh, so fine la, aku pun pandang-pandang dan jeling-jeling je la tentatif tu. 

Dalam hati teringin nak pergi, tapi dah fullhouse.

Yana cakap

"Nak pergi ke? Ganti la Syu, dia macam tak nak pergi"

Aku

"Nak pergi, tapi kerja banyak"

Yana

"Kalau nak di harapkan kerja memang tak pernah habis"

Ok, fine Yana dah start nak berceramah.

Tapi sebenarnya aku takut penat, bila dah penat aku akan jadi patah semangat seketika dan aku really hate that feeling. 

Datang pulak tawaran lain dari roomate aku.

"Nak pergi tak, Ganti Wani? Wani rasa malas nak pergi lah, rasa tak sedap badan"

Aku termenung, hati kata pergi assignment kata jangan.

Tawaran ketiga datang di tengah-tengah malam, aku dapat call dari JPK merangkap pengarah program, wah gitu..

"Salam, hai akak, nak pergi tak esok lawatan rumah anak-anak yatim tu, ada orang tarik diri lah"

Erkk....aku di dalam dilema buat kali yang ke tiga.. 

"Erm, nak pikir kejap boleh?"

"Erm...okay, 5 minit boleh?" herkkk...5 minit??

Dan setelah aku bersoal jawab dengan Aini, aku pun cakap.

"Okay, I follow!!" Yippie...I follow

Disebabkan kasihan dekat Aini yang bersusah payah call aku di tengah-tengah malam dan boleh bayangkan betapa busy nya dia, so aku cuba untuk meringankan beban dia dengan cara ini, huhu. Lagipun aku memang nak pergi kan. Haha, 

So, Mr. Laptop can you take over my works automatically, pastikan aku balik esok kerja dah siap, boleh??, Ada faham itu, Mr. Laptop??? 

Sekali Mr. Laptop jawab : boleh blah!!

1st note : Dan konflik itu berakhir sudah, fine,fine bagus lah weekend ni full dengan aktiviti kolej, esok lawatan ke rumah anak-anak yatim, lusa green explorace...hiyarkkkk!!! ^_____^


Thursday, 12 April 2012

Keje di tengah malam

Assalamualaikum...

kerja-kerja seorang setiausaha yang sangat setia pada kerjanya *pang

Di tengah-tengah malam ni aku sedang menyiapkan kerja-kerja sebagai seorang setiausaha yang sangat setia. Setia di temani oleh laptop dan printer epson ku yang aku tak berapa nak memahami nya lagi. Harus lah aku tak faham sebab ini printer baru yang aku beli beberapa hari yang lalu setelah di sogok oleh Yana dan Dayat supaya membeli dengan alasan tengah pc fair dan harga pun sedang murah. Katanya berdasarkan promosi dari pakcik printer yang EPSON susah nak dapat harga sebegitu murah kalau takdek PC fair sebegini. Huaaa...bagai orang mengantuk di sorongkan bantal dan bagai orang kaya di ulangi BAGAI BAGAI BAGAI orang kaya yang tak berapa nak kaya dan berbekalkan duit Pitih Pitih Hen aku pejam mata dan cuba apa saja...ohoiii...Lagipun senang nak mem print interim thesis aku yang perlu di hantar sebelum cuti mid sem minggu depan. *pengsan. Dan boleh buat bisnes sket kan, harhar...Tak amik mahal-mahal pun dah kira cukup cover harga printer pun okay, hahaha, jangka masa nak cukupkan harga printer takdek lah due date yang sangat dekat cukuplah before abes sem 5 ni...huhuhu...target-target!!!

Oh, kenapakah aku cakap aku sedang membuat kerja-kerja seorang setiausaha, kerana (ceh, cam nak buat karangan pulak) aku sedang memprint minit meeting untuk 4 minggu meeting yang telah di reject oleh encik client iaitu merangkap supervisor untuk group aku. Huhu...

"Minit meeting korang ni hancur" tegas client kami setelah sesampainya beliau di wakaf tempat kami mengadakan meeting, maklumlah client kami sukakan open air dan kami lagi suka, boleh tengok-tengok orang-orang yang lalu lalang lebih-lebih lagi time kena marah, takdelah rasa sentap sangat, hahaha.. Tapi mujurlah setiusaha ni bergilir-gilir setiap minggu, at least takdek lah sorang-sorang kena marah sebab the fact is kitaorang memang seolah-olah sedang berhadapan client yang benar-benar cerewet..haha...Practice berhadapan dengan client cerewet nih, sangat teruja gitu...=P

"Korang punya questionnaire ni hancur" dan lagi. Nasib baik Hazim bijak menepis serangan. Itu cerita minggu lepaslah, minggu ni setelah team questionnaire dan team minute meeting berhempas pulas melakukan amendment dan akhirnya saat-saat berhadapan dengan client yang penuh debaran berakhir sudah.

"Okeh, pass" Alhamdulillah...victory, victory..yahooo... 

Dan esok adalah meeting yang ke 5. Memandangkan minggu lepas aku jadi setiausaha so untuk esok aku kena buat agenda untuk meeting. Dah siap pun cuma nak print je nih. Tadi aku chat dengan Tarmimi kat FB,

"Weh, esok kau jadi chairman tau, aku dah letak nama kau dalam agenda sebagai chairman esok"

"Hah??? Chairman kena buat apa weh?" buat tak tau je jawab aku dalam hati.

"Alah, buat ape je pun, ko tengok dorang-dorang sebelum ni buat apa je" hahaha, memang takdek buat apa pun, takdek mukadimah terus kena hentam dengan client, mana sempat nak bukak majlis mesyuarat dengan ucapan alu-aluan chairman, hahaha, ganas tak?

"Apa aku dapat kalau jadi chairman, dapat elaun tak?" ciss, ada hati nak mintak elaun. hahaha

"Kau mintak lah dengan Ramzul"

"Kau kan S U, kau buat la surat mintak elaun" hahaha, yoyo oo je mamat nih. 

"Masalahnya aku sebagai setiausaha ni pun tak dapat elaun tau tak" haha...so aku melayan je kepala mamat nih. Tanpa ku sedar aku ada online test perancis selepas itu, ciss...dan bla bla bla...

Hadoii...printer ni pulak aku masih tak paham. Harus bagaimanalah ko ni, mau la patah jari aku nak tekan satu-satu, memang EPSON takdek butang yang boleh kita tekan untuk POTOSTAT berapa keping yang kita nak eh? Tak dek ke? Sapa tahu? huhu...

Aku sekarang nih sambil berblogging sambil aku tekan butang potostat, satu satu pulak tu. Aku nak 11 set untuk 4 minggu punya minute meeting, satu set ada yang 2,3 4 helai, tak tentu,...so jenuh la menekan butang, bila terlebih satu memang geram la, yelah mata ke mana, tangan ke mana, bhahaaha..so aku terbalikkan kertas yang terlebih potostat tu dan guna ruang kosong kat belakang tu untuk potostat balik, heh..nak jimat, ye aku sedang membantu company kitorang melakukan penjimatan apa? Kalau bankrup sapa susah? bos jugak yang susah, client jugak yang lari...bahaha..

Okey lah, setakat ni je lah aku membebel, Mira dah tidur dengan nyenyaknya tadi mati-mati ku ingat dia mahu stay up dengan aku. Takpelah...sob sob...aku teruskan je lah kerja aku.


Friday, 6 April 2012

Rasa yang tertinggal

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...kesihatan dah makin baik walaupun masih selesema sehingga menyukarkan untuk bernafas. Seksa, tapi sakit itukan nikmat, yang akan menghapuskan dosa-dosa kecil, Insya Allah, terima kasih pada kawan-kawan blogger yang sudi meninggalkan komen pada entry aku yang lepas-lepas dan follower yang meningkat kepada 31 orang, haha walaupun orang akan fikir, alah setakat 31, aku dah beribu pehal nak kepoh, hihihi, selama aku berblogging walaupun tak la lama mana pun, haha, tapi aku bukan kejar follower, aku hanya mahu mencari kawan-kawan yang boleh berkongsi buah fikiran...thank you-thank you sebab sudi mengfollow dan yang penting membaca blog picisan aku ini. Haha...dah macam ucapan orang menang award dah. Anggap je lah memang sedang menang award..

Allah s.w.t itu kan sudah memberikan lebih dari apa yang kita minta. Dan kehadiran kamu semua adalah sebahagian dari pemberian Allah. (misspurple, 2012)

Tajuk entry aku ni plak macam tak boleh blah je kan, okeh, aku memang fail setiap kali nak bagi tajuk. Minggu ni antara minggu yang terbizi sama seperti minggu-minggu yang lepas, sory yea kawan-kawan sebab tak sempat nak berblogwalking. Tapi kalau otak dah rasa stuck dengan macam-macam kerja dan perlukan rehat aku akan curi-curi berblogwalking dan tinggalkan beberapa komen, tapi yang tak boleh blah nya apabila aku dah berblogwalking tu dan aku punyalah dah bersemangat taip komen, boleh pulak aku tak perasan yang aku belum tekan publish your comment lagi...dan terus pergi tekan butang pangkah...haissh...the careless me...haha, lepas tu aku dah takdek mood nak taip balik komen...peace..jangan marah aa hihi...

Semangat untuk siapkan assignment pulak rasanya macam roller coaster. Sekejap rasa bersemangat, sekejap rasa down. Tapi bila berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan group, semangat untuk buat kerja tu bertambah-tambah. Macam dalam applied study semalam, bos dah bagi-bagikan kerja so rasa semangat nak keluar pergi cari info. Patutnya petang ni nak kuar pergi cari info kat MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, tapi di sebabkan beberapa masalah teknikal yang tak dapat di elak, so di tunda pada hari isnin. Okeh, Alhamdulillah, semangat belum down lagi, wahhh....macam tau-tau je nak down. Hati manusia itu sering berbolak balik kan. Kuatkan lah IMAN ku YA ALLAH!! AMIN.

credit to

One more thing, I feel blessed. Sebab di kurniakan kawan-kawan yang sangat awesome. DAYAT, YANA, AIN, NIK MURNI dan kawan-kawan sekelas yang sangat happening. AINI, AISYAH, MONA, FAHIMA, ILA dan ramai lagi. Kawan-kawan di blogger yang tak pernah jemu meninggalkan komen untuk entry-entry aku yang aku rasa penuh dengan emotional semata-mata berbanding input yang berguna. Haha..Tenkiu sekali lagi (Kenapa dah macam ucapan untuk award lagi ni?) Yeah, Heyy...aku dapat award lah...award sahabat-sahabat yang terindah, you're my world lah.

Sejujurnya setiap kali nak post something, I really really don't have any excellent ideas so that people can take any useful input through my blog. Jadi aku hanya mampu mengepos something yang hanya lahir dari jiwa sahaja. Sincerely from bottom of my heart..

This blog is my diary, my diary is my world. There's my world in this diary. =D

credit to


Rasa yang tertinggal petang ini adalah rasa berblogging dan nak buat keje, tadi makan ubat batuk. Harap-harap tak mengantuk.haha


1st note : Petang ni sangat indah, bilik aku berdekatan dengan pokok-pokok, so rasa tenang dan sejuk. Lagi bertambah indah bila bunyi burung-burung comel yang berkicaun. Feel bless as well =D


Sunday, 1 April 2012

March pergi April datang

Assalamualaikum....

Hari ni 1 April...April fool? Hah? Please lah, April tak fool, orang yang sambutnya mungkinlah kan. Tak nak cakap banyak lah pasal April fool nih, yang pasti setiap bulan baru yang menjelma ibarat kelahiran semula bagi aku. So, hari ini adalah my birthday, in term of bulan baru..haha...tapi sebenarnya aku selalu je cakap hari-hari adalah birthday aku, sebab hari-hari seolah-olah ibarat kelahiran semula. Kelahiran dari yang tidak baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, dari yang lebih baik, much much more lebih baik...haha. Boleh tak? 

Selalu orang kalau nak naik tahun baru sama ada masihi atau hijrah mesti nak ada azam baru, apa kata kalau tiap-tiap hari kita ada azam, baru lah hidup lebih colourful, lebih bersemangat dan ada goal!! Goal!!! yeah GOAL!!! 

colourful colourful colourful~~~

Goal adalah matlamat yang hendak di capai dengan jayanya. So, matlamat aku hari ni nak siapkan assignment dengan jayanya. Very hope for it! Go go me!!!

Minggu-minggu lepas, matlamat tak berapa nak jalan sebab bila time hujung minggu je mesti aku demam dan terbaring atas katil dengan berselimut di tengah hari. Sampai roomate aku tengok pun pelik. Minggu ni almost demam lagi, tapi demi nak elakkan aku dari demam lagi, terpaksa aku mengalah dengan menelan paracatemol walaupun aku pada mulanya dengan keras hati mengatakan SAY NO TO PARACETAMOL, tapi this painkiller juga lah yang dapat membunuh demam ku...uhukk..dan sekarang hanya selesema menemani aku. KLINIK??
SAY NO TO KLINIK!!haha...gila!! sebenarnya aku ni jenis susah gila nak gi klinik! Yana ada ajak g klinik, tapi aku still tak nak pergi. Nak kata takutkan klinik tak jugak. Entah, dah natural aku macam gini!! Sebelum ni aku telan panadol tidur, berselimut sampai berpeluh then bila bangun...tadaaa...aku terus sihat, tapi sejak aku tak makan panadol lah demam aku melarat, tapi the best part is, aku hanya akan demam terbaring time hujung minggu sahaja...OHOIIIIII....

credit to


Alhamdulillah, minggu ni kesihatan sudah semakin pulih, jadi boleh lah teruskan azam-azam aku yang tergendala. Tak dek kaitan dengan AZAM BIN ABU atau yang sewaktu dengannya. Pehal aku nih, memang lah takdek kaitan pun.

Before aku terlupa, aku nak senaraikan azam-azam aku hari ni, dapat tunaikan azam aku dalam satu hari ni atau tak belakang cerita, yang penting aku usaha...

*siapkan assignment economy
*potostat minute meeting 11 copy untuk 2 weeks so 11x2=22
*buat measurement
*siapkan thesis sampai chapter 6...pfttt...pengsan, chapter 6 sem depan baru boleh siap, buat sampai chapter 2 dulu lah
*makan...yeah, makan itu harus ada dalam azam hari ini, i mean lunch
*korean drama *sila tolong ketuk kepala saya*
*apa lagi? hmm..yang ni lah dulu kot, lau banyak-banyak sangat nampak beno menipunyer...haha

Key Bai!!


1st note : today is not my birthday, but my born to a brand new, it's happen every day!!