Saturday, 17 March 2012

Random Saturday

Assalamualaikum...

Selamat hari sabtu....
Hari ni tak de idea nak tulis benda yang ada pekdah atau manfaat dalam blog ni, dan bila masa pulak aku banyak tulis benda yang berpekdah, tengok berpekdah pun tak dek maksud dalam kamus dewan dan pustaka apatah lagi perkataan takdek yang dek kat belakang konon rasa hebat tulis macam tu...harhar...(tetiba)

Pagi tadi lepas bangun solat subuh tak tidur-tidur, mandi dan terus pakai t-shirt, tracksuit, tudung, kasut sukan dan pakaian biasa untuk bersukan...yeahhh...begitu bersemangat aku pagi ni...harhar...tapi hakikatnya aku bukan nak pergi berjogging apatah lagi bersukan, tapi pergi join larian uitm..haaa...sapa budak-budak uitm shah alam yang pergi larian tadi? angkat tangan!!



Masa mula-mula berlepas tu, ada la jugak perasaan semangat nak lari, tapi bila dah sampai sekerat jalan, dah semput, ni lah akibatnya kalau tak warm up dulu, last-last aku, mona, fizan dan sepupu asma' jalan kaki melenggang je sambil borak-borak, gelak-gelak...harhar. 

Yana pulak tak dapat ikut aku pasal dia ikut raihan dan aimi pergi shopping kat jalan TAR..kalau ikutkan aku memang nak pergi jalan TAR tu tapi entah kenapa keras hati ku untuk tetap memilih pergi larian uitm dari jalan TAR haha... Rasanya lebih rela aku keluarkan peluh dari keluarkan duit...pandai tak aku berjimat? hewhew...tapi kirim tetap kirim... Aku kirim tudung bawal yang tengah femes sekarang. Apa dorang panggil tudung Norjuma? Yang ada kaler bertone-tone tu...Kaler dua tone dan tiga tone...Member-member kitaorang cakap kat sana tudung-tudung dan kain-kain ela sangat-sangat murah. Well, biasa lah perempuan, di mana ada tudung-tudung, kain-kain cantik dan sweet dan murah, kat situlah tempat yang kami tuju... haha...Setakat nak survey 10 kedai lepas tu pusing balik beli kat kedai first tu, alah biasa lah tu...Perempuan memang ada naluri yang sebegitu..haha, erk.. naluri ke?

Minggu ni dah dapat assignment yang sangat besar cabarannya. Kena cari drawing tanah dengan building dan hari khamis nanti ada meeting. Pengsan. Eh, tak boleh pengsan lagi, rilex-rilex!! Tarik nafas...okeh kita tidur dulu.(Tah pape aku melalut)

2 hari lepas aku tetiba emo (tetiba keluar pasal emo, tak pelah nama pun random saturday), aku chat dengan Yana dan keluar lah ayat-ayat emo aku yang tak tentu pasal tapi bukan ayat maki, aku tak reti maki orang, aku kan budak baik, haha...muntah muntah..(orang baik tak mengaku dia baik...=P) tapi just ayat-ayat yang seolah-olah nak tuju kat orang tu tapi tak macam tuju kat orang tu. Ayat frust, keciwa, sedih, dan kemudian aku gelak kat ayat last...Yeahh...sejak dua menjak ni emo aku semacam je sampai aku rasa nak keluar dari badan aku dan cakap kat diri sendiri...

"Hooiii, minah...kau nak emo-emo ni apasal? Dah lama hidup?"

Dan Yana pulak dah bingung seketika, 



source

"Kau kenapa kak?"

"Kau ada masalah?"


"Yana dan Dayat ada buat salah ke?"


"Dah tak nak kawan dengan saya ke?"


"Ce citer?"

Semua pertanyaan di atas aku jawab dengan

"Tak de pape"


"Tak de lah"


"Mana ada"


"Kenapa pulak tak nak kawan?"


"Tak de pape"

Aku rasa aku ni sangat complicated pada certain-certain waktu. Yana pulak pergi post kat facebook.

"Aku tak mengerti apa yang dia cuba sampaikan" haha

Aku balas

"Tak payah nak aku tak mengerti apa yang dia cuba sampaikan sangatlah, yana...haha"

Yeah, aku seorang yang boleh marah dan dalam masa yang sama aku boleh gelak.


Hari ini aku ada misi. Misi untuk menyiapkan tutorial, membasuh baju, dan mencari maklumat dissertation. Dan misi untuk tidur jugak termasuk. Eh, ini penting tau, nanti malam aku boleh lah teruskan misi-misi aku yang lain. Haha...

Sekian dahulu random saturday....;)))))


1st note : jom layan lagu ni, the one that got away- this version is very sweet!!!










14 comments:

  1. sabar2..hheee..sy pon emo bbrp ari lpas tp bkn sbb yg sma mcm awk..hoho

    ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tq, emo memang girl's best friend, kan...=D

      Delete
  2. bila tension..emo datang..chill out babe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, try to be chill dan Alhamdulillah everything getting better =)

      Delete
  3. Replies
    1. hehe..sabar...emo tu hanya kawan yg kita yg negatif je kan! let's say no to emo =D

      Delete
  4. ingatkan bila pilih larian,dapat jugak berjimat.rupa-rupanya ada kirim barang.hahaha

    saya pun tak reti nak maki orang.hanya mampu bersarkastik di twitter sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dapatlah jugak jimat, jimat duit transport ;D

      Delete
  5. tudung bawal??!!!trauma trauma..hahaahaha.. btw, lebih baik kuarkan peluh daripada pergi tempaat2 yang mampu membuat poket kita kering..tak gitu??hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. trauma??? ikan bawal kah?hihi
      betul2 kluarkan peluh lg bagus, jimatkan duit, bazirkan peluh...haha

      Delete
  6. Hehe mcm2 ragam ada
    Emotions are the most mysterious treasure that humans never actually understand the code hehehe!!!:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah...emotion that makes people tired

      Delete