Tuesday, 13 March 2012

Idea di tengah malam

Assalamualaikum.....





Aku tengah menghadap drama korea dengan separuh hati. Sebab? Perasaan eksaited macam dulu nak tengok drama korea dah tak berapa nak kuat. Mungkinkan kerana perasaan minat pada drama tamil secara tiba-tiba muncul atau kah kerana sebab-sebab yang tak dapat di kenalpasti. 

Pintu bilik aku di ketuk lalu tersembul wajah Dayat di sebalik pintu sambil membawa satu botol mineral kosong bersama kunci dengan keychain nama Dayat dalam bantal kecil berbentuk love yang di hadiahkan oleh Yana sempena hari-hari dia yang selalu sangat baik hati membelanja kami. Aku pun dapat satu. Thanks mama Yana..hikhik. 

"Ermmm...boring lorr. Dah la sakit hati dengan Syafiq. Ada pakwe macam takdek pakwe...bla bla"

Respon aku

"Haha" sambil menghadap drama korea dengan separuh hati lagi.

Dayat sudah melompat ke atas katil tingkat bawah yang tak berpenghuni sebab roomate aku yang ke empat tidak tersenarai untuk berada dalam bilik aku..harhar. So, adalah kelebihan sebutir tilam di situ di kala aku malas nak mendaki katil aku yang kat atas, boleh lah aku merebahkan diri........................(sila isi di tempat kosong mengikut kemahuan anda). Dan katil yang kosong itu boleh lah di katakan katil untuk tetamu yang suka bertandang. Free je tak payah bayar, kalau nak bayar sangat bawak lah kfc satu bucket pun sodap..harhar..


"Boring, tak tau nak buat apa" sambil guling-guling atas katil.

"Nak baca novelkah?"

"Boleh jugak"

Aku pun menghulurlah sebuah novel bertajuk COKLAT BUNGA DAN SI CUPID by ZARA AMANI. Dan Dayat terus senyap dengan novel sambil baring menghadap dinding.

Aku pulak tiba-tiba mood boring datang lalu still menghadap drama korea dengan separuh hati lagi.

Sambil menghadap drama korea dengan separuh hati lagi, thesis mula terbayang-bayang dalam kepala, economy, applied study...huarggghh..yeah, separuh hati ku pergi...wuhuuu...

Setelah sejam lebih berlalu.....kot!

"Nak balik tidur lah"

"Okey, I pun tak tau nak buat apa dah. Nak tidur jugak lah"

Dan Dayat balik ke bilik nya...

Aku kunun-kunun nak tidur masih lagi melayan drama korea dengan separuh hati lagi. Bila separuh-separuh hati di campur maka jadilah sepenuh hati...harhar. Dengan itu aku sudah berjaya habiskan satu episod.

Tiba tiba...

tet tet...mesej masuk

Dayat

Hidupku penuh dengan kesunyian =-(


Aku

Sama lah kita, jom make a havoc. hew hew


Dayat

Nak wat apa tengah-tengah malam ni? Nothing special kot. Rasa stuck semacam je.


Aku

Jom tidur
Cari spare part untuk bahagian awak dan saya pulak akan continue happily be lonely
Kita panjat bangunan kolej dan jerit kuat-kuat sampai nama blacklist untuk dapat kolej sem depan
Lari tengah-tengah malam naik turun bukit sampai pagi
Main alat senaman kat block A1 yang pusing-pusing perut tu
atau buat khemah depan KFC sambil menghidu cheezy wedges...


Dayat

Tahniah kerana anda berjaya membuktikan bahawa anda mempunyai banyak idea bongok yang sekaligus sesuai dengan hobi anda sebagai blogger...gaya penulisan anda juga begitu menarik...tahniah sekali lagi saya ucapkan...selamat maju jaya


Aku

Wakakakah....Zzzzzz


Dayat

Kroihhhhhhhhhhhh!!


Dan drama korea episod kedua sedang berjalan tanpa rela hati aku. Dan tanpa aku suruh dia jalan pun. Demm. Tidur lagi bagus.


1st note : nanti ada orang komen...ohoiiii....da pagi da, apa yang kau melalut ni (hehe...sebab anda baca di waktu pagi, di siang hari, di waktu petang kan)

2nd note : sungguh aku tiada idea yang bernas untuk membuat blog di kala ini. Hanya idea melalut je yang muncul. 


2 comments:

  1. akak baca waktu petang ni...dah bangunkan hehehe

    idea tu bagus juga boleh diamalkan hahaa

    ReplyDelete
  2. dah cam cerpen laks.. .. padahal ngomelan sahaja, nice ... hehehe. ^^

    ReplyDelete