Saturday, 3 March 2012

Dejavu Final




Sesampai di rumah, aku terus berehat di dalam bilik. Saat ini, memandang Rizal mengundang mimpi ngeri aku sekali lagi. 

"Kak, nak tanya sikit boleh tak?" tanya Rizal semasa dia dan Natasha di ruang tamu. Selepas menghantar mereka pulang. Itupun sebab Rizal mengekori mereka dari belakang kerana risaukan keadaan Nadira.

"Kenapa Rizal?" Natasha tahu apa yang ingin di tanyakan oleh Rizal.

"Siapa Hakimi sebenarnya?" Natasha menarik nafas perlahan mendengar pertanyaan Rizal yang sudah di duganya.

"Sebenarnya, akak pun tak tau. Sejak kebelakangan ni dia ada jugak sebut pasal Hakimi tu. Katanya Hakimi tu selalu mengganggu Dira. Tapi tak de lah pulak akak tahu gangguan yang macam mana. Yang akak perasan dia selalu meracau-racau masa tidur" Kata-kata Natasha membuatkan Rizal termenung.




credit to GOOGLE


Aku menyiram pokok bunga di taman sambil menyanyi-nyanyi kecil. Seronok jugak bangun pagi-pagi macam ni sambil siram pokok bunga. Kalau tahu best macam ni, hari-hari aku nak bangun pagi. Tapi ni pun sebab kak long yang selalu membebel.

"Assalamualaikum..." tiba-tiba kedengaran suara lelaki memberi salam. Aku menjenguk melihat di pintu pagar. Rizal? Alamak, mimpi ngeri aku dah datang! Apahal dia datang sini pagi-pagi macam ni. Pagi erk...pukul 9 pagi lah jugak kan.

"Hai, Nadira....buat apa tu?" sahaja Rizal melagukan ayat 'buat apa tu' seolah-olah mak cik sebelah rumah datang nak ajak mengumpat. Erk...main bola. Aku hanya terdiam.

"Tak nak bagi saya masuk ke?" tanya Rizal sambil membuat muka tersepit di celah jaring-jaring pagar. Hish...buat malu je dia ni.

"Emmm..kejap-kejap"ucapku lalu berlari menuju ke pili air lalu menutup air. Perlahan-lahan aku berjalan ke pintu pagar.

"Awak nak apa?" tanya aku selamba.

"Aik, tak nak bagi saya masuk dulu ke? Panas tau tak kat luar ni". Aku mencebik sambil perlahan-lahan membuka kunci pintu pagar. Setelah pintu pagar di buka, dia menerobos masuk dan tersenyum pada aku lalu menggosok-gosok kepala aku. 

"Good girl" Ish...mamat ni, ingat aku ni anak ayam, anak kucing! Geram. Baru sahaja aku nak menumbuk bahu dia, dia dengan segera duduk di bangku taman. Aku menjelingnya.

"Kak long tak dek ke?" dia mula bersuara sambil duduk dengan selesa di bangku. 

"Ada kat dalam" jawabku pendek sambil berjalan-jalan melihat pokok bunga.

"Awak sihat?" tanyanya lagi.

"Hmmm" jawabku dengan malas.

"Hmmm je?" tanyanya lagi lalu bangun dari bangku dan mengekori aku dari belakang.

"Sihat!!!" jawabku dengan kuat tanpa menyedari dia ada di belakang aku.

"Aduh, sakit telinga...Yelah, tau awak dah sihat. Kalau tak tak delah suara awak sekuat ni" katanya sambil menggosok-gosok telinga. Haha....oh, baru aku perasan yang dia ada kat belakang aku. Padan muka. Haha.

"Awak senyum?" tanyanya sambil mengintai-intai muka aku.

"Kenapa pulak? Tak boleh nak senyum?" tanya aku dengan geram.

"Rasanya persahabatan kita ada sedikit masalah, kan. Jadi, boleh kita berkenalan semula?" erk...aku memandangnya dengan hairan. 

"Nama saya Rizal...hmmm...Rizal Hakimi" ucapnya. Aku tersenyum mendengar perkenalan ikhlasnya.

"Okay, saya Nadira Azman" ucapku pula. Tapi aku rasa macam ada something wrong somewhere. Aku baru teringat sesuatu.

"Kejap-kejap...Hakimi tu nama awak jugak ke? atau nama ayah awak?" Rizal memandang aku hairan. Namun, dia layankan je.

"Yup...nama sayalah. Okay lah...nama saya Rizal Hakimi bin Mansor" Aku menelan air liur. Tergamam. Terpana lagi. Mungkinkah.....Rizal dan Hakimi orang yang sama. Huh?

"Nadira, are you okay?" aku cuba untuk bertahan. Walaupun jantung aku sudah berdenyut kencang.

"Hakimi..." ucapku perlahan. Namun masih di dengari Rizal. Rizal terpana juga mendengar Nadira menyebut nama Hakimi. Apakah selama ini...Hakimi yang Nadira maksudkan adalah dia? Tiba-tiba perasaan Dejavu muncul lagi.

"Nadira bertenang. Ingatkan Allah...okay! Cuba ceritakan pada saya apa sebenarnya semua ini?" aku cuba mencari kekuatan untuk berkata-kata.

"Hakimi dan awak orang yang sama kan?" Rizal menggeleng-gelengkan kepala.

"Saya tak faham" Rizal masih lagi keliru.

"Awak...maksud saya orang yang selalu muncul dalam mimpi saya adalah awak" Rizal tergamam.

"Betul ke ni, Nadira?" aku mengangguk.

"Oh, jadi apa cerita sebenarnya mimpi awak tu?" tanya Rizal bersungguh-sungguh ingin tahu. Natasha yang dari tadi menjadi pemerhati datang kepada mereka.

"Kalau Rizal nak tahu, dalam mimpi tu......"

"Kak Long, jangan nak pandai-pandai cerita" marah aku pada Kak Long. Rizal masih lagi terpinga-pinga. Tak kan lah nak cerita. Malu seh!

"Apa pulak? Biar Kak Long cerita je. Nak tunggu kau cakap alamatnya setiap kali jumpa Rizal kau macam nampak hantu" Ish...Kak Long ni sibuk je. Suka hati aku lah.

"Hakimi tu...dalam mimpi asyik je kejar Dira. Kononnya nak Dira jadi isteri dia. Hampir sebulan jugaklah dia mimpi macam tu sampai meracau-racau. Lepas Rizal balik dari Australia dan datang sini baru perasan yang dia dah tak mimpi lagi" Fuh, aku meniup tudung bawal ke atas menahan geram dengan cerita mimpi aku yang kak long dah bongkarkan.

Rizal mula memandang aku sambil tersenyum-senyum. Apahal?

"Akak pelik lah. Kalau betullah Hakimi yang dia mimpikan tu macam muka Rizal. Kenapa lah nak takut sangat. Rizal kan handsome mestilah Hakimi tu pun handsome jugakkan? Apalah Dira ni, dah lah akak nak masuk dulu. Buat pening kepala je layan Dira ni" akak segera masuk ke dalam rumah. Aku masih lagi terdiam. Ya...tengah merelakan diri untuk ditertawakan oleh Rizal di sini. Uhuk!

"Kak Long tipu je tu" ayat bajet menahan malu aku walaupun aku tahu Rizal takkan percaya dengan apa pun alasan yang aku bagi sekarang.

"Kan saya dah cakap...kita memang pernah jumpa. Awak memang dah tahu sejak dari awal tapi sengaja buat saya tertanya-tanya" ucap Rizal. Erk...ye ke? Suka-suka hati je dia ni. Mana lah aku tahu.

"Sekarang awak dah tahu kan? Jadi tu sajalah. Mimpi hanya mimpi. Biar hanya jadi mimpi sahaja" tuturku  sengaja mahu menamatkan tekaannya.

"Oh, hanya mimpi je? Jadi awak memang tak ada perasaan pada saya ke?" tiba-tiba pulak mamat ni bertanya tentang perasaan. Hishh...

"Ehem...persahabatan kita memang ada masalah sikit sejak dari mula. Jadi jom kita bersahabat sekali lagi. Saya Nadira Azman. Awak Rizal Hakimi bin Mansor, kan? Mulai hari ini, di pagi yang indah ini persahabatan kita termeterai dengan rasminya, okay!" ucapku dengan panjang lebar sambil menyambung hujung ibu jari dengan hujung jari telunjuk tanda okay. Rizal tertawa kecil.

"Okay, tapi Hakimi tetap akan wujud tau" aku menjeling pada Rizal. Dia memeluk tubuhnya sambil berfikir.

"Saya rasa macam pernah alami je semua ni" ucap Rizal lagi. Aku menjeling lagi. Nak perli lah tu.

"Macam Dejavu kan?" tanyaku dengan nada menyindir lalu kami sama-sama tergelak.


~TAMAT~



1ST note : cerpen ini mengandungi unsur-unsur bahasa pasar. Tidak sesuai untuk mereka yang tidak suka pergi pasar. =D (Berapa banyak mahu ulang daa)

2ND note : berakhir di sini sudah cerpen yang aku terjumpa dalam note book kecik milik 'entah siapa'.

3RD note : yeaa...cerita ini memang setakat ini sahaja. Tak ada sambungan apa-apa dah. Betul!!!=D

4TH note : terima kasih pada mereka-mereka yang sudi baca dan komen cerpen yang first di 'tayangkan' di sini ini. Thank you-thank you-thank you.

5TH note : cerita yang di karang ini hanyalah hiburan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Dan aku pun tak expert pasal DEJAVU ni, tapi semua orang pasti pernah mengalami Dejavu,kan!! Kalau nak cerita pasal dejavu satu hari satu malam pun takkan habis. Apa kata jom kita GOOGLE beramai-ramai cari apa maksud dan background Dejavu...Hew hew....





6 comments:

  1. Ohoho! Best la cerpen ni,tersengih-sengih baca XD
    Sentiasa akan baca blog polka dot Miss Purple ni :D! Yeaahhhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks,liselle...=D
      yeah, thanks100x, i'll always hang out in you blog too ^__^

      Delete
  2. mcm crita btul pla..kehkeh..

    awk2, blog awk berat la...huhu

    lambt loading..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..thanks sebab sudi baca..=D

      oh, yeke, thank you sebab bagitau, saya pun rasa macam berat je nih!nanti nak kena check dulu, thanks2 =))

      Delete
  3. dejavu adalah sebiji kek..dipenuhi coklat..haha

    ReplyDelete