Friday, 2 March 2012

Dejavu #3



credit to GOOGLE


Aku berjalan laju-laju di tempat letak kereta di kompleks membeli belah. Aku tertoleh-toleh ke belakang. Aku nampak bayang-bayang yang sama mengejar aku lagi. Peluh mula menitik di dahiku. Menyesal aku keluar dulu dari Kak Long tadi. Tak pasal-pasal aku kena pergi car park sorang-sorang. Hishh...aku mula berlari dan bayang-bayang itu ikut berlari.

"Nadira!!" suara itu menjerit memanggil aku. Tapi rasanya aku macam kenal je dengan suara ni. Aku memberanikan diri berpaling ke belakang. Erk....Rizal! Ya Allah...tak tahu aku harus rasa macam mana lagi masa ni. Gembira, lega, nak marah semuanya ada. Rizal berhenti di hadapanku dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku memandangnya dengan perasaan geram.

"Kenapa awak ni?" Rizal memandang aku yang sudah berkerut dahi menahan marah.

"Sorry, Nadira. Saya tak sengaja nak buat awak takut, saya cuma nak pastikan betul atau tidak awak tadi.Tapi tak sangka pulak awak tiba-tiba lari" aku mendengus perlahan.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Awak betul-betul buat saya rasa macam......." aku tak habiskan ayat aku sebab aku tak tahu macam mana nak terangkan perasaan aku masa dia kejar tadi. Aku betul-betul rasa macam sedang mengalami mimpi yang sama seperti sebelum ini. Hakimi mengejar aku seperti mimpi ngeri bagi aku. Aku di buru Hakimi semata-mata lelaki itu mahu aku menjadi isterinya. Heh. Memang lawak mimpi aku ni tapi bagi aku ianya sangat mengerikan bila di kejar begitu. Lebih menggerunkan Hakimi dan Rizal memiliki wajah yang sama.

"Okay, sorry...saya tak buat lagi, okay! Sorry, sorry, sorry....." ucap Rizal bersungguh-sungguh. Aku hanya menggangguk perlahan dengan selamba lalu berjalan meninggalkan Rizal. Rizal mula berjalan di sebelahku.

"Awak buat apa kat sini?" tanyaku tanpa memandang mukanya.

"Saya jalan-jalan kat atas tadi dan singgah kedai buku. Tiba-tiba jumpa awak kat sini" Panjang lebar pula dia menerangkan pada aku.

"Ohh...okay" Rizal tersenyum mendengar reaksi aku.

"Hmmm...rasa macam pernah alami je semua ni. Macam Dejavu" tiba-tiba Rizal mengulangi ayat yang sama seperti sebelum ini. Aku memandangnya geram.

"Boleh tak kalau awak tak perli-perli saya lagi" Rizal tersenyum hairan.

"Mana ada perli. Saya cakap benda yang betul" Biar betul mamat ni. Aku pandangnya dengan wajah yang serius. Dan dia membalas balik dengan pandangan yang serius.

"Tak kan lah kot..." kataku perlahan namun masih boleh di dengar oleh Rizal.

"Kenapa pulak? Semua orang pernah alami dejavu, kan. Takkan awak tak pernah alami Dejavu?" ucap Rizal dengan nada yang serius. Aku terdiam.

"Saya tau awak mesti pernah alami Dejavu jugak kan?" tanyanya tiba-tiba sambil tersenyum.

"Apa?" aku cuba untuk menidakkannya.

"Kali pertama kita jumpa, awak dah tercengang tengok saya. Masa tu baru saya sedar yang saya jugak rasa macam pernah jumpa awak" aku terdiam lagi dan mula terfikir. Apakah Rizal juga mengalami situasi yang sama dengan aku namun dengan cara yang berbeza?

"Tak tak...bukan Dejavu. Dejavu hanya bagi awak...bukan pada saya" aku cuba menafikan lagi. Tapi betullah. Aku mengalami mimpi tentang dia dan dia mengalami Dejavu tentang aku. Hah? Macam ni pun ada?

"Habis apa yang awak alami masa kali pertama kita berjumpa tu?" aku tertawa kecil.

"Tak ada apa-apa...saya cuma terkejut. Ermm...mungkin sebab muka awak mengingatkan saya pada...erm...pada atuk saya" tiba-tiba aku sebut pasal atuk. Sengaja tak mahu Rizal tahu cerita sebenar tentang mimpi aku. Malu seh!
Rizal tergelak mendengar kata-kata aku. Ada riak tidak percaya pada wajahnya.

"Oh, ye ke muka saya ni macam atuk awak? atau ada something yang awak sorokkan dari saya?" erk...aku terdiam.

"Okey, let's say bukan sebab muka saya macam atuk awak. Hmmm...mungkin jugak sebab awak dah jatuh cinta pandang pertama pada saya, kan? Tu lah jugak sebabnya.........." ish dia nih suka-suka hati je.

"Tu lah jugak sebabnya apa pulak?" 

"Sebab awak jatuh cinta pandang pertama kat saya lah awak jatuh tangga hari tu kan, hahaha" aku menahan geram. Kenapalah aku mesti jumpa dia lagi kat sini? Arghhh....

"Awak jangan nak perasan lebih-lebih, okay. Semuanya tak ada kena mengena dengan awak lah" ucapku dengan geram lalu cepat-cepat berjalan meninggalkannya. Rizal cepat-cepat mengekori aku dari belakang. Aku cepat-cepat berpaling padanya, ingatkan nak marahkan dia lagi tapi tiba-tiba pandangan aku kabur dan aku ternampak wajah Hakimi pada Rizal. Jantung aku berdenyut kencang. Aku jadi tergamam dan kaku di situ. Rizal turut tergamam melihat reaksinya.

"Nadira....Nadira..."panggil Rizal sambil menampar-nampar pipi aku perlahan.

"Rizal" Natasha muncul dari belakang.

"Kenapa ni, Rizal?" tanya Natasha bila melihat Rizal yang menampar-nampar wajah aku dan aku yang masih lagi kaku di hadapan mereka.

"Tak tau, kak. Tiba-tiba je Nadira jadi macam ni" Kak Long memegang lengan aku sambil memanggil-manggil nama aku. Rizal mengambil air mineral dari dalam keretanya dan segera berlari kepada aku dan Kak Long. Rizal membaca ayat-ayat al-Quran dan meniup pada muncung botol. Air dari botol mineral di tuang ke tangannya dan di sapu perlahan-lahan ke muka aku. Perlahan-lahan aku mula tersedar. Sebaik sahaja nampak wajah kak long, aku segera memeluk kak long.

"Kak long, Hakimi muncul lagi" ucapku dengan menggigil. Rizal dan Kak Long tercengang.



bersambung......


nota di tangan : ada unsur-unsur bahasa pasar di sini. Tidak sesuai untuk mereka yang tak suka pergi pasar...=D





2 comments:

  1. tergamam... saya pernah gak alami dejavu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, semua orang pernah alami dejavu! tak tahu lah apa rahsia dejavu sebenarnya.

      Delete