Friday, 2 March 2012

Dejavu #2


Kak long memimpin aku duduk di sofa. Aku dah mengaduh sambil menggosok-gosok buku lali.

"Apa ni Dira, takkanlah turun tangga pun dah tak pandai...tiba-tiba pulak boleh jatuh" Kak long dah mula membebel. Eee...Kak Long ni...masa ni lah dia nak mencocet-cocet. Aku mendongak memandang Rizal yang dari tadi berdiri di hadapanku. Mula-mula riak wajahnya kelihatan risau, namun apabila melihat wajah aku yang masih lagi terkejut memandangnya dia mula tergelak kecil. Waaa….nak nangis aku. Kau gelak kenapa??

"Aduh, Kak long…Dira rasa baik Dira rehat kat atas" Sebenarnya alasan je aku nak berehat kat atas. Aku malu. Mana tak nya tiba-tiba pulak boleh jatuh di depan tetamu. Haru.

"Sakit sangat ke?" tanya kak long.

"Kalau macam tu, baik kita bawa Dira ke klinik je" cadang Rizal.

"Eh, tak payahlah. Ni kalau letak minyak urut dan berehat sekejap okey lah nanti" aku cepat-cepat mengelat untuk di bawa ke klinik.

Aku memandang Rizal lagi. Betul ke mamat ni ? Macam mana aku boleh terjumpa dia kat sini lagi. Aku lihat Rizal tergelak-gelak kecil lagi. Walaupun aku dah bagi jelingan maut lagi bertambah-tambah dia gelak. Hishh…menyakitkan hati.

"Eh, Rizal…yang kau gelak-gelak ni kenapa ? Tak baik gelakkan orang macam tu tau" Kak Misha yang menyedari reaksi Rizal mula menegur. Bagus Kak Misha. Sokong seratus peratus.

"Bukan sengaja, kak. Rizal bukannya apa. Cuma rasa macam dah pernah alami je peristiwa macam ni. Macam….hmmm…Dejavu !!" Katanya lalu tergelak-gelak lagi. Hishh…geram. Sabar Dira, sabar…

Aku pandang Kak Long " Akak, bawak Dira berehat kat kerusi luar kejap. Dira rasa angin kat luar tu boleh sembuhkan kaki Dira ni...angin kat dalam tak berapa bagus la kak" kataku pada kak long sambil ayat yang terakhir tu aku bisikkan pada telinga kak long. Rizal sudah mengangkat sebelah kening cuba untuk menguping. Ngap...sekali cubitan berbisa dari kak long singgah di lengan. Sakit lah, ketam!!!

"Kau ni mengada-ngada lah" kak long membebel lagi. Kak Misha pula tersenyum-senyum sambil sesekali mencubit lengan Rizal yang tak habis-habis nak gelakkan aku.

"Kak Long, pleaseeee....."



credit to GOOGLE


Di dalam rumah aku dengar mereka sedang makan sambil bergelak ketawa. Amboi amboi bahagia betul korang ye! Tiba-tiba perut aku mula berdendang lagu keroncong. Ah, perut kasihan kau di anak tirikan. Sabarlah ya... Kau makanlah angin kat luar ni dulu. Angin pun bagus jugak banyak oksigen. Bagus untuk kesihatan. Uhuk!

Tapi bila di fikirkan balik. Kenapalah aku mesti jumpa mamat ni lagi. Bukankah dalam mimpi hubungan kami dah berakhir. Takkan lah dalam alam nyata pun aku kena jumpa dengan dia lagi. Dalam keadaan memalukan pulak tu. Nasib kau lah, Dira!!

"Ehem" tiba-tiba ada suara berdehem dari belakang. Aku buat-buat tak tahu. Tiba-tiba dia menghulurkan sepotong puding gula hangus. Aku memandang puding yang di hulur sambil menelan air liur. Tapi aku cepat-cepat berpaling ke tempat lain. Dia tersenyum lalu duduk di sebelahku sambil memegang piring puding gula hangus.

"Kak Natasha cakap awak suka makan puding gula hangus" 

"Tak lah, akak tipu je tu" gila kau. Siapa cakap aku tak suka. Favourite aku tak hingat tu! Tiba-tiba perut aku berbunyi lagi. Kali ni lebih jelas. Erk...Rizal dan aku berpandangan antara satu sama lain dengan riak wajah terkejut. Aku cepat-cepat berpaling tempat lain. Arghh...malu gila! Macam nak lari dari sini je! Kemudian kedengaran dia tergelak kecil. Aku dah memejam mata tanda malu dan dia pulak masih tergelak. Arghh...tidak! tidak!

"Lapar ek? Tu lah.....tadi.... jual mahal...tak suka kan puding ni....tak pe lah saya makan dulu lah ya..." Saja dia melagukan kata-katanya. Rizal mula membaca bismillah lalu mahu mengorek puding di atas piring. Eleh, tak hairan lah. Tapi...adoi...lapar. 

"Ehem...ehem" aku mula berdehem. Dia tak jadi mengorek puding di atas piring lalu berpaling pada aku dengan senyuman nakal. 

"Kenapa?" aku pandang piring di tangannya. Dia memandang piring di tangannya dan muka aku silih berganti. 

"Puding" ucap aku perlahan sambil memandang ke tempat lain. Malu. Dia tersengih-sengih sambil menghulurkan puding kepadaku. Aku menyambut piring puding dari tangannya. Sedang aku asyik menyuap puding dia pulak memerhatikan pokok-pokok bunga di halaman rumah. Tiba-tiba dia bersuara,

"Patutlah ada Dejavu, rupanya kita memang di takdirkan berjumpa....." aku hampir tersedak bila dia sebut pasal dejavu.

"Eh, awak okay tak?" ah, kau memang tak senonoh lah Dira, tak senonoh. Nasib baik tak bersembur puding. Kalau bersembur tadi aku sanggup lari walaupun kaki dah rengkat macam ni. Tapi akak, kenapa lah adik kawan akak tu dia. Kenapa mesti dia??

"Sekejap saya pergi ambikkan air kat dalam" dia masuk ke dalam rumah kemudian muncul semula dengan air kosong di tangan.

"Thanks" ucapku. Dan dia ketawa lagi. Ketawa lah. Ketawa lah banyak-banyak lagi. Arghh...


Selepas Rizal dan Kak Misha datang ke rumah tempoh hari, baru aku perasan sesuatu. Aku dah tak mimpi pasal Hakimi lagi. Pendek kata sejak aku bertemu Rizal, sejak dari itulah mimpi aku tentang Hakimi terus lenyap dan seolah-olah Hakimi telah keluar dari alam mimpi dan menjelma sebagai Rizal di alam nyata. Dan sampai sekarang aku masih tak faham bagaimana Hakimi di alam mimpi boleh menjadi Rizal di alam realiti. Semuanya kuasa Allah s.w.t, hmmm tak perlulah aku nak persoalkan lagi. Yang sama nya lagi pasal mereka berdua, dua-duanya sering mengganggu aku. Sebab itu jugak lah aku tak boleh nak terima Rizal sebagai kawan walaupun Kak Misha dan Kak Long cakap 

"Eloklah korang berdua berkawan-kawan. Rizal pun tak ramai kawan kat Malaysia ni"


bersambung.......




nota di tangan : terdapat unsur-unsur bahasa pasar di sini. Tidak sesuai bagi mereka yang tidak suka pergi pasar...=D


2 comments:

  1. This Rizal is very scary! avoid himXDD
    Huhu! teringat plak mase dlu pernah pg jamuan mkn
    kt rumah kwn,sbbkn sorang laki tu sy menggeletar pegang pinggan sampai semua org tgok..malu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...kesian liselle. Pernah juga jadi macam tu kat saya.Huhu..

      Anyway, thanks sebab sudi baca cerita yang tak seberapa nih..heheh =D

      Delete