Thursday, 1 March 2012

Dejavu #1



Lelaki ni bukan hero dalam ini cerita...harhar-credit to GOOGLE


Aku tercengang di situ. Betul ke  apa yang aku nampak ni? Ni kan lelaki yang dalam mimpi aku semalam. Lelaki itu turut tercengang melihat reaksi aku yang tiba-tiba kaku di hadapannya. Kemudian lelaki itu tersenyum.

"Ehem, kacak sangat ke saya ni ?" tiba-tiba dia bersuara. Suaranya. Walaupun aku ingat-ingat lupa tapi masih sama seperti lelaki di dalam mimpi semalam. Senyuman juga yang sama. Aku menelan air liur sebelum cuba untuk tersedar dari mimpi di siang hari. Aku membetulkan kedudukan aku berdiri dan cuba kembali ke alam yang nyata. Malu mula menyerbu ke muka. Senyumannya buat aku tidak senang di situ. Aku cepat-cepat berlalu dari situ.

"Cik..." panggilnya sedangkan aku sudah cepat-cepat berjalan. Dia mengekori aku. ish...dah  la jangan ikut aku lagi. Tak cukup-cukup lagi ke dalam mimpi sekarang pun masih nak ganggu aku.

Dia berasa hairan, kenapa dia perlu mengejar gadis ini tapi reaksi gadis itu terhadapnya tadi membuatkan dia tertanya-tanya.

"Cik…" lelaki itu sempat mengejarku dan berdiri di hadapanku. Aku terhenti dan memandangnya.

"Awak nak apa lagi ?" tanyaku sehingga membuatkan lelaki itu bertambah tertanya-tanya. Aku pula bagai baru tersedar bila aku sudah menuturkan soalan itu. Alamak, apasal aku terbawak-bawak mimpi ke alam nyata pulak ni.

"Cik kenal saya ke ?" aku memandangnya lalu menggelengkan kepala.

"Tak...saya tak kenal awak pun" ucapku dengan bersungguh namun masih bersahaja.

"Eh, betul ke ni? Atau kita pernah jumpa kat mana-mana ke?” tanyanya sambil tersenyum nakal.
Ish...apahal pulak mamat ni. Aku menjeling ke atas tanda bosan.

"Saya cakap saya tak kenal awak, saya tak kenal lah" kataku lagi dengan nada bosan. Lelaki tadi nampaknya masih tidak berpuas hati.

"Tapi kita ni macam pernah jumpa kan?” tanyanya tiba-tiba dan membuatkan aku terperanjat. Aku merenungnya. Apa dia pun sama macam aku juga ke? Merasai mimpi yang sama? Kah?

"Maksud saya...cara awak tengok saya tadi macam kita ni dah pernah jumpa kan?"

Ah...dia ni saja nak kenakan aku. Aku mendengus perlahan. Berpura-pura berfikir sambil meletakkan jari di dagu dan merenung lelaki itu dalam-dalam. Aku kena berlakon ni. Kalau tak buat malu jer. Caranya itu menarik perhatian lelaki itu. Comel.

"Ermm…mungkin ya…mungkin tak" jawabku lalu segera mahu berlalu. Sekadar mahu memberikan jawapan yang aku sendiri tidak pasti. Lelaki itu terdiam dan membiarkan aku berlalu. Dia seolah-olah masih berfikir.

"Dejavu?" katanya kuat-kuat supaya menarik perhatian aku untuk berpaling. Ya, dan aku pun berpaling. Dia tersenyum seperti di dalam mimpi semalam. Aku terpana sekejap. Tak boleh, tak boleh aku kena berlakon lagi nih. Aku membalas senyumannya dengan senyuman yang paling manis. Lelaki itu turut tersenyum manis. Mengharapkan tekaannya betul.

"Ermm...mungkin tak” senyuman di bibir lelaki itu hilang. Aku terus berlalu pergi. Lelaki itu membiarkan aku pergi. Hmmm…menarik. Gadis yang menarik.


Malam itu aku bermimpi lagi. Mimpi yang sama tentang lelaki itu. Aku menyorok dibelakang kotak-kotak kayu yang bertimbun. Nafas aku turun naik tanda aku baru saja menghabiskan larian yang entah berapa ribu langkah semata-mata mahu menyelamatkan diri dari lelaki itu. Aku mengintai-intai di celah kotak. Bayangan lelaki itu sudah hilang. Lega.

"Kat sini awak rupanya " satu suara kedengaran dari belakang. Aku segera berpaling dan tanpa membuang masa aku sudah bersedia untuk melarikan diri. Tapi sebelum sempat aku menolak lelaki di hadapan aku yang cuba menghalang  aku, tiba-tiba dia bersuara lagi.

"Jangan lari... jangan bimbang saya takkan apa-apa kan awak" aku masih tidak percaya. Tapi dia tersenyum dan cuba  berdiri jauh dari aku.  Melihat itu, aku cuba untuk percayakannya, namun aku masih berjaga-jaga.

"Awak...benar-benar tak mahu jadi milik saya? Isteri saya?” aku mengerlingnya dengan ekor mata. Tidak berani untuk bertentang mata dengannya. Aku hairan, tiba-tiba saja dia berubah hari ni. Bicaranya kali ini lembut tidak sekasar sebelum ini. Selalunya lelaki ini panas baran semacam jer.

"Kalau betul saya boleh buat pilihan ini, saya memang tak nak" jawabku dengan nada yang terketar-ketar.

"Saya tau...tak pe lah, awak takkan jumpa dah saya lagi lepas ni. Hakimi harap awak bahagia” biar betul? 
Aku berpaling padanya dan dia lagi tiada di situ. Hilang.

Aku terus terjaga dari tidur. Ah…mimpi lagi. Ermm…aku mimpi apa tadi ? oh ya ! dia takkan ganggu aku lagi dah. Alhamdulillah.

"Dira !!!" suara jeritan kak long sudah kedengaran. Aduh…minah ni…aku tengok jam kat meja pukul 8 pagi. Hish..nak tidur pun tak senang. Ada saja makhluk yang nak menggangu aku. Sudah-sudah lah dengan Hakimi ni kak long pulak. Eh, but wait...Hakimi? Macam mana aku boleh ingat nama dia Hakimi?

Aku turun tangga dalam keadaan malas.

"Apahal ni kak long...bising je...tak tau ke orang nak tidur ke nak apa..." kak long mencekak pinggang melihat aku turun.
"Tidur?...kau ni tak habis-habis tidur…bawak-bawak lah bangun" aku menguap sambil menuju ke sofa. Berkira-kira mahu menyambung tidur di situ pulak.
"Hoii...ewah-ewah banyak cantik kau...eh bangun lah...tak payah nak bermimpi kat sini pulak... ikut akak pergi tesco kejap lagi. Akak nak buat jamuan sikit hari ni" haipp...jamuan apa pulak minah ni. Tak pernah-pernah pun.
"Apasal nak buat jamuan pulak? Birthday akak dah lepas kan?" tanyaku tanpa memandang kak long.

"Mestilah tak...kawan akak baru balik dari Australia nak datang melawat. Sajalah nak buat makan-makan sikit. Cepatlah pergi mandi nanti tak sempat pulak nak masak" arah kak long sambil menarik lengan aku.

"Yelah-yelah" hish...kawan ke pakwe? Beria-ria je. Selalunya kalau kawan nak jumpa mesti kat luar je, pizza lah, KFC lah...tak matured langsung. Hari ni tiba-tiba pulak nak masak. Dah matured kot. Haha..
"Kau gelak apa?" erkk..


Credit to GOOGLE

"Hari ni kita masak tom yam special. Pasti sedap hingga menjilat jari, kari kepala ikan pasti terangkat, dalca terbaik resepi nenek, pudding gula hangus lemak berkrim di sukai ramai, kek buah-buhan terbaik dari secret resepi, jus mangga dan sirap limau dari Natasha Azman" aku pandang kak long dengan pandangan yang tak percaya.  Biar betul minah ni. Kak long tak mempedulikan aku. sebaliknya dia sibuk mengarahkan aku untuk buat itu ini. Mulutnya tak henti-henti mencocet-cocet dari tadi. Aku pulak jadi bosan.

"Eee…banyaknya kak long. Berapa orang nak datang makan ni?” aku memandang kak long dengan muka penat. Kak long tersenyum lalu menunjukkan simbol peace kat aku.

"20 orang? Ramainya!!" kak long memandang aku.
"Tak lah, dua" aku memandang kak long dengan pandangan tak percaya.
"Apa? Dua? Mak aihh...diorang ni ikan paus ke kak long?"
"shut up, buatlah kerja kau"

Setelah 3 jam bergelumang di dapur, tiba-tiba loceng rumah berbunyi.

"Ah..tu mesti dorang dah datang, kau hidanglah dulu apa yang belum di hidang lagi, kak long nak pergi tengok dorang kejap”

Aku berdiri di meja yang penuh dengan pelbagai juadah air tangan kak long dan pembantu berdedikasinya iaitu aku. Hmm...baik aku naik atas tukar baju. Kak long tak aci betul...sempat lagi masa aku tengah buat kerja kat dapur sorang-sorang mencocet-cocet ingatkan kak long ada kat belakang aku tengah buat kerja  sama-sama tapi bila tengok tiba-tiba entah dari mana muncul dengan pakaian yang cukup cantik dengan wangian yang menusuk kalbu...wah-wah...cantik betul perangai. Tapi masalahnya aku ni pulak dah macam orang gaji... haishh...baik aku pergi tukar baju sekarang.

"Duduklah...rehatlah dulu, nanti aku bawakkan air"

"Eh, Natasha tak payahlah susah-susah...eh mana adik kau?"


"Tak dek susahnya, oh..dira ada kat dapur tu" ucap kak long sambil Misha mengekor kak long ke dapur.


"Wah...banyaknya kau masak ni...macam nak kenduri pun ada"



"Alah...biase-biase jer, ni aku masak untuk korang berdua lah"


"Aku tau, ni mesti kau ingat Rizal ni macam dulu kan ? Suka makan, tu yang kau masak banyak-banyak ni?"

"Oh, dia dah tak kuat makan ke?" Misha mengangkat bahu.

"Hmm...tapi aku rasa kalau dia tengok semua ni mesti selera makan dia datang balik"

"Baguslah macam tu…eh, pergilah panggil Rizal tu makan…aku nak letak air je ni"



Ah segarnya mandi…barulah aku rasa macam manusia balik.

"Dira!!!" adoyai...makhluk ni lagi. Kak long dah muncul dimuka pintu bilik aku.

"Eh, Dira cepatlah...kau ni bersiap macam pengantin pulak"

"Eh, apa pulak, akak pergi lah makan dulu. Tak payahlah tunggu orang. Orang nak berehat lah kejap"

"Ewah-ewah…bukan main lagi nak berehat. Cepatlah, kawan akak nak kenal kau. Takkan tak nak tunjuk muka.."

"Yelah-yelah, kejap lagi orang turun lah" 

Aku turun tangga dan lihat dorang sedang gembira berborak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang mana satu agaknya yang suka makan? Mesti yang yang lelaki tu...tapi takkanlah..kurus je aku tengok...yang perempuan tak? Mungkin jugak sebab dia lagi berisi.

"Dira, meh sini kenalkan ni kawan akak masa kat Australia dulu dan ni adik dia Rizal" mereka berdua berpaling pada aku. Belum sempat aku melangkah satu lagi anak tangga, aku sudah terpana melihat lelaki itu. Hah? Tanpa disedari aku gagal mengawal imbangan badan lalu jatuh tersungkur depan tangga. Aduhh...

"Eh, Dira" mereka semua cepat-cepat mendapatkan Dira.


bersambung....



nota di tangan : Cerpen ini mengandungi banyak bahasa pasar. Tidak sesuai untuk mereka yang tak suka pergi pasar.!!! =D


6 comments:

  1. hahahahaha keluar air mata baca part yang awal-awal tu...hehe... :P

    anyway,suka cara penulisan kamu.terang dan tak berbelit... hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk...haha...

      thanks, nanti saya tolong cakap kat penulis sebenar tu...haha =P

      Delete
  2. Ini cerpen penulis misteri yg Miss Purple ckp tu?
    Bestla cerpen ni!!!Okayla pg Pasar Raya pun pasar jgak hehehe XD.
    Huhu selalu ada DejaVu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup!!=D
      pasar raya pun bolehlah!!...hehe =D

      Delete
  3. dejavu?
    pnh2..

    cpt2..uodate smbungan..
    :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay, sedang menaip dan mengedit..hehe =D

      Delete