Friday, 17 February 2012

Yea...aku lupa...bencik!

Assalamualaikum....

Ehem...wah...macam gedik je tajuk entry aku kali ni. Ya...aku memang pelupa so, what! uhukkk...takdek mende pun cuma di kala satu hari itu aku telah mendapat sekeping email (boleh ke sekeping, boleh la kut comel sket) tapi dengan sombongnya aku telah meng' ignore kan email itu sebab aku ingat tu mesti email kawan-kawan dari laman muka book yang ajak main cityville tu (padahal bizi melayan RUNNING MAN, series gelak guling-guling tengok running man, terutama bila tengok keganasan encik jong kok...erkk, okeh i surrender) ...takpe-takpe...jangan risau korang akan aku approvekan untuk di abadikan menjadi neighbour aku...nanti rajin-rajin lah tolong kutip aku punya sayur mayur dan buah-buahan sekali yea sebab aku nih malas sket nak bukak cityville tu di kala mood untuk bermain game tidak kunjung tiba...al maklumlah lama-lama nanti tak berkutip busuk la pulak tanaman aku di makan ulat gonggok...(ada ke?) membazir je duit yang aku laburkan nak beli tanaman tu semua...haishhh...(eh, apa pasal aku rasa sengal semacam je aku punya entry kali ni)

Sebelum aku melalut melebih-lebih cerita pasal cityville, elok lah aku kembali ke pangkal jalan tadi. Pasal email tadi, lalu dengan rasa rajinnya pada hari semalam aku telah membuka email ku itu dah punyalah aku terkejut. Seperti mendapat satu tamparan di pipi ku yang gebu....(dah-dah..tiba-tiba aku terasa sengal) ehem...ahai....back to normal... series lah memang terkejut...seolah-olah ingatan aku yang dahulunya hilang kembali pulang  (macam tajuk lagu itulah)....



Rupa-rupanya email dari encik I-LEARN... dia cakap aku belum lengkapkan SUFO lagi, sebagai akibatnya result exam akan di sekat kalau tak lengkapkan encik SUFO. Punyalah gelabah otteke..otteke..., setelah merelaxkan diri seberapa saat aku pun baca sekali lagi email tersebut dari awal pangkal hingga ke akhir pangkal...oh.....masih boleh buat lagi...tarikh tutupnya 28hb/2/2012...Alhamdulillah...So, aku pun dengan happynya membuka encik chrome dan menggoogle uitm student portal, lalu setelah di login, aku masuk ke i-learn dan ternampak lah encik-encik dan puan-puan subjek yang masih terbengkalai tiada siapa pun yang peduli kerana kegirangan tuannya merayakan cuti selama sebulan, punyalah detail kan aku terang (adakah aku sedang mengalami kesengalan lagi?) 

Setelah itu, evaluation aku jalankan ke atas soalan-soalan yang diberikan encik SUFO, ibarat memejam mata aku hanya menjawab strongly agree tanpa ragu-ragu untuk kesemuanya. Hipokrit? Mestilah tidak. Aku jujur orangnya...hew hew...Lecturer Uitm semua hebat-hebat. Kalau tak dapat nak paham tu mestilah masalah yang datangnya dari diri aku sendiri, ye idok. (positif...positif). Setelah dengan bangganya menjawab semua soalan untuk subjek tersebut (mestilah bangga sebab dapat jawab kan, pulak tu soalan senang. Confirm-confirm kalau di bawak ke final exam dapat dean list....hew hew). Dengan penuh senyuman di kalbu aku terus scroll ke bawah, scroll lagi dan lagi. Aku makin konpius. Aku scroll lagi sampai encik scroller kat sebelah menjeling 'dah habis dah kau scroll, tak payah nak susah payah lagi nak scroll' bisik encik scroller di dalam hati aku. Apakah? Mana butang submit weh? Kenapakah? Aku pun ndak tau bah. Otteke...otteke...hew hew...

Di kala kepenatan, aku berfikir. Ligat otak aku berfikir. Kejadian paranormal kah yang sedang berlaku ke atas diri ini?Sudahlah pendrive merah 8G KINGSTON aku yang cun cun je aku letak di atas meja study ku tetiba hilang tanpa menampakkan batang hidungnya lagi walaupun dia takdek batang hidung tapi tak mengapalah baik aku sambung cerita pasal SUFO tadi. Tetiba sedang aku berfikir, muncul lah wajah pensyarah bahasa Perancis ku di dalam fikiran. Kaitan apakah? Dia menyeru...

"You all mesti ingat kalau nak jawab quiz online perancis nanti kena bukak dengan internet explorer. Kalau dengan benda lain nanti tak dapat bukak quiz tu"


Bonjour, madame...merci!! hai hai bai bai...

Seperti Albert Einstein mendapat ilham buat kali pertama, dan kali kali yang seterusnya aku pun cuba mengaplikasikan hint di atas dan setelah aku berhempas pulas membuka encik internet explorer dan mengulang langkah-langkah yang sama dengan harapan yang menggunung akhirnya aku...Alhamdulillah...ketemu juga dengan butang submit rasa macam nak lompat-lompat dengan penuh kegirangan seperti mendapat running ball dalam reality show running man  pulak rasanya...haishhh....sengal. 

Dah habis je jawab semua evaluation aku pun lega. Harhar....

Nota di tangan : Begitulah ceritera aku di kala keboringan ini. Hew hew..tapi aku tak sengal okeh..cuma kadang-kadang je macam ni...larikkk...hew hew...
















4 comments:

  1. haha..ska tgk runningman gak! yeah! welkam 2 da club! ska tgk gwang soo sbb ekspresi mka dia yg pling xley blah! :D

    ReplyDelete
  2. welkam2...yeah...gwang soo..muka org y xdek perasaan..hihi...haha plak xabes2 nk wat mood movie dia..=)

    ReplyDelete