Thursday, 2 February 2012

Pagi yang indah

Gambar tak dek kena mengena dengan kisah pagi yang indah ini. Hanya sekadar pemanis mata erkk...tak boleh ke?

Indah pagi yang indah
Duduk di kerusi plastik
Sambil menghadap lappy
Menghadap pencarian yang hanya sikit-sikit nak menampakkan diri

Nyamuk-nyamuk di bawah meja makin kenyang menghisap darah
Apa dia ingat kaki aku ni bekalan darah dorang ke...haisshhh...
Angin kuat bertiup
Udara dari pagi ke malam dari malam ke pagi asyik lembab sejak dua menjak ni
Makin seronok la kau nyamuk-nyamuk beranak pinak
Kipas di pasang konon nak menghalau nyamuk
Tapi dari tadi aku dok menggeletar sejuk
Nyamuk punya pasal
Aku sembur aerosol pun kau tak makan saman jugak eh
Nanti la kau esok aku beli ubat nyamuk

Suasana makin sejuk..
Dah macam kat korea pun ada...ngeng macam lah pernah pergi korea
Tapi lebih kurang sama je kot sejuk, tak ke?
Kepala dah mula masuk angin bak kata Dayat
Nak tidur belum mengantuk pulak
Walaupun jam dah pukul 12.41 pagi

Tapi rasanya aku dah tak dapat nak pikir dah
Baik tutup lappy masuk tidur

Okeh, good night
Semoga hari esok adalah lebih baik dari hari ini.
Erk..aku rasa ni dah esok pun
Dah automatik masuk hari Khamis






No comments:

Post a Comment