Wednesday, 22 February 2012

My bad memory...

Assalamualaikum....

Kehidupan kampus sememangnya sangat seronok. Lebih-lebih lagi bila bersama-sama dengan kawan-kawan sekepala. Memang macam-macam perkara menyeronokkan lah kita buat. Benda-benda yang tak masuk akal pun pernah jugak ktorang buat. Aku ingat time diploma dulu aku dan roomate aku sorang ni suka buat benda pelik macam makan keropok segera cicah dengan kuah asam jeruk la, bila pagi mulalah cari tandas, kemudian jalan kaki dari pasar malam sampai ke kolej time bulan puasa pulak tu. Sudahnya sampai bilik dah masuk waktu berbuka. Rindu lah kat kau yana bila ingat balik...hewhew...

Time degree ni jumpa pulak kawan-kawan baru. Lagi ramai pulak tu yang sekepala. Hewhew..Yang minat k-pop lah, yang suka makan lah, yang suka jalan-jalan lah, yang suka gelak, dan macam-macam lagilah. Ehem...masa degree ni aku jumpa ramai giler hantu k-pop lebih berhantu dari aku sampai aku pun surrender...harhar...

Tapi bila tiba masa untuk fokus pada assignment-assignment aku rasa aku terlalu gunakan space otak aku sepenuhnya. Betul ke? Yea...space-space itu di penuhi dengan stress yang menolak-nolak urat kepala untuk terus fokus sampai aku rasa aku telah mengabaikan perkara-perkara remeh di sekeliling. Maka terjadilah keadaan di mana aku jadi pelupa yang tegar. Scaryyyy gila lah!

Damn you stress!! 




Sem lepas aku boleh tersilap sauk selipar jepun roomate aku dan menonong pergi bilik classmate aku. Bila sampai bilik classmate aku...hayarkkkk....

Masa kat bilik study pulak, kan kita kena tinggal selipar kat luar. So, bila masuk bilik study, discuss dengan Dayat dan Yana then rasa nak pergi toilet keluar je terus aku sauk selipar dengan yakin tanpa membiarkan otak menganalis dulu selipar aku jenis apa, kaler apa. Bila balik je dari toilet dan baru je nak masuk aku terpandang selipar yang aku sauk....ehhhh...ni macam selipar aku yang makcik cleaner buang 2 bulan yang lepas.(kat sini hampir semua orang ada selipar yang sama dengan orang lain, al maklumlah giant sentiasa menyediakan selipar dengan harga yang berpatutan untuk kami, THANKS,GIANT =p). Hayakkk...Selipar tu bukan aku yang punya,tapi budak lain yang stay dalam tu jugak. Seb baik budak tu tak keluar time aku keluar, kalau tak harus ada sesi pandangan yang pelik antara satu sama lain. Hew hew..


Bila dok khusyuk buat assignment pulak dan pastu rasa lega gila dah siap. Then, esoknya dalam kelas Yana tanya aku, 

"akak, ko dah buat ke tutorial yang puan bagi minggu lepas?"

"what? bila? di manakah? apakah?" hayakkk...aku lupa dan aku lupa jugak bila masa lecturer tu cakap suruh buat. Haissshhh...

Aku pinjam buku kat library. Banyak. Konon nak buat revision lah kan. Seronok tengok buku yang ada gambar Architecture bagai. Sebab buku course aku harus banyak membaca pasal construction, banyak tulisan la kiranya, tapi buku Architect sangat colourful. Seronok tengok! Adalah lah sesetengah buku Architecture yang ktorang perlukan contohnya jenis-jenis design yang unik untuk high rise building. Tapi aku terlupa due date...Hayark...kena denda dua posen untuk satu buku..Hew hew...



Sem 5 yang akan datang tak lama lagi ni nanti sangat mendebarkan aku. Sebab dah tentu-tentu Sem 5 lah yang paling sibuk. Dengan projek dan dissertation, dengan assignment. Aku takut bila dah terlalu fokus aku akan jadi stress dan terlupa. Tidakkk...So, sebagai konklusinya kena jaga pemakanan. Kurangkan stress. Tak kisahlah, aku kena lawan jugak stress. Damn you stress! harhar...



Aku ada jugak buat satu note pad kecik. Dalam tu aku akan senaraikan dari sekecik-kecik perkara hinggalah sebesar-besarnya seperti:

1-Ingat! telefon parent once a week
2-Ingat! telefon adik paling bongsu once a week
3-Ingat! jauhkan diri dari lelaki buaya darat. (erk...)
4-Ingat! selipar toilet aku yang baru kaler pink (perlu ke?)
5-Ingat! kelas korea setiap sabtu, 8.00 malam.
6-Ingat! kumpul kupon banyak-banyak (senang nak dapat kolej sem depan)
7-Ingat! baca quran tiap-tiap malam
8-Ingat! tutorial. tutorial. tutorial
9-Ingat! assignment kat note board
10- Ingat! Ingat!
11- Ingat! erm...belum pikir lagi 

;)

nota di tangan : hope that the next semester is better than previous. Let's make havoc!!!











No comments:

Post a Comment