Sunday, 5 February 2012

Mari berkasih sayang kerana Allah

Assalamualaikum...

Aku tengah buat kerja depan lappy. Tapi dari tadi ada satu ni menjeling-jeling kat aku. Sabar-sabar. Aku terus kan kerja aku. Tapi aku sendirik pun rasa rindu nak jumpa dia...kikikikihh (arghhh gedik la kau).

Hadoii...dia asyik tanya aku. Awak suka saya tak?

ERk...erm memang la suka, tapi saya ada kerja la, sayang. (hamboih..dah bersayang-sayang pulak sekarang)

Memang la dari tadi lagi dia asyik tanya aku...Awak suka saya tak? (melted)

Nak tau tak sape...ni hah...dushhh

harharhar...saya larr ;)


Aku ingat kan mungkin aku akan habis baca novel ni masa cuti sem depan tapi tak sampai sem depan mula dah, tinggal lagi suku je lagi nak habes. Jalan cerita novel ni memang sempoi dan best la. Berunsurkan keislaman dan sangat menarik. Tak pernah lagi aku baca novel yang setiap page dia buat kita tertunggu-tunggu macam ni. Hadoi...ada can aku baca sampai habis dalam masa seminggu nih nampaknya. Bak kata penulisnya MELUR JELITA kalau korang cari ayat-ayat romantik dan tangkap lentok dalam novel ni memang sampai sudah tak jumpa la kan. Yang ada hanya kasih sayang kerana ALLAH. Yeah, bagi aku itu lagi bagus. Lagi aku suka. Memang menepati ciri-ciri jiwaku. hew hew

Aku suka tagline dia :
Dengan Kasih Sayang Allah, tiada yang mustahil


Dalam novel ni aku paling suka dialog dari INTAN ZULAIKHA yang ni :

Hilman, saya tahu awak mengalami banyak dugaan untuk memeluk Islam, meninggalkan segala yang di larang, meninggalkan cara hidup yang lampau. Walaupun awak dah berubah, tetapi manusia tetap mengungkit dan menfitnah awak dengan sejarah lampau awak. Sedangkan awak tidak melakukan kesalahan. Apakah berdosa seorang hamba yang berkata ' Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Saya kagum dengan awak. Awak kuat dan tabah. Walaupun dihina dan diuji, awak tetap Muhammad Hilman Yong. ~


Untuk dialog Hilman Yong pulak terlalu banyak kalau nak tulis kat sini. Sebab dialog dia kena baca sampai habis baru lah terasa Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil..

Hehehe....


Tebalnya novel ni sehingga 1056 m/s. Memang syok tak hinggat la baca. Ceritanya mungkin meleret tapi langsung tak bosan. Pendek kata macam ni lah...Sape suka tengok drama korea? angkat tangan. Aku!!
Yeah, novel ni dari my point of view and di telek-telek kan memang ada unsur-unsur drama korea tapi version islamik punya. Patutlah kena dengan jiwa I. (gedik sket, sila abaikan...hew hew)

Sila-silalah menyanggupi untuk membeli novel ni. Walaupun setebal 1056 m/s dan harganya RM35, memang berbaloi-baloi. Nak cerita banyak-banyak kat sini pun mesti tak leh nak feel lebih-lebih untuk rasa bagaimana berkasih sayang kerana Allah kan. So apalagi...sila-silalah.


Okeh, ni aku tinggal satu MV Sedetik Lebih...Kenapakah? Sebab lagu ni theme novel ni. Bagaimanakah? Baca lah sendirik baru tau!!hikhik...(dah macam buat iklan aku dah...haha). No hal..sebab novel ni memang the best ever lah.














2 comments:

  1. OOOOh! Cerita seorang mualaf,mesti dpt rasa keikhlasan memeluk islam kn?Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! terasa insaf dengan keikhlasannya =D

      Delete