Monday, 13 February 2012

Jom belajar basic untuk main gitar!!

Assalamualaikum...

Tetiba kan aku ada impian baru. Nak kata impian atau azam tahun 2012 tak jugak. Tapi boleh la kalau nak anggap begitu...hewhew...

Rasa macam nak belajar main gitar lorr...Betul kah MP yang sopan ni (sopan ke....?gedik) nak belajar main gitar atau nak main gitar. (Eh, sape cakap main gitar tak sopan?)

Basic aku tentang gitar opkos la zero, yang aku tau petik je tali gitar tu ikut suka. Kalau keluar bunyi yang kita nak tu kira jadi lah daripada takde kan walaupun sebenarnya memang langsung tak menjadi pun..., saje nak menyedapkan hati kan. 

Tapi bila tengok orang main macam best je kan. So teringin la jugak nak main lagu yang kita suka...Kot-kot dapat main lagu FT.ISLAND, 2PM, lagu-lagu ala manbai kau ilhamku ke pun sodap...o^_^o

Okeh, kat bawah ni ada basic pasal gitar yang perlu di ketahui dahulu yea kawan-kawan. Terutama bagi yang zero knowledge macam aku nih. Yang dah tau tu sila pejam mata dulu, biarlah kitorang yang comel ni nak belajar basic ni dulu..hihi..Sebelum tu nak cakap info ini di ambil dari ZARUL AND THE BLOG, thanks for the nice info..Kalau nak dapatkan lebih info mengenai gitar boleh terus melawat link blog di atas ye.

Jom kita hafal dan praktis, kawan-kawan!

Bila dah hafal dan dah kenal basic chord dan power chord semua bolehlah cari chords lagu-lagu yang korang suka dan praktis!

Untuk dapatkan chord-chord lagu yang korang suka bolehla lawati MALAYTAB. Macam-macam ada!




Basic guitar chords
Practicekan kod C, Dm, F, G dan Am dapat mainkan berpuluh-puluh lagu melayu yang simple



Power Chords
Power Chord selalu digunakan masa main lagu-lagu rock dan metal. Petik cuma 3 tali pada satu masa dan mute (matikan bunyi) tali yang lain. Nama kod ditentukan dengan not root (not pada tali yang dipetik pada #tali paling atas)



Untuk beginner disyorkan prektis kod-kod yang ditunjukkan tu especially yang dalam list Basic Chords. 7th kod (macam C7, D7 atau apa-apa yang ada nombor 7) tu sebenarnya sama dengan kod biasa, cuma ditambah kod ketujuh. Untuk permulaan tak ingat pun takpe. Tapi kalau nak bunyi sedap sebelum tukar kod, elok lah prektis nanti.


nota di tangan 1 : tengah tunggu tokey gitar balik,nanti mau rembat sekejap nak praktis! tik tok tik tok
nota di tangan 2 : impian nak belajar bahasa korea sudah tercapai walaupun belum fluence lagi! tik tok tik tok
nota di tangan 3 : enjoyy!!




3 comments:

  1. beeha pun ada gak niat nak belajar main gitar ..tapi belum sampai seru nak buat..hewhewhew

    ReplyDelete
  2. http://www.belajargitar.com/index.php?ref=pokkemek

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat menarik dan berguna bagi mereka yang ingin mendalami kemahiran bermain gitar... Memang seronok bermain gitar ni time lepak bersama rakan2...

    Anda juga boleh dapatkan tips lengkap cara belajar bermain gitar dengan KLik Sini

    ReplyDelete